Bayaran Pertama Dari Google Adsense Tahun 2019

Bayaran Pertama Dari Google Adsense Tahun 2019Alhamdulillah. Yang mana jana pendapatan melalui Google Adsense, tersenyum lebar nampaknya tengok duit dah mula masuk dalam akaun. Aku la tu..hehehe. Walaupun jumlah yang diperolehi tak banyak, tapi sedikit sebanyak boleh tampung keperluan harian. Kalau tak silap aku, mula terjerumus ke kancah buat duit dengan Google Adsense pada tahun 2017. Boleh dikatakan tahun 2017, aku hanya bergantung kepada pendapatan Google Adsense daripada niche blog aku. Hampir setiap bulan akan dapat gaji daripada Google Adsense.

Gaji pertama aku dari Google Adsense tahun ni..dapat RM400 lebih je.

Rekod tertinggi pendapatan sehari Google Adsense aku adalah USD50. Tapi bukan setiap hari dapat macam tu. Tahun 2017 je, zaman kegemilangan buat duit dengan Google Adsense. Ada bulan-bulan tertentu dimana carian keywords yang tertentu banyak masuk dan secara tak langsung, jumlah klik iklan juga turut meningkat. Boleh la capai minimum payout setiap bulan.

Cuma tahun 2018 pendapatan sedikit menurun gara-gara tabiat malas nak update blog kerana kesibukan kerja yang melampau. Maklumlah, budak-budak nak periksa SPM, kita ni sebagai cikgu berhempas pulas sediakan apa yang patut untuk persediaan mereka menghadapi peperiksaan. Sekali lagi pada tahun lepas, blog pulak ada masalah tak boleh diakses kerana sekatan pihak tertentu. Berbulan-bulan blog aku tidak dapat hasil dari Google Adsense. Nak capai USD1 setiap hari pun tak boleh. Jenuh berhubung dengan pihak tertentu untuk selesaikan masalah tersebut tapi tak juga selesai. Kiranya 2018, pendapatan Google Adsense tidak semewah ketika 2017. 2 3 bulan baru boleh cashout.

Earning pertama tahun 2019 ambil masa hampir 3 bulan baru boleh cashout.

2019 blog ini bermula dengan langkah berani. Penjenamaan semula blog ini dengan tukar domain dari blogspot ke com. Trafik blog berlaku penurunan yang agak ketara. Hampir keseluruhan entri terpaksa diindeks semula. Selalunya orang kata nak jana pendapatan dengan Google Adsense ni perlukan trafik yang tinggi. Memang betul. Tapi kalau trafik rendah pun, tak ada masalah untuk jana pendapatan dengan Google Adsense. Cuma untuk dapat hasilnya mengambil masa yang agak lama sedikit. Dari bulan 1 hingga bulan 3 baru dapat cecah USD100 lebih yang mana bersamaan dengan RM400 lebih. 

Apapun, jangan putus asa kalau korang masih lagi struggle untuk jana pendapatan dengan Google Adsense. 

Target aku untuk capai sekurang-kurangnya USD2 setiap hari masih lagi tak tercapai.

Sangat jauh lagi....

So, aku nak share dengan korang antara taktik yang aku buat untuk pastikan mampu dapat bayaran dari Google Adsense setiap bulan. (dalam mimpi je...)

Taktik#1 : Buat lebih dari satu blog

Aku rasa nak dapat USD100 dengan satu blog je agak mustahil lebih-lebih lagi jika blog baru nak up. Bagi aku, untuk dapat USD100 sehari, apa yang aku perlukan adalah sekurang-kurangnya 5 blog yang setiap satunya dapat USD20 sehari. Nak lebih mudah buat 10 blog yang setiap satunya menjana USD10 sehari.

Taktik#2 : Iklan Google Adsense Auto Ads

Letak iklan Google Adsense Auto Ads. Kenapa Auto Ads? Sebab biar Google Adsense sendiri tentukan macam mana iklan nak keluar kat blog tu. Jangan lupa setting pada Ad Balance dan buat Custom Ads untuk tengok ads mana yang hasilkan earning yang tinggi.

Taktik#3 : Promosi

Promosikan blog korang di Google Adwords dan group Facebook.

Taktik#4 : Niche site berfokus

Fokus pada niche site. Apa yang aku perhatikan, niche site yang berfokus akan dapat lebih earning dengan Google Adsense berbanding blog personal dan blog rojak. Sebab bila laman web fokus pada satu topik, iklan Google Adsense yang tersiar pun spesifik berkaitan dengan topik tu. Jadi kebarangkalian orang tertarik dengan iklan tu akan lebih tinggi.

Setakat itu je perkongsian yang ringkas ini. 

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.