16 Himpunan Resepi Ikan Kembung Simple Dan Sedap


16 Himpunan Resepi Ikan Kembung Simple Dan Sedap l Kalau korang dah jemu dengan lauk pauk seperti ayam dan daging, apa kata sekali sekala bertukar selera kepada resepi ikan pulak. Macam-macam jenis resepi yang boleh dibuat dengan ikan seperti ikan kembung. Dibawah ada 16 koleksi pelbagai resepi ikan kembung yang simple dan sedap untuk dicuba.


#1. Ikan Celup Tepung Versi Dapoq Cheq Ana (Siti Suliana Ana)
#2. Ikan Kembong Masak Taucu (Qaseh Asmida)
#3. Singgang Pedas Ikan Kembung (Che' Nom)
#4. Ikan Kembung Kukus Air Asam Pedas
#5. Ikan Kembung Bakar Cik Ana (Puan Ana Mariana Ismail)
#6. Ikan Kembung Masak Pindang (Nor Farhana)
#7. Ikan Kembung Sumbat (Siti Rohanis Mohamad Roze)
#8. Pais Ikan Kembung (Cik Cikputeh Puteh)
#9. Ikan Kembung Masak 3 Rasa
#10. Ikan Kembung Percik Kelantan (Azie Kitchen)
#11. Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api
#12. Ikan Goreng Masak Kicap Pedas
#13. Kerabu Ikan Kembung Thai Style (Wan Rashidah)
#14. Paprik Ikan Kembung
#15. Kari Ikan Termenung/Ikan Kembung
#16. Ikan Kembung Asam Pedas



#1. Ikan Celup Tepung Versi Dapoq Cheq Ana (Siti Suliana Ana)

Bahan-bahan:
- Tepung beras 400gm
- 2 biji telur (putih + kuning guna dua-dua)
- Air kapor
- Garam
- Kunyit
- Meggi cukup rasa
- Air sejuk (air kosong dari peti ais - kalau xde air kosong , cairkan ais kiub je)

Cara penyediaan:
1. Bancuh semua sebati..jangan pekat atau terlajak cair, agak-agak ikan boleh melekat kat tepung saja.
2. Api pastikan betul-betul panas baru mula goreng.
3. Minyak guna banyak macam goreng coq pisang..baru ikan tu bersalut cantik.


#2. Ikan Kembung Masak Taucu (Qaseh Asmida)

Bahan-bahan:
- Ikan kembong - goreng garam kunyit
- Cili padi
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji bawang besar
- 1 inci halia
- Air asam jawa
- 4 sudu besar taucu
- Minyak utk menumis
- Garam gula

Cara penyediaan:
1. Goreng ikan.
2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia hingga kekuningan.
3. Masukkan cili padi, taucu dan air asam jawa.
4. Masukkan ikan, garam, gula.
5. Biar seketika.


#3. Singgang Pedas Ikan Kembung (Che' Nom)

Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 25 minit Jumlah Hidangan : 4 orang

Bahan-bahan:
- 4 ekor ikan kembung
- 2 keping asam gelugor
- 1 batang serai, dititik
- Daun kesum
- 1 inci lengkuas, hiris nipis
- Garam dan gula secukup rasa
- Bahan kisar halus:
- 3 biji cili merah
- 3-4 biji cili padi
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- Secubit belacan

Cara penyediaan:
1. Rebus air bersama bahan kisar sehingga mendidih. Biarkan mendidih seketika.
2. Masukkan serai, lengkuas, asam gelugor, ikan kembung dan daun kesum.
3. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Jangan kacau kerana ikan mudah hancur. 
4. Apabila ikan sudah masak, angkat dan hidang bersama nasi panas.


#4. Ikan Kembung Kukus Air Asam Pedas

Bahan-bahan:
- Ikan apa-apa yang disukai - lumur sedikit garam kemudian kukus sampai masak
- Asam jawa
- Air masak
- Bawang besar,tomato potong dadu
- Cili api hiris kecik2
- Garam
*Nak tambah belacan pun takpe

Cara penyediaan:
1. Campurkan semua bahan ini dalam mangkuk. Gaul. Kuah jangan cair sangat. Pekat-pekat sikit baru ummpppp!
2. Pastu curahkan je air asam ni atas ikan yang dah siap kukus tadi.


