Sebagai seorang lelaki, kemungkinan besar kali pertama korang masuk ke kedai emas bila nak beli cincin tunang. Seriusly, kalau korang tanya pasal cincin tunang, aku tak tahu langsung. Hasil dari research kat internet, ni ada 8 tips untuk memilih cincin pertunangan.
1. Ambil tahu pasal turun naik harga emas..masa harga emas murah, cepat-cepat la beli.
1. Ambil tahu pasal turun naik harga emas..masa harga emas murah, cepat-cepat la beli.
2. Jangan pergi ke kedai emas yang ada brand macam Habib Jewels atau Poh Kong. Katanya harga agak mahal kalau nak bandingkan dengan kedai biasa.
3. Jangan survey satu tempat je. Tengok harga cincin tu RM 700, korang dah rasa murah padahal kat tempat lain ada lagi cincin yang sama tapi harga lebih murah.
4. Anggaran perbelanjaan untuk beli cincin. Jangan terlebih bajet pulak. Tengok harga, tengok design cincin tu. Biasanya cincin tu mahal sebab design la.
5. Tengok jenis emas. Ada 2 jenis emas. Satu white gold dan satu lagi yellow gold. Orang kata white gold lawa tapi bila nak jual balik harga jatuh. Kalau yellow gold, harga yang lebih tinggi. Nak beli white gold tengok jugak berapa peratus emas yang terkandung dalam cincin tu. Lagi tinggi peratus,lagi mahal harga. Cincin berlian pun ada 2 jenis. Berlian yang asal dan berlian jenis zirkon. Harga memang banyak beza,cincin zirkon ni lebih murah.
5. Tengok jenis emas. Ada 2 jenis emas. Satu white gold dan satu lagi yellow gold. Orang kata white gold lawa tapi bila nak jual balik harga jatuh. Kalau yellow gold, harga yang lebih tinggi. Nak beli white gold tengok jugak berapa peratus emas yang terkandung dalam cincin tu. Lagi tinggi peratus,lagi mahal harga. Cincin berlian pun ada 2 jenis. Berlian yang asal dan berlian jenis zirkon. Harga memang banyak beza,cincin zirkon ni lebih murah.
6. Tanya dia dulu nak cincin jenis macam mana. Nak white gold atau yellow gold. Nak yang jenis berlian atau zirkon. Tapi kalau nak mudah, bagi je duit kat dia.
7. Masa nak beli, korang boleh pergi sendiri atau bawak mak. AMARAN : JANGAN AJAK SI DIA..haha. Bukan apa, bayangkan korang dah pilih cincin yang bagi korang dah cantik dan sesuai dengan bajet. Bila pandang dia, tengok duk jeling-jeling cincin lain. Gaduh sakan macam ni.
8. Kalau korang pergi sendiri dan tak tahu cincin mana yang sesuai, mintak je salesgirl tu cuba pakai cincin tu. Pastu tayang kat korang. Jangan main mata dengan salesgirl tu pulak..hehe
P/S : Ada tak orang nak cincin aku ni? dah puas menunggu tak muncul-muncul pun.
29 Comments
haha.. tapi cincin pun ade yang gred 999, 916 n 850 bro.. 916 la paling ok.. nak murah, pegi kat kuala pilah. paling murah kat malaysia ni. hehehe
ReplyDeleteassalam...sudah survey cincin tu...xlama lagilah tu ya...cincin tunang elok beli cincin emas padu...mcm cincin belah rotan org dulu2...cincin bermata berlian cantik tapi org tua2 xgalakannya sbb warna berliannya yg putih. takut putih mata...
ReplyDeleteBeli ikut kemampuan je, jangan ikut orang..
ReplyDeletehahha..yg no 7 tu klakar la.. jgn bawak si dia..huhu.. rambang mata tgk cincin2 cntik..tp bg anis, org pilih n bg anis ambik je..xkesa..hee.. peacee ^__^
ReplyDeleteeheeem. ade calon dah tu. bella prefer emas putih yg paling simple design. xpyah crowded sgt.
ReplyDeleteorg kata lg simple lagi setia. xrambang mata. ;P
ehem nick servey cincin dah ye..emas putih lagi cantik kak ana rasa..unik batu kecil2..apapun ikut kemampuan masing2..
ReplyDeletepeh, da start tgk cincin tunang ke nik oi... hahahaha
ReplyDeleteErkss pasal harga turun kalau dijual tu, siapa la yg sanggup jual balik cincin tunang?? Syg wo. Tu cincin kedua lepas merisik, sebelum menikah tauu. Kalau Vee mmg akan simpan forever and ever. Kenangan tuu.. And, I prefer white gold. Cantik sgt! :D
ReplyDeleteps: doakan pengguna cincin tu. By God's will, adalah tu nanti.. ;)
Nak nak..
ReplyDeletebleh x tukar cincin dengan rantai :P
oh.. ingatkan sir yang nak bertunang? hoho..
ReplyDeletetengah tunggu pemilik cincin x muncul2??
ye ke?? ke saje je create citer camni.. kasi saspen.
tau2 nanti ada je upload entri pasal majlis kahwin. :P
uuh..dah pilih2 cincin :) terbau nasi minyak. #eh
ReplyDeletenak cincin? :3
ReplyDeletemasa nak beli cincin dulu, saya bawak si dia sekali dan suh dia pilih mana yang berkenan sebab dia yang nak pakai cincin tu, bukannya saya..... tapi awal awal lagi dah bgtau la bajetnya..huhu
ReplyDeleteAmboii.. Nick dah survey tips pilih cincin tunang ni.. Hehee
ReplyDeleteLagi satu Nick lupa nak tambah, ukuran jari..
Haaa..
Cemana nak tau size cincin tunang kalau si bakal tunang tak ikut pegi beli cincin?
Kalau tak muat masa nak sarung cemana?
Hehehee..
Kalau tanya bunda pun pasal emas untuk cincin tunang ni bunda pun kurang arif...sebab bunda jarang beli emas...
ReplyDeleteaku lebih prefer pakai silver daripada emas. hehehe jadi mamat mamat di luar sana , ambil perhatian eh. hahahahahaha
ReplyDeleteamboi dia..mcm xlama lgi ja..jgn lupa jemput noh..
ReplyDeletela ni dah ramai yg tukar fungsi cincin tu dgn brg kemas lain ... dinar emas ?
ReplyDeletehaha dah beli cincin takde calon kerr? sembang laa haha
ReplyDeletehahaha..tips no 7 tu stylo bro..siap ada amaran lagi..tapi memang member aku ada cakap kalau harga emas turun beli jer cincin walaupun belum ready nak propose lagi sebab harga emas kebanyakkan naik daripada turun..singgah & follow dari blog zarif...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
agak2 kalau cincin belah rotan cmner pulak yer..
ReplyDeleteheheh..
masih boleh diterima pakai?
ikut matawang la...kalau banyak besar kot berlian yer
ReplyDeletecincin white gold sangat lah cantik..
ReplyDeleteteruskan menunggu cekgu! haha
oh.. ade tips juga ya nak membeli cincin.. hehe tak terlintas di fikiran zam pun ^^
ReplyDeletehana datang.. nampak x sempat je hana mencelah.. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah..tak lama lagi bolehlah kami merasa nasi minyak..dah ada bau ni..
ReplyDeletedah beli ke cincin nya? heee... nanti ada lah tu yg nak pakai... Allah dah atur...
ReplyDeleteCincin? Sapelah yg Bertuah tu ye
ReplyDeleteassalamualaikum...
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.