Resepi Ikan Siakap Goreng Tomyam Sedap

Resepi Ikan Siakap Goreng Tomyam Sedap l Hari ni terasa nak makan ikan siakap goreng tomyam pulak. Gara-gara ternampak resepi siakap goreng tomyam melintas di Facebook, menitik air liur dibuatnya. Asyik-asyik dengan siakap tiga rasa, siakap masam manis dan siakap kukus jer. Kali ni nak cuba masak siakap dengan tomyam pulak. Kalau nak tahu sedap ke tak, boleh cuba resepi dibawah. 


Bahan-bahan diperlukan:
- 1 ekor ikan siakap bersaiz besar
- 5 biji cili padi
- 2 batang cili merah
- 4 biji bawang merah
- 2 biji tomato
- 3 batang serai
- sedikit daun limau purut-dihiris
- sedikit jus perahan limau nipis
- 3 sudu makan pes tomyam ( kalau guna perencah tomyam adabi 2 paket)
- 2 sudu makan pes cili kering

Cara memasak :
1. Tumis bawang merah, serai,cili padi,tomato,cili merah dan daun limau purut.
2. Setelah bawang layu masukkan pes cili kering. Masak sehingga pecah minyak.
3. Setelah pecah minyak,masukkan pes tomyam.
4. Gaul rata dan perasakan dengan garam.
5. Tambah 1 cawan air. Biarkan mendidih.
6. Setelah mendidih,masukkan jus limau nipis.Tutup api apabila kuah mendidih.
7. Tuang kuah ke atas ikan yang siap digoreng tadi. Sedia dihidang. (Tuang tanpa minyak)

Post a Comment

1 Comments

  1. nice sharing... akak xpernah buat lagi kalau goreng... ermm leh try

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.