#5. Ikan Kembung Bakar Cik Ana (Puan Ana Mariana Ismail)

Bahan-bahan:
- 7 ekor ikan kembung dibersihkan
- Cili kisar
- 1 biji bawang besar*
- 4-5 ulas bawang putih*
- 1 inci halia
- 1 batang serai
- Madu
- Garam
- Gula
- Serbuk kunyit
- Minyak zaitun (minyak masak pun boleh)

Cara penyediaan:
1. Tumbuk semua bahan * hingga lumat.
2. Lumur pada ikan dan masukkan cili kisar, madu, minyak zaitun, garam, gula secukup rasa.
3. Gaulkan rata pada ikan dan perap 30 minit.
4. Gunakan daun pisang sebagai alas dan bakar di atas magik pan.
5. Setelah masak sebelah, alihkan ikan bahagian sebelah lagi ye.
6. Dah siap. Angkat dan hidang dengan nasi panas.


#6. Ikan Kembung Masak Pindang (Nor Farhana)

Bahan-bahan:
- 2 ekor ikan kembung
- 2 batang serai (dititik)
- 1 biji bawang besar*
- 3 ulas bawang kecil*
- 2 ulas bawang putih*
- 1 inci kunyit hidup*
- Sedikit halia*
- Sedikit air asam jawa
- 1 biji tomato (dibelah 4)
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya

Cara penyediaan:
1. Blendkan bahan yang bertanda *. Masukkan bahan yang dikisar, serai, air asam jawa serta air secukupnya ke dalam periuk.
2. Apabila sudah mendidih, masukkan garam. Biarkan seketika. Sebelum tutupkan api masukkan buah tomato.
3. Setelah masak, bolehlah diangkat untuk dihidangkan.


#7. Ikan Kembung Sumbat (Siti Rohanis Mohamad Roze)

Bahan-bahan:
- 2 ekor ikan kembung saiz besar
- Ikan kembung/cencaru/terubuk/tilapia atau ikan-ikan lain yg bersesuaian-letak garam kunyit
- Ikan belah belakang senang nak sumbat kelapa
- Daun kunyit

Bahan kisar:
- Segenggam kelapa parut yang putih
- Sebatang serai(potong)
- 2 ulas bawang merah
- 1@2 biji cili merah
- Sedikit jintan besar (rujuk gambar)
- Sedikit garam
- Sedikit gula
- Sedikit serbuk kunyit/kunyit hidup

Cara penyediaan:
1. Selepas kisar gaul rata, rasa secukup rasa dan sumbat dalam ikan tadi. Kalau di kampung bakar guna sabut letak dalam jaring bakar ikan. Ni duk Pekan saya balut dengan daun kunyit tak nak bagi kelapa kuar (ikan dengan benang pun boleh ye. Saya bakar guna periuk ajaib..alhamdullilah..simple dan senang resepinya.


#8. Pais Ikan Kembung (Cik Cikputeh Puteh)

Bahan-bahan:
- 3 ekor ikan kembung
- 4 tangkai lada besar merah
- 3 ulas bawang merah
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- Halia dan kunyit hidup
- 3 batang serai
- 3 sudu santan kotak
- Sedikit air asam jawa
- Garam secukupnya
- 3 helai daun limau purut hiris halus
- Sedikit serbuk lada

Cara penyediaan:
1. Kisar kesemua bahan.
2. Gaulkan bahan-bahan tadi bersama air asam jawa dan garam,letak sedikit pati ayam.
3. Masukkan ikan kembung dan gaul sebati.
4. Sediakan daun pisang,susun ikan dan bungkus,pin kan kiri dan kanan menggunakan lidi.
5. Panggang atas api sehingga masak.


