Bantuan Khas Kewangan RM500 2019 Penjawat Awam Dibayar Pada 18 Disember 2019

Bantuan Khas Kewangan RM500 2019 Penjawat Awam Dibayar Pada 18 Disember 2019 l Dalam pembentangan bajet 2020, Menteri Kewangan telah membuat pengumuman mengenai pemberian bonus kepada penjawat awam sebanyak RM500 dan RM250 untuk pesara kerajaan. Pemberian bonus ini merupakan hadiah saguhati kerajaan buat semua penjawat awam termasuk pesara kerajaan yang akan menikmati bonus RM250 dan veteran tidak berpencen.

Bilakah pembayaran bonus ini akan dibuat?

Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 tahun 2019: Bantuan Khas Kewangan Tahun 2019 akan dibayar pada 18 Disember 2019 iaitu hari Rabu. Namun hanya penjawat awam gred 56 ke bawah sahaja akan menerima insentif bonus kali ini. Dengan pemberian bonus sebanyak RM500 sebelum bermulanya sesi persekolahan 2020, diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu persediaan sekolah anak-anak.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2019: Bantuan Khas Kewangan Tahun 2019: Akan Dibayar Pada 18 Disember 2019 (Rabu) 







Semoga melalui perkongsian Tarikh Pembayaran Bonus 2019 Untuk Penjawat Awam ini dapat dijadikan panduan dalam merancang perbelanjaan untuk tahun depan terutamanya perbelanjaan persekolahan dan sebagainya.

Post a Comment

3 Comments

  1. Alhamdulillah. Naik rm50 drp thn lps. Tp kalau boleh bagila seribu sorang.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah , Rezeki penjawat awam . But i'm in a private sector . Hehee . .

    ReplyDelete
  3. Allhamdulillah, tahniah... kita dh xdpt lak tahun ni... huarghhh

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.