9 Cara Nak Buat Bateri Laptop Tahan Lama


Ramai jugak aku dengar yang merungut sebab bateri laptop diorang tak tahan lama. Tapi takpe, aku nak kongsikan sedikit cara nak bagi bateri laptop tu bertahan lama.

1. Elakkan guna ‘high performance’ dekat power setting sekiranya guna bateri.   

2. Kecerahan skrin perlu di adjust sebabnya kalau skrin korang tu terang sangat guna bateri pun kuat la.

3. Jangan letak laptop atas katil kerana laptop cepat panas dan dapat mengurangkan jangka hayat bateri.

4. Jangan cucuk external hard disk, wireless mouse dan keyboard ketika laptop guna bateri.

5. Uprgrade RAM kerana RAM yang perlahan boleh menyumbang kepada penggunaan bateri yang lebih.

6. Pastikan kipas bawah laptop tu tak kotor dan condongkan laptop tu sikit untuk pengudaraan. Kalau laptop korang panas, kipas laptop korang akan berpusing dengan lebih laju dan akan menggunakan bateri lebih. So rajin-rajinkan la tangan tu mencuci kipas laptop ye.

7. Kalau ada power supply, lebih baik tanggalkan bateri dan sambungkan laptop ke power supply.

8. Cucuk ke power supply bila dah keluar notification bateri nak habis. Sebab baki caj-caj elektrik yang masih banyak dalam bateri, jika dicaj akan menyebabkan bateri bengkak. So, bateri akan cepat rosak.

9. Tukar bateri baru untuk laptop setiap 18 bulan.

Aku guna laptop ni dah dekat 5 tahun. Bateri laptop aku ni dah teruk sangat. Tak sampai 15 minit dah habis bateri. Lagi satu bateri laptop ni pun mahal jugak. Memang lagi la berat nak tukar. Laptop korang macam mana? Aku yakin korang pun tak pernah tukar jugak kan..kekeke

Post a Comment

23 Comments

  1. Laptop aku battery dia ada dalam so xdpt nk tnggalkan owh.. terpaksa guna either battery and power supplier or battery sahaja.

    ReplyDelete
  2. terima kasih sebab share tips ni..tertarik dengan tips tukar bateri setiap 18 bulan..saya tukar selepas hampir 2 tahun..jadi kira oklah lebih 18 bulan baru bateri rosak

    ReplyDelete
  3. lagi satu kalau bateri tu dh 100% charged, tanggalkan terus bateri tu.. aku pun pkai dah 5 taun, taun lepas dah buang bateri tu.. haha

    ReplyDelete
  4. everything's everythings - susah r nak tanggal kalo bateri ada kat dalam..aq pun sekarnag ni bateri x cabut dah..hahah

    adib : bagus r kalo dah tukar.aq punye tak tukar lagi.cuma charger je yang rosak.

    meuzangelo : kalo dah cukup charged cabut je bateri tu pakai power supply.kalo x bateri cepat kong..hahah

    ReplyDelete
  5. tanpa laptop ,dunia rasa sunyi huhu ..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    masa beli laptop ni dulu ada org nasihatkan buka bateri kalau guna kabel. Dah terbiasa guna kabel mcm tu, akhirnya bateri tu rosak sebab tak guna. skrg ni, bateri full hanya boleh guna 15 minit je...

    sekarang ni mushkil pula, mana satu yang betul?

    ReplyDelete
  7. Bateri lappy sy dah nazak, sgt cepat habis bateri tapi nak beli bateri baru rasa tak terdaya plak. SBb haritu dah kena tipu dgn peniaga kasi bateri tak tahan lama benci betul....skrg tgh menabung nak beli lappy baru insyaallah :)

    ReplyDelete
  8. mad : hahah..aq takleh bayang hidup tanpa laptop ngan internet.

    anyss : bateri kena guna jugak sekali sekala..jangan simpan terus.cuma kalo nak guna laptop untuk jangka masa yang lama baru guna kabel.

    azham : memang mahal bateri tu.rasanye baik beli laptop baru terus.takpa la, tggu keje beli apple :)

    ReplyDelete
  9. aah.. samalah.. tak sampai satu jam.. cepat je habis.. hmm.. nak tukar baru.. mahal kebapok..

    ReplyDelete
  10. cik yuyu :dari tukar yang baru lebih baik cari laptop yang baru..puas hati sikit..huhu

    ReplyDelete
  11. laptop sy pun 10 minit je kot thn. lpastu tcungap cungap.

    ReplyDelete
  12. nur : sama la kita..cukup 15 minit mula la nak cari charger..huhu

    ReplyDelete
  13. laptop saya br setahun.. batery ok lagi..thanks kongsi tips nie..nak tukar setiap 18 bulan?? memang tak la kan.

    ReplyDelete
  14. maisarah : tu rasanye aggaran je..selagi bateri elok selagi tu la guna.kecuali charger dah rosak baru tukar yang baru..

    ReplyDelete
  15. ↑Dah 2 tahun beli, jawapannya mmg bateri tgh nazak, heheh.. sgt berterima kasih kat no.9 tu sbb lgsg x pernah terfikir.. btw, bkn bateri je kena tukar, screen pun dah 70% nazak jgk ni.. memey habih la duit rayo den..

    ReplyDelete
  16. iha zaliza : screen biasanye kena tukar bila ada keluar garisan..nak tak nak terpksa jugak pegi repair..spoil layan cite kalo screen rosak..hahah

    ReplyDelete
  17. mcm menakutkan ja klaw laptop hnya than 15min bteri dy..nak buat keja pon susah..saya pnya kira ok lagi la.tw,tQ 4 e in4mtion.

    ReplyDelete
  18. Nak kongsi sket petua klu bateri dah kong.

    1- Balut bateri laptop dgn surat khabar tp jgn tebal.
    2- Dah balut dgn surat khabar masukkan dlm plastic dan ikat.
    3- Masokkn bateri td kt dlm freezer ice box kat rumah anda dan biarkn 1 hari.

    Buat mase ni alhamdulillah pernah buat dan boleh pakai lg sehingga skrg.

    p/s : Cuba lah,risiko tanggung sendiri okay.... :)

    ReplyDelete
  19. kalau nk isteri comel kene la pakai tudung

    ReplyDelete
  20. Buat masa sekarang ni lappy dah pakai dari tahun 2012 hingga sekarang masalah bateri tak ada lagi.. Tapi tips atas tu memang berguna...

    ReplyDelete
  21. Kalau bateri dah kong walau baru 60%... Apa masalah ya?? pastu. Waktu cas tak sampai 30 minit pun dah penuh. Bateri tu tahan dalam 3 jam sebelum kong at 60%. Laptop baru lagi...baru 5bulan.. anyone ada solution?

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum,sy pun ada juga bateri laptop tiba-tiba padam .sudah cas ,baru 10 atau 15 minit je tiba-tiba laptop sy padam sendiri.memang sakit hati lah jadinya baru nak siap assignment dah padam sendiri

    ReplyDelete
  23. lappy sy dah nk 3 tahun.... bateri ok je ..... xpenah cabut .... cas bila batry nk abis.... ttp cas bila dah penuh.....
    ade org kata laptop skrg dah x boleh overcharge sbb dia auto off, betoi ke

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.