#9. Ikan Kembung Masak 3 Rasa

.Bahan-bahan:
- Ikan kembung 4 ekor
- 2 biji bawang putih - dicincang halus
- 5 biji bawang merah - dicincang halus
- 8 biji cili merah - dicincang halus (kalau suka pedas boleh gandakan cili ataupun guna cili api)
- 2 biji tomato - dipotong dadu
- 2 kerat nenas - dipotong dadu
- 2 sudu cili boh
- 3 sudu sos tiram
- 2 sudu sos ikan
- Sedikit daun ketumbar
- 1 sudu besar tepung jagung
- Serbuk kunyit
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa
- Minyak

Cara penyediaan:
1. Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh & tepung jagung.
2. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan.
3. Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang & goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah & goreng lagi sehingga naik bau.
4. Masukkan lada merah yg telah dicincang tadi & goreng seketika.
5. Kemudian, masukkan pula nenas. Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, gula, garam, bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dengan air.
6. Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.


#10. Ikan Kembung Percik Kelantan (Azie Kitchen)

Bahan-bahan:
- 4 ekor ikan kembung - lumur garam kunyit
- 1/2 cawan santan pekat - guna 1/2 kotak santan kotak
- 1/2 keping asam keping
- 1 sudu besar gula - kena ada rasa manis
- 1 sudu kecil garam
- 1 batang serai diketuk - tak letak

Bahan tumbuk:
- 1/2 sudu besar cili kisar
- 6-8 ulas bawang merah - kena lebih
- 2 hiris nipis halia

Cara penyediaan:
1. Ikan dikelar dan dilumur garam kunyit. Tumbuk bawang dan halia sehingga halus.
2. Bakar ikan sehingga masak. Sementara itu, masak santan bersama bahan tumbuk, asam keping, garam dan gula sehingga pekat. Setelah pekat, tutup api.
3. Setelah ikan masak, dibalik balikkan. Lumur kuah percik pada ikan dan dibakar lagi. Balikkan dan lumur lagi kuah percik berulang ulang kali. Sedia untuk diangkat.


#11. Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan:
- 5 ekor ikan kembung yang segar sederhana besar
- 3 biji bawang besar
- 2 helai daun kunyit
- 2 keping asam keping/asam gelugor
- 3 cawan santan pekat
- Garam secukupnya

Bahan untuk ditumbuk:
- 2 inci kunyit hidup
- 2 batang serai diketuk
- 15 biji cili api
- 2 inci lengkuas

Cara penyediaan:
1. Bawang besar,kunyit hidup,serai,lengkuas dikisar hingga lumat.
2. Masukkan bahan kisaran tadi ke dalam santan bersama ikan kembung.
3. Gaul sehingga mendidih secara perlahan untuk mengelakkan ikan hancur.
4. Masukkan asam keping/asam gelugor serta daun kunyit yang telah disiat.
5. Gaul rata hingga mendidih.
6. Setelah masak..siap untuk dihidang.


#12. Ikan Goreng Masak Kicap Pedas

Bahan-bahan:
- 3 ekor ikan (digoreng)
- 2 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar kicap pekat
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar cili bawang kisar
- 1 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 biji bawang kecil (dihiris)
- 1/2 biji bawang holland (dihiris)
- Sehiris halia
- Sedikit serbuk kunyit
- Sedikit serbuk lada hitam
- 6 batang cili pedas
- Minyak masak
- Sedikit air
- Garam secukupnya

Cara penyediaan:
1. Ikan diperap bersama kunyit dan garam kemudian goreng garing.
2. Panaskan minyak dalam kuali yang lain dan tumis cili bawang blend.
3. Masukkan semua bawang, halia dan cili tumis lagi hingga naik bau.
4. Masukkan kicap manis, kicap pekat dan sos cili kemudian kacau rata.
5. Masukkan serbuk kunyit serta serbuk lada hitam dan kacau lagi.
6. Masukkan sedikit air dan garam kemudian masak hingga mendidih.
7. Akhir sekali, masukkan ikan goreng dan gaul sebati.


