ARTIKEL BARU

Thursday, September 19, 2019

Cara Jual Barang Di Shopee Untuk Jana Keuntungan RM500-RM1500 Sehari

Cara Jual Barang Di Shopee Untuk Jana Keuntungan RM500-RM1500 SehariDulu saya pembeli tegar di Shopee. Tiap-tiap hari atau minggu ada je nak membeli. Sebab utama adalah kerana harganya murah dan free postage. Time saya drop item jualan di pusat pos laju, 80% penjual cina drop item hasil jualan dari Shopee. Orang cina boleh buat,kenapa saya tak nak cuba, sedangkan market pembeli di Shopee rata-rata melayu. Kini, alhamdulillah hasil berani mencuba jualan sehari saya anggaran rm500-rm1500 .Tiada niat untuk riak. Sekadar berkongsi pandangan mana tahu ada rakan-rakan hendak cuba-cuba berniaga di Shopee. Berniaga apa sahaja di Shopee janji tidak melanggar undang-undang. 

Cara Jual Barang Di Shopee Untuk Jana Keuntungan RM500-RM1500 Sehari

1. Download app Shopee di Playstore and sign up akaun

2. Pergi ke laman web https://shopee.com.my/poslaju dan daftar untuk dapatkan 5kg free shipping program (Free shipping akan diaktifkan dalam masa 1/2 minggu). Tunggu notification dari Shopee jika berjaya join free shipping program ini.

3. Masukkan item yang hendak dijual dengan maksimum 8 gambar.

4. Masukkan nama dan produk yang ingin dijual.

5. Masukkan keterangan produk/jenis/kelebihan/hashtag apa sahaja.

6. Pilih kategori yang bersesuaian dengan produk.

7. Pilih brand berkenaan produk atau no brand.

8. Masukkan harga produk anda.

9. Masukkan stock produk anda.

10. Setkan variasi produk sekiranya ada pilihan.

11. Setkan berat produk anda. Pastikan anda ada penimbang digital biasa. Timbang ikut unit yang dijual.

12. Pilih kos penghantaran dengan menggunakan pos laju untuk free shipping. Pastikan ia telah diaktifkan dan simpan. 

13. Akhir sekali, klik right / dan bersedia untuk berniaga.

14. Posting iklan anda telah berjaya. 

15. Sehari boleh luangkan masa sekejap lihat jika ada item untuk dihantar. Print waybill dan pos item keluar mengikut had masa dari pengurusan Shopee.

2 comments:

  1. wah... menarik gak ni mulakan perniagaan dgn shoppe

    ReplyDelete
  2. kalau setiap hari dapat untung RM1500 memang hidup selesa la dalam dunia ini..

    tahniah kerana berjaya dalam bisnes online dan saya tumpang gembira

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.