Resepi Air Nanas Soda Yang Menggoda

Resepi Air Nanas Soda Yang Menggoda l Sedapnya kalau cuaca panas ni dapat minum air nanas soda untuk hilang dahaga hari ini. Masuk dalam tekak, terasa betul nikmatnya. Takde jual kat kedai ni. Bagi korang yang nak buat minuman air nanas soda, boleh cuba resepi yang dikongsi oleh saudara Ben Safwan ni. Memang terbaik. 


Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk buat air nanas soda yang menggoda ni.

Bahan-bahan:
- 1 tin nanas Hosen (Ben sangat suka dengan kualiti produk Hosen.Baik laici atau nenas dalam tin,ada kualiti tersendiri. Mahal sikit takpe)
- 1 1/2 cawan air soda Fn 
- 5 potongan kecil buah nenas (Tak perlu gula dah sebab air soda,air nenas dah cukup manis)


Cara penyediaan:
1. Kisar nanas dengan air soda,lepas tu tapiskan dalam penapis santan. Tujuan dia untuk hilangkan buih nenas. Kacau dengan sudu sambil tapis tu. 
2. Isi jus dalam jug yang bersesuaian dan tambah isi buah nanas dalam tin dan airnya sekali,isi ais. 
3. Tambah ais secukupnya. Kacau sebati dan sedia untuk dinikmati.



Tunggu apa lagi, boleh la cuba buat minuman air nanas soda ni untuk juadah berbuka puasa. Gerenti sedap!

Post a Comment

2 Comments

  1. selalu buat sirap bandung dengan soda. Nanas pon boleh tahan jugak sedap ni..

    ReplyDelete
  2. AIR NENAS BERSODA SEDAP TU TAKUT SAKIT PERUT JA

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.