Status Glitterati Bertukar Jadi Non-Glitterati

 
Hilang terus mood aku nak blogging bila tengok status kat Nuffnang dari Glitterati bertukar jadi Non-Glitterati. Nak kata aku curang dengan Nuffnang, tak juga. Tak ada pun letak iklan advertlet, innity dan sebagainya. Kalau dulu pernah pasang iklan churp-churp tapi dah buang. Takkan sebab tu kot. Mungkin juga kesilapan teknikal. Aku dah hantar tiket kat Nuffnang, tapi still takde respond.  

Bila search pasal ni, ramai pulak blogger yang pernah hilang status Glitterati, kadang-kadang tu lebih dari sekali. Bila status jadi macam ni, mula la malas nak check akaun nuff. Update akan diteruskan macam biasa. Harap-harap esok lusa ok la, saje nak sedapkan hati :). Kat bawah ni adalah antara sebab korang boleh hilang status Glitterati.

"Glitterati membership is an automated process. It's given automatically to a blogger's account if all his/her blog(s) registered with us serve Nuffnang ads publicly at all times and none from our competitors. In addition to that, the registered blog(s) should also be active and has at least 1 visitor in each day or else our crawler will mark it as a spam blog and this will affect your membership status. Should your blog be free from any conflicting activities, you'll receive your Glitterati membership in 4 days time".

Aku everyday update blog. Visitors yang datang pun lebih dari 1k. Bila status membership dah bertukar, earning pun kuranglah sebab dah berstatus ordinary. Kebanyakan entri aku tulis takde pun letak sebarang kod atau iklan yang menjadi pesaing kepada Nuffnang. Blogger yang berstatus Non-Glitterati susah tau nak dapat CPUV ( Cost Per Unique Visit ) atau dalam kata lama Buffered Earning. Gigih aku letak link kat setiap word Nuffnang, kipas jangan tak kipas...hahaha..cuba korang check status akaun nuff korang. Manalah tahu kot-kot jadi macam aku ni :)
 
Entri lain yang anda mesti baca :
 

Post a Comment

19 Comments

  1. pernah kene sekali dulu, pastu hantar support. dorang betulkan balik. tak lama pastu dorang buat balik.. malas aku main nuff lagi..

    ReplyDelete
  2. aha kan, selalunya kalau dia tarik keahlian tue sbb curang jew, tp churp2 xkot..owg len pkaia churp2 ok je?? hmmmm msalh teknikal kot..:)

    ReplyDelete
  3. heee...pernah jugak bertukar...

    ReplyDelete
  4. harap2 tak lama nuff tkar status tu. yg penting ttp blogging ok..

    ReplyDelete
  5. same!! skg nih nuffnang sy pon dah jadi non jugak...dah lame dah..kalau nak kate sbb churp2 x mungkin sebab churp2 kan same ngn nuffnang..nak jugak tnye tapi x tnye2..pelik betul..until now still non lg..grrr

    ReplyDelete
  6. luqman : tu la pasal..takkan sebab letak churp2 terus jadi non glitterati..hantar la tiket kat nuff tanya nape jadi camtu.

    ReplyDelete
  7. aku pun sama , alaa tukar je pakai advertlets ja..

    ReplyDelete
  8. e'ehh x sangke lak kita ni senasib.. (wat muke tkejut) tula semalam masuk2 je nuffnang tgk dah tukar status.. punyala cinta setia gila babas kat beliau.. haha..

    ReplyDelete
  9. salam ziarah.. ^_^. anda boleh buat tempahan MyQalam Quran Read Pen berkualiti tinggi dan banyak lagi barangan muslim di Muslim Bazaar.

    http://muslimbazaar.mnmall.me/
    atau melalui
    http://lokmanramli.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. dulu pernah kena dua kali. bukan sebab curang letak iklan pesaing nuffnang, tapi sebab server kurang stabil sampaikan nuffnang bot tak dapat crawl ke blog. jd dia assume blog kita sbg null. lepas report boleh dapat balik status tu. jgn risau bro ;)

    ReplyDelete
  11. pernah la sekali dulu jadi mcm ni..tu pun lps dah 3 bulan tak update blog. huhu. then terus aktif blogging mcm biasa je..So, dh dpt balik glitter nya..hehe

    ReplyDelete
  12. rasa nak je tukar ke adverlets..frust dgn nuff..:(

    ReplyDelete
  13. Sejak dia tukau layout dia ini ramai yang hilang.
    Aku pun hilang ..aku hantau tiket tanya kenapa!!!
    Dia jawab dan terus kasi balik gilerati..
    Tapi sampai sekarang BE atau CPUV tak dapat2..heheheh

    Kat bawah ni..dia tulis.Harap penerangan dah aku betull!!

    i Hanif, Thank you for writing in and we apologize for the late response. According to our system, we can see that you've removed some of your blogs from your Blog Manager recently. Kindly take note that whenever you make such changes, it will take our crawlers 7 days' time to re-access your remaining sites. Should there be no problem detected, your Glitterati status would be restored after that time period. Hope this helps! :)

    Cheers! Darren Low Community Executive Nuffnang Sdn Bhd www.nuffnang.com.my This email and any files transmitted with it are confidential and intended solely for the use of the individual or entity to whom they are addressed. If you have received this email in error please notify the system manager. This message contains confidential information and is intended only for the individual named. If you are not the named addressee you should not disseminate, distribute or copy this e-mail. Please notify the sender immediately by e-mail if you have received this e-mail by mistake and delete this e-mail from your system. If you are not the intended recipient you are notified that disclosing, copying, distributing or taking any action in reliance on the contents of this information is strictly prohibited.


    ReplyDelete
  14. TERKINI: Tadi baru bukak balik nuff atas pertolongan member.. tetibe TERnampak status dah bertukar jadi Glitterati balik.. hurayyyy..

    ReplyDelete
  15. terkena gak nih... tetiba duit ciput je earning... tgk status rupanya jd non-gliteri..

    ReplyDelete
  16. urmmm...yg pjaz pun kne tarik gak..
    hurmm..

    ReplyDelete
  17. aku terkena tapi dah check balik rupanya aku delete salah satu blog registered dlm Nuffnang.

    Harap dalam 4 hari dapat balik Glitterati status..

    ReplyDelete
  18. salam admin. kawan pon dah terkena ni ha. camana gaya nak check eh.aduhai. xtau lak sampai camni kesannya.

    ReplyDelete
  19. sama la..huhu...cmne ni

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.