#13. Kerabu Ikan Kembung Thai Style (Wan Rashidah)

Bahan-bahan:
- 2 ekor ikan kembong yang telah dimasak diambil isinya sahaja dan disiat-siat
- 1 biji bawang besar dihiris nipis dan dileraikan
- 1 biji tomato dihiris nipis
- 1 batang serai dihiris nipis bulat-bulat
- 2 pokok daun ketumbar dimayang halus
- Sedikit parutan kulit lemon

Untuk sosnya:
- 5 biji cili padi dicincang halus atau ditumbuk
- 1 sudu sos ikan
- 1 sudu besar jus lemon
- 2 sudu minyak zaitun
- 1 sdk minyak bijan

Cara penyediaan:
1. Masukkan kesemuanya bahan kecuali bahan sos kedalam sebuah mangkuk dan gaulkan rata.
2. Campurkan kesemua bahan sos kedalam mangkuk kecil dan pukul hingga sebati. Rasa terlebih dahulu. 
3. Tambahkan sos ikan atau jus lemon sekiranya perlu. 
4. Curahkan sos kedalam mangkuk besar tadi dan gaulkan sehingga rata.


#14. Paprik Ikan Kembung

Bahan-bahan:
- 10 ekor ikan kembong size kecil - dibersihkan, dikelar 3, digaul dengan garam dan perasa serta digoreng hingga garing, disusun diatas pinggan dan diketepikan
- 4 biji bawang besar - dihiris halus
- 4 ulas bawang putih - dicincang halus
- 3 keping hirisan halia - dihiris halus
- 2 batang serai - dihiris halus
- 4 helai daun limau purut - dihiris halus
- 2 sudu makan pes cili maepranom
- Sedikit air jika perlu - 3 sudu makan
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
- Sedikit bahan perasa

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar hingga kekuningan dan layu.
2. Masukkan serai, halia, dan pes maepranom, kacau hingga sebati dan naik bau.
3. Masukkan sedikit air, garam, gula, perasa dan daun limau purut. Kacau hingga sebati.
4. Angkat dan tuangkan ke atas ikan kembong goreng yang telah tersedia didalam pinggan.
5. Hiaskan dengan daun kemangi, sedia untuk dihidang.


#15. Kari Ikan Termenung/Ikan Kembung

Bahan-bahan:
- 10 ekor ikan termenung
- 2 peket kecil serbuk kari ikan - campur sedikit air untuk dijadikan paste
- 1/2 sudu makan asam jawa + 2 mangkuk air
- 3 pelepah daun kari
- 2 biji cili hijau - dipotong 1 inci
- 2 sudu teh halba campur
- 7 biji kacang bendi
- 2 biji tomato - dibelah 2
- 1 cawan santan

Bahan tumbuk/ hiris halus:
- 1 inci halia
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan halba campur hingga bangkit bau.
2. Masukkan paste kari, daun kari dan cili hijau. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa dan santan. Biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan, garam dan sedikit perasa. Biarkan mendidih.
5. Masukkan kacang bendi dan tomato. Biarkan hingga kacang bendi empuk.
6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


#16. Ikan Kembung Asam Pedas

Bahan-bahan:
- Beberapa ekor ikan kembung - (bersihkan boleh pilih nak potong 2 atau tidak)
- 10 batang bendi
- 2 batang serai - dititik
- 1/2 cawan air asam jawa atau 1 keping asam keping
- 1 cekak daun kesum
- Minyak untuk menumis
- Garam secukup rasa
- 1 kuntum bunga kantan - kalau tak ada pun tak apa
- Air secukupnya

Bahan kisar:
- 8 ulas bawang merah
- 18 tangkai cili kering
- 4 ulas bawang putih
- 3 batang cili merah
- 1 inci belacan

Cara penyediaan:
Langkah 1
Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis semua bahan kisar bersama serai yang dititik tadi. Tumis sehingga terbit minyak dan harum.

Langkah 2
Masukkan air asam jawa dan air secukupnya kemudian biarkan sehingga kuah mendidih. Masukkan daun kesum dan perasakan dengan garam.

Langkah 3
Masukkan ikan dan biarkan merenih dan empuk. Masukkan bendi dan bunga kantan. Bila bendi dah hancur atau lebur, ikan kembung asam pedas siap untuk dihidangkan.

Post a Comment

0 Comments