Resepi Air Lemon Soda Mixed Fruit Herbs Yang Menyegarkan

Resepi  Air Lemon Soda Mixed Fruit Herbs Yang Menyegarkan l Setiap kali waktu berbuka puasa, mesti rasa nak minum air yang menyegarkan bukan? Biasalah separuh hari menahan dahaga, dapat minum air sejuk baru rasa segar tekak! Jom buat air lemon soda mixed fruit herbs ini, hasil daripada perkongsian oleh Ben Safwan untuk berbuka nanti. 


Atas permintaan kawan-kawan yang nak beli bahan buat lemon soda mixed fruit herbs ni,Ben berikan tips dan resepi. Boleh ganti soda dengan air jus lemon. Sedap lain macam bila semua sukatan dan cara buat betul. Ini sukatan untuk 4-5 orang minum 2 gelas sorang.

Resepi  Air Lemon Soda Mixed Fruit Herbs Yang Menyegarkan



Bahan-bahan:
- 6-8 biji kurma merah*
- 1 sudu makan selasih*

*(Dua bahan ni rendam awal dalam 2 jam. Lepas tu toskan dan potong halus memanjang kurma merah)

- 1 biji lemon besar
- 1 batang serai kecil diketuk ( boleh ganti dengan daun pudina )
- 1/2 tin air laici dan laici tin
- 1/2 tin air nenas dan potongan nanas tin
- 500 ml air soda
- 500 ml air sprite

Cara menyediakan air lemon soda mixed fruit herbs:

1. Hirisankan lemon lepas tu buang biji elak dari pahit. Tekan-tekan isi lemon agar jus dia turun.


2. Masukkan ke dalam bekas air bersama hirisan kurma merah selasih,serai,buah dalam tin dan air soda serta sprite.
3. Baru ketuk ais dan tambah kan ais. Ais sedap diketuk kecil baru lagi bertambah rasanya.
4. Kalau dah lepas 1 jam air tu dihidang,buang serai/pudina untuk elakkan terlebih rasa.


5. Boleh tambah masuk asam boi/hirisan kurma/isi buah oren juga bergantung pada selera.
6. Kalau tak minum air soda,tambahkan 2 biji lagi lemon tetapi perah untuk dapatkan jus lemon dan kena tambah gula untuk seimbangkan rasa.


Selamat mencuba resepi air lemon soda mixed fruit herbs. Memang puas hati!

Post a Comment

2 Comments

  1. cantik nya gabungan warna air nih. mesti wangi kan..

    ReplyDelete
  2. SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.