Kaedah Pagar Rumah Dengan Bismillah Elak Dari Dimasuki Syaitan

Jadikan rumah anda kubu yang menenangkan anda di dalamnya dari segala gangguan yang membuatkan anda stress. Berikut adalah tindakan yang anda perlu buat.

1.Kaedah Pagar Bismillah

● lafaznya bismillahi awwalahu wa akhirahu
● baca ikut bilangan ahli rumah,contoh jika 4 orang,bacaan menjadi 4x.
● lepas baca, hembus dan gerakkan tangan lawan jam.
● sebaiknya untuk permulaan digandakan bacaan 10x..hembus dan gerak tangan..ulang lagi sehingga 100x..
● keadaan memagar boleh dalam keadaan berbaring atau sambil santai-santai bagi ibu yang menjaga anak.
● satu ruangan mewakili seluruh ruang.
● jika magrib, sebaiknya ditutup semua pintu dgn dibaca bismillah ketika menutupnya.
● pagar ini dibuat setelah subuh,setelah asar dan sebelum tidur.
● sangat-sangat diutamakan memagar ketika sebelum tidur atau selepas isyak.
● pagar bismillahi ini bocor bila ada ahli keluarga yang masuk tanpa baca bismillah.
●jika bergegas turun kerja dan tak sempat memagar, boleh memagar sambil.memandu. Cuma gerakkan tangan lawan jam..dikecilkan menjadi gerakkan jari telunjuk lawan jam sahaja bagi syarat dan baca doa "Ya Allah aku titipkan rumahku,keluargaku,hartaku dan apa sahaja nikmat pemberianMu kepadaku dalam jagaan dan pemeliharaanMu".

Kenapa Perlu Baca Pagar Bismillah?

● kerana syaitan akan masuk rumah kita bila masuk rumah tak baca bismillah.
● jadi lafaz pagar bismillahi awwalahu wa akhirahu insya allah dapat mengeluarkan mereka "syaitan" yang masuk tadi.
● tandanya rumah telah keluar syaitan dengan lafaz pagar ini ialah yang hangatnya berlebihan terutama ketika cuaca hujan, akan rasa dingin. Rasa tersebut dapat dirasai mula susut sedikit demi sedikit oleh yang memagar.
● tanda yang lain jiwa akan mula merasa aman tenang, insya allah terutama bila kucing kerap berkelahi dirumah,mereka juga akan turut damai.
● insya allah penghuni rumah akan kembali harmoni.

2. Kaedah Pagar Ayatul Qursi

3. Kaedah Pagar 3 Qul

Post a Comment

5 Comments

  1. Terima kasih perkongsian...

    ReplyDelete
  2. menarik, tak pernah tau pulak sebelum ni kaedah pagar rumah kaedah mcm ni..

    ReplyDelete
  3. Thank you share info ni :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ustaz mohon izin mengamalkannya Terima-kasih

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.