5 Tempat Percutian Menarik Di Muar Johor

5 Tempat Percutian Menarik Di Muar Johor l Muar merupakan salah sebuah daerah yang terletak di negeri Johor dan telah diisytihar sebagai Bandar Diraja pada tahun 2012 dan masih mengekalkan sejarah berharga dan keunikan bandar. Yang terbaru, bandar Muar telah dinobatkan sebagai bandar paling bersih di Asia Tenggara. Kalau korang tak percaya, boleh datang sendiri untuk tengok kebersihan di bandar ini, sambil menikmati keenakan sate Muar. 

Muar yang juga dikenali sebagai Bandar Maharani, kaya dengan tarikan semula jadi yang indah untuk dilawati terutamanya ketika cuti sekolah. Jika korang yang datang berkunjung ke Muar untuk bercuti, di bawah adalah antara tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi.

5 Tempat Percutian Menarik Di Muar Johor



1. TANJUNG EMAS

Tanjung Emas merupakan sebuah taman rekreasi yang terletak di muara Sungai Muar yang menghadap Selat Melaka. Taman yang besar ini diuruskan dengan rapi supaya persekitarannya sentiasa selesa. Ini adalah taman yang menjadi tempat santai untuk keluarga terutamanya pada hari minggu. Tarikan yang ada di sini ialah sebuah dataran serbaguna, Jeti Tanjung Emas, Medan Selera Tanjung Emas dan Kompleks Marina Muar (Marina Bay) di tebing Sungai Muar. Pengunjung boleh bersiar-siar melihat pemandangan menarik di tepi sungai (waterfront) yang sentiasa menjadi tumpuan orang ramai bersantai dan juga memancing. Pengunjung juga boleh menaiki bot untuk menyusuri keindahan Sungai Muar melalui perkhidmatan Muar River Cruise.


2. KOLAM AIR PANAS GERSIK

Terletak di antara Parit Jawa dan Batu Pahat, kolam air panas semula jadi ini diuruskan dengan rapi menjadikannya sentiasa dikunjungi pelancong. Tidak dikenakan sebarang caj kerana pengunjung boleh masuk secara percuma. Suhu airnya berada dalam anggaran kira-kira 50 hingga 70 darjah Celcius. Tempat ini memanglah sesuai untuk dikunjungi oleh sekeluarga pada hujung minggu kerana juga telah dilengkapi dengan pondok rehat, taman permainan kanak-kanak dan juga gerai makanan.


3. PANTAI LEKA

Pantai Leka merupakan sebuah pantai dan juga sebuah tempat perlindungan atau persinggahan hampir 44 spesies burung yang menonjol di Parit Jawa seperti spesies burung botak yang sering dirakam lensa para penggemar burung di seluruh dunia. Dipamerkan sebagai sebuah taman terpelihara semula jadi kepada burung-burung berhijrah, Pantai Leka dilengkapi dengan makanan dan tempat perlindungan daripada hutan-hutan bakau tempatan untuk spesies yang jarang ditemui ini.


4. LADANG REMPAH RATUS DAN HERBA NASUHA

Ladang herba seluas 3,200 ekar ini merupakan ladang dan rempah ratus terbesar di Asia. Tanaman herba di sini berasaskan organik dan mampu mengeluarkan sehingga 6 ke 10 tan metrik bahan mentah setiap hari. Di sinilah adanya kilang rempah masakan yang dijual secara komersial dengan jenama "Mak Siti". Ladang Herba Nasuha turut menyediakan resort menarik bagi pengunjung yang ingin melawat dan melihat lebih lanjut apa yang ada di sini. Selain chalet cantik berupa "long cabin", sebuah dometri yang boleh memuatkan 11 orang tetamu turut disediakan di resort ini. Pengunjung boleh menikmati urutan tradisional, mandian herba, spa herba dan terapeutik.


5. DONHU JURASSIC PARK GARDEN 

Donhu Jurassic Park Garden adalah tarikan terbaru di Muar dimana pelbagai jenis patung dinosour dipamerkan untuk pengunjung yang datang. Terletak di Jalan Pintasan Muar, taman tema ini dibuka pada setiap hari dan tiada bayaran dikenakan untuk masuk. Selain daripada replika dinosour yang nampak real dan boleh mengeluarkan bunyi, terdapat pelbagai jenis permainan yang disediakan untuk kanak-kanak berhibur seperti One Dinosaur Motorcycle, Dinosaur World Water Fun, Bumper Car dan beberapa permainan lain. Pengunjung juga boleh membeli t-shirt dan replika dinasour untuk dijadikan sebagai kenangan.

Post a Comment

1 Comments

  1. lama x p muar... kali pertama p muar masa blajar, rindunya....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.