Tempah Baju Melayu, Kurta Dan Kemeja Slim Fit Secara Online Di Aplikasi Custlr


Tempah Baju Melayu, Kurta Dan Kemeja Slim Fit Secara Online Di Aplikasi Custlr l Teringat masa nak merisik dulu, hanya pakai baju melayu biasa datang ke rumah bakal isteri. Yang tak syoknya baju melayu biasa ni, bila pakai dengan sampin akan ada lebihan baju melayu tu keluar daripada lilitan sampin tu. Lagipun, baju melayu biasa ni ada pesak pada bahagian sebelah kiri dan kanan. Tu yang menyebabkan bila kita pakai, nampak tak kemas dan sedikit mengeleber. Frust giler rasa!

Mudahnya beli baju melayu fit melalui aplikasi CUSTLR!

Tapi sekarang ni, baju melayu biasa bukan lagi pilihan aku nak pakai masa hari raya, pergi sekolah atau mana-mana majlis dah. Sebab baju melayu dengan potongan slim fit dah berjaya menambat hati aku untuk bergaya. Kalau korang nak tahu, potongan baju melayu slim fit ni boleh membuatkan korang kelihatan lebih sado dan kemas. Semua ni berpunca bila aku dah tahu kewujudan aplikasi online CUSTLR iaitu sebuah aplikasi  yang mana korang boleh tempah baju melayu, kurta dan kemeja ikut saiz badan korang untuk kelihatan fit dan bergaya.

APA YANG ISTIMEWA TENTANG APLIKASI CUSTLR?


Kalau korang nak tahu, CUSTLR ni merupakan aplikasi mudah alih pertama Malaysia yang menawarkan pengukuran baju melayu, kurta dan baju kemeja yang dijahit khusus dengan menggunakan teknologi algoