Inilah Akibat Jika Terlalu Open Di Media Sosial!

Berkenaan kes rompak, rogol dan bunuh di Muar, Johor. Saya nak ambil kesempatan untuk kongsikan beberapa tips keselamatan di Facebook kepada anda semua, terutamanya wanita. Tidak ada kaitan dengan kes tersebut, cuma beberapa perkara yang perlu dielakkan supaya tidak terjadinya kes sebegini.

8 TIPS KESELAMATAN DI FACEBOOK

1. Kurangkan selfie
Kita tak tau kalau-kalau selama ini setiap kali awak post gambar, ada mata yang sentiasa memerhati. Dah lama jatuh cinta dengan awak. Dah lama imagine nak "bersama" awak. Nak jadikan awak milik dia. Jangan kata mustahil, zaman sekarang ni manusia makin gila.

2. Jangan check in rumah sendiri
Tolonglah...jangan check in alamat sendiri melalui Facebook. Contoh, No.3 Jalan 2, Taman Indah, Kuantan. Bila-bila masa orang boleh datang rumah awak.

3. Jangan up status tinggal sorang kat rumah
Dah lah check in alamat sendiri, siap bagitau dunia tengah sorang-sorang kat rumah. "Boringnya. My hubby out station lagi. Tinggal dengan anak bulus je. Ada yang nak teman?" Haaa...kejap lagi ada yang datang betul-betul baru tau erti penyesalan. Kalau yang jenis tak pernah check in alamat sendiri, pun perlu elakkan bagitau awak tengah keseorangan. Sebab apa? Ada je kawan diluar alam maya yang tau rumah awak dan tak semuanya baik.

4. Jangan post no plat kereta
Ya...tau kereta tu atas nama awak. Hasil titik peluh awak. Kalau nak post gambar, sekurang-kurangnya tutup no plat. Bahaya. Dari no plat je boleh tau semua personal details kita. Kalau info tu dapat kat orang jahat?

5. Jangan sibuk nak check in semua tempat yang awak pergi.
Sampai pejabat check in, tingkat 73 klcc. Lunch check in, kedai mamak belakang klcc. Habis kerja, pergi jogging check in taman klcc. Nak balik rumah check in jem kat jalan raya sambil selfie nampak muka cantik dan lambang kereta mahal kat stereng. Sampai rumah check in, sampai dah my home sweet home no.38-4-7 kondo mewah, jalan orang kaya, kl.

Bahaya! Bahaya! Bahaya! Nak-nak lagi kalau status tu setting public. Satu dunia boleh tengok.

6. Hadkan apa yang perlu dikongsi di Facebook.
Baru beli gelang emas lip lap lip lap macam mami jarum, tak payah post kat fb. Dapat bonus rm10k seeloknya jangan up kat fb. Jangan terlalu pamerkan kemewahan & kekayaan awak kat fb. Bukan sebab taknak orang kata riak, itu isu lain. Tapi demi keselamatan awak.

7. Pasang CCTV dan Autogate.
Yang selalu balik kerja sorang-sorang tu hati hati. Lagi-lagi buka pintu kunci pintu gate sorang-sorang. Kalau boleh balik jangan malam-malam. Jenayah berlaku tak ikut waktu. Sarankan pakai sistem autogate dan cctv, ada yang murah. Sekarang ada cctv canggih yang boleh dipantau melalui phone. Suami selalu outstation beringat ya. Kes ni dah banyak berlaku di banyak tempat.

8. Bawalah kunci remote kereta anda di tepi katil. 
Jika anda syak macam ada perompak baru nak masuk, boleh bunyikan alarm kereta..Ia dapat membantu anda mengejutkan jiran-jiran anda jika ditimpa musibah. Tak perlukan alarm yang mahal untuk menakutkan perompak.. alarm kereta ada.

Harap bermanfaat. Sila share, semoga kita semua dilindungi dari perkara buruk dan kejahatan manusia.
Inilah Akibat Jika Terlalu Open Di Media Sosial! Inilah Akibat Jika Terlalu Open Di Media Sosial! Reviewed by Nick Nashram on 1:14:00 PM Rating: 5

6 comments:

  1. Ingatan berguna sangat-sangat ni.Semakin banyak dan kerap berkongsi..maka semakin luas ruang untuk kes-kes tertentu berlaku.

    ReplyDelete
  2. newsfeed lama ni kan... kes 2, 3 tahun lepas klu tak silap... anyway memang jangan terlalu terbuka dlm hal peribadi.

    ReplyDelete
  3. sekarang ramai orang gila..so kena double careful. nice sharing

    ReplyDelete
  4. Zaman sekarang ini dah ramai sangat manusia takde perikemanusiaan.
    Itulah kadang-kadang salah diri-sendiri jugak semua benda nak share bukan semua suka ada jer... yang meluat. Terima kasih ingat-mengingati.

    ReplyDelete
  5. Takutnya! Abe kie kena hati2 lps ni. Thanks.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.