Resepi Air Oren Sunquick Ala Ala Vitagen


Resepi Air Oren Sunquick Ala Ala Vitagen l Salah satu minuman sejuk dan menyegarkan ketika berbuka puasa ialah air oren sunquick. Yang ni dah biasa kita buat dan minum. Pernah tak korang minum air oren sunquick ala ala vitagen? Resepi minuman ini telah dikongsi oleh Nur Haziqah dan ianya  sangat mudah disediakan dan hanya memerlukan dua bahan asas sahaja iaitu oren sunquick dan susu pekat.


Rasa oren susu ini seakan minuman kultur, vitagen yang banyak jual dekat pasar raya. Yang pasti akan disukai seisi keluarga terutama kanak-kanak. Boleh buat dalam jumlah yang banyak, jimat duit dan anak-anak pun puas minum.

Resepi Air Oren Sunquick Ala Ala Vitagen

Bahan-bahan:
- 400 ml air panas
- 4 sudu besar oren Sunquick
- 4 sudu besar susu pekat
- Ais secukupnya

Cara penyediaan:
1. Masukkan oren sunquick dan susu pekat dalam satu cawan yang berisi air panas.
2. Kacau laju-laju dan lama sedikit supaya air tidak berkeladak.
3. Hidangkan dengan ais dan siap untuk dinikmati.

resepi air oren sunquick vitagen

resepi air oren sunquick sedap


resepi air sunquick ala ala vitagen

Selamat mencuba resepi air oren sunquick ala-ala vitagen ni. Cuba sekali mesti nak lagi :)

Post a Comment

2 Comments

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.