5 Basic Skincare Bagi Lelaki Dan Wanita Untuk Kecantikan Kulit Muka

5 Basic Skincare Bagi Lelaki Dan Wanita Untuk Kecantikan Kulit Muka l Ini adalah perkongsian dari saudari Ukhtie's Aina tentang basic skincare routine. Diharapkan daripada perkongsian yang sangat berguna ini, korang boleh amalkan untuk menjaga kecantikan kulit wajah korang bagi wanita dan juga lelaki. Saya dah edit semua gambar, serta sedikit info penjagaan kulit wajah dan pilihan antara produk yang paling terbaik yang korang boleh pilih di drugstore berdekatan seperti Guardian, Watsons dan sebagainya.

5 Basic Skincare Routine Yang Korang Wajib Ada

5 basic skincare routine yang korang perlu ada ialah : 
 
1. Cleanser (siapa yang pakai makeup kena remove dulu dengan makeup remover sebelum cuci muka)
2. Scrub
3. Toner
4. Mosturizer
5. Sunscreen

Untuk lebih details, penerangan bagi penjagaan muka bagi setiap produk ada dinyatakan di bawah.

1. Cleanser 


Ini diantara produk yang elok untuk diamalkan setiap hari, pilihlah satu yang paling sesuai dengan kulit muka.

Tolong elakkan cleanser yang ada : 
- sodium lauryl sulfate ( mengeringkan kulit muka )
- alcohol ( mengeringkan kulit muka )
- fragrance ( kulit sensitif akan lebih bermasalah )

Cuci muka paling bagus lepas buat aktiviti kat luar, lepas masak, terdedah dengan habuk dan sebelum tidur. Tidak di galakkan cuci muka waktu pagi sebab setiap pagi muka korang masih fresh dan lembab. Elok kekalkan kelembapan tu dengan cuci dengan air biasa sahaja. Lagi satu setiap kali cuci muka kurangkan kuantiti cleanser tu. Jangan letak selambak lepas tu buat cuci muka, jangan ye. Picit besar hujung jari kelingking sahaja. 

Yang pakai makeup, jangan lupa remove dulu makeup dengan makeup remover, apa apa brand yang free alcohol, free fragrance. Lagi elok produk tu berasaskan water base, baru la cuci muka bagi bersih dan lap pakai tuala yang bersih atau tisu paper.

2. Scrub

Kenapa perlu scrub? Kerana kulit kita selepas 26 hari akan tertanggal sel kulit mati dan salin kulit baru. Kulit mati itulah yang akan menyumbatkan pori pori muka kita, ia mengakibatkan muka naik jerawat, ada blackhead dan whitehead di muka. Jadi, apabila kita scrub inilah yang membantu untuk tanggalkan sel kulit mati dari muka kita. Buatlah dalam 1-3x seminggu. Elakkan pakai scrub yang butirnya kasar kerana akan melukakan kulit muka kita dan muka akan cepat rosak. Pilih scrub yang halus sahaja dan dalam proses scrub pada muka tu buatlah secara pelahan lahan sahaja kerana kulit muka kita sangat lembut. Ini antara produk scrub yang bagus yang korang boleh cuba.

3. Toner


Toner membantu seimbangkan ph muka kita, kerana cleanser bersifatkan alkali. Selepas kita cuci muka, ph muka kita akan naik sedikit dari ph asal dan membuatkan muka kita menjadi kering. Oleh itu, dengan memakai toner ini akan membantu seimbangkan semula suhu ph di muka kita. Toner dapat mengembalikan kelembapan pada muka kita. 

Selain itu , toner juga dapat membersihkan muka kita dari kotoran muka kita yang tadi kita cuci dengan cleanser yang masih berbaki. Toner juga ada pelbagai fungsi, memutihkan, anti penuan dan pelbagai lagi. Jadi, korang kena elakkan guna toner yang ada alkohol sebab muka akan jadi kering, cepat bermasalah dan cepat berkedut. Ini diantara toner yang elok digunakan sebagai skin routine korang, so pilih yang sesuai dengan kulit muka korang ye.

4. Mosturiser 

Yang ni part paling penting bagi kekalkan kelembapan kulit muka. Tapi mosturizer juga boleh buat muka korang jadi tak selesa, jadi seeloknya pilihlah yang sesuai dengan kulit muka korang. Kulit muka yang berminyak sesuai pakai mosturiser yang berbentukkan gel kerana gel berasaskan air dia tidak akan membuatkan muka kita bertambah berminyak dan akan mengekalkan kelembapan pada kulit kita. 

Pada yang berkulit kering pula sesuai memakai mosturiser berbentuk cream kerana dapat melembabkan lagi kulit yang kering korang. Macam produk-produk lain juga elak dari produk yang ada alcohol dan fragrance bagi mengelakkan muka korang lebih bermasalah. Di dalam gambar ni antara produk yang selamat untuk diamalkan setiap hari dan saya dah siap kelaskan produk tu sesuai untuk kulit berminyak atau kulit kering. So bergantung pada kulit korang. Mosturizer ni jangan tinggal sebelum tidur tau, sebab waktu tidur la mosturizer ini akan bekerja dan merawat kulit muka kita. 

5. Sunscreen


Part last sekali sunblock atau sunscreen. Ini part paling penting untuk korang follow tau sebab kita ni banyak terdedah dengan cahaya matahari. Jadi korang pilihlah sunscreen atau sunblock yang ada SPF50 dan PA++ yang dapat melindungi kita dari sinar uvb dan uva. Sinar uvb menyebabkan kulit muka kita terbakar dan gelap. Dan sinar uva pula membuatkan kulit muka kita cepat berkedut dan terdedah dengan cancer kulit. 

Jadi kalau nak pilih sunblock atau sunscreen kalau ada spf50 sahaja tapi tiada PA jangan beli okey. Kena ada spf50 dan Pa++ dah cukup perfect untuk korang lindungi kulit  diluar rumah atau pun berada dalam kawasan tertutup. Pakai banyak mana? Sebanyak 2 jari telunjuk dan jari hantu korang bila disatukan dan kena reapply semula selepas 5 jam kerana sunscreen ni akan hilang. 

Kenal Pasti Dahulu Jenis Kulit Muka Sebelum Guna Produk Drugstore

5 benda ni korang wajib kena ada. Antara semua produk dalam gambar yang saya edit di atas ini korang boleh pilih bergantung kesesuaian jenis kulit muka korang. Korang boleh share dan amalkan, semoga membantu korang yang masih tercari-cari produk yang sesuai dan terbaik dengan untuk digunakan. Kenapa saya pilih produk drugstore? Sebab dijamin tiada bahan kimia, selamat dan murah


Antara produk skincare yang ada dijual di Watsons

Tapi sebelum ambil apa-apa produk, tolong kenal pasti dahulu kulit muka jenis kulit apa.

1. Kering
  • kurang air
  • kurang lembab
  • mengelupas
  • muka tidak glowing
  • kusam
2. Berminyak
  • satu muka sangat berminyak
3. Kombinasi
  • T zone berminyak ( dahi, hidung, dagu )
  • pipi kering
4. Sensitif 
  • mudah naik ruam
  • gatal gatal
5. Normal
  • kering biasa biasa
  • minyak biasa biasa

Cara Nak Tahu Jenis Kulit Muka

Macam mana nak tahu kulit kita ni jenis mana, kena buat test.

1. Sebelum tidur, cuci muka sahaja tanpa letak apa-apa skincare dan kemudian tidur

2. Bangun pagi je pagi buat test
- oil control paper / tisu ( potong cebisan 7 bahagian )

3. Tempek di :
- dahi
- hidung
- 2 belah pipi
- dagu
- 2 belah rahang pipi

4. Tengok paper/tisu tu melekat di bahagian mana : 
- semua melekat ( berminyak )
- melekat di T zone ( kombinasi )
- jatuh semua ( kering )
- nak lekat tak nak lekat je ( normal )

5. Kalau muka sensitif pun kena test sama ada sensitif dan berminyak, sensitif dan kering atau sensitif dan kombinasi.

Okey? Dah tahu kulit muka jenis apa senang la nak membersihkan, merawat dan melindungi kulit korang. Semoga  perkongsian ini bermanafaat untuk korang menjaga kecantikan muka supaya kelihatan flawless :)

Post a Comment

0 Comments