Tanda/Gejala/Simptom Anda Terkena Skizofrenia

 
Skizofrenia bermaksud gangguan kimia dalam otak. Simptom Skizofrenia muncul pada usia 15 tahun hingga 35 tahun. Secara gender, lelaki dan perempuan memiliki risiko yang sama untuk menghidap Skizofrenia tetapi simptom ini lebih cepat muncul pada lelaki. Risiko mewarisinya bagi mereka yang memiliki keluarga terdekat mengalami Skizofrenia ialah 10 peratus, manakala 40 peratus adalah untuk mereka yang memiliki ibu bapa atau kembar yang menghidap Skizofrenia.
 
Tanda/Gejala/Simptom Skizofrenia 

1. Pesakit akan merasa seperti ada orang ingin membunuhnya, mengalami halusinasi, delusi, pendek kata dia mengalami kecelaruan tanggapan.
 
2. Proses fikiran pesakit skizofrenia biasanya terganggu dan ini membuatkan pesakit mempercayai perkara-perkara yang tidak benar, walaupun telah berkali-kali diberi penjelasan.
 
3.  Orang yang mempunyai simptom skizofrenia ini akan menganggap semua perkara sebagai serius, dia sering menganggap sesuatu yang tidak logik itu sebagai logik, kadang kala dia merasa orang lain boleh baca fikiran dia.
 
4. Menunjukkan tingkah laku yang pelik dan luar biasa.
 
5. Suka bercakap dan ketawa bersendirian.
 
6. Tidak mengambil berat tentang rupa paras dan kesihatan diri.
 
7. Tidak kisah pandangan orang lain terhadap tingkah lakunya.
 
8. Pertuturannya sukar difahami dan seolah-olah menggunakan bahasa yang hanya difahami dirinya.
 
9.Sentiasa mempunyai anggapan palsu bahawa wujudnya orang lain yang mengekori, ingin mencedera, mengawal ataupun membunuhnya. 
 
10. Sentiasa melakukan kesalahan, tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kerjaya dan hilang keyakinan. 
 
11. Suka berkeliaran dan kadang kala menghilangkan diri tanpa memaklumkan kepada ahli keluarga.
 
12. Suka bangun dengan kekerapan yang tinggi ketika tidur dan menghadapi masalah untuk tidur lena.
 
 Cadangan Rawatan Yang Berkesan
 
1. Rawatan berterusan iaitu melalui pengambilan tablet dan suntikan untuk beberapa tahun ataupun seumur hidup bagi kes yang serius. 
 
2. Menjalani rawatan terapi elektrokonkulsif untuk kes yang serius. 
 
3. Mengisikan masa untuk aktiviti seperti kerja dan belajar agar tidak mempunyai banyak masa lapang untuk memikirkan yang bukan-bukan. 
 
4. Harus menerima kasih sayang dan sokongan moral daripada ahli keluarga dan rakan-rakan. 
 
5. Menerima rawatan pakar yang terlatih. 
 
6. Sentiasa meluahkan perasaan hati dengan mereka yang mesra dan sudi mendengar.

Post a Comment

1 Comments

  1. simptom2 ni mcm ada dekat saya la. bole sy tau tak entri ni u buat sendiri or dpt maklumat dari blog lain ye. saya just nak tau lebih lanjut pasal penyakit ni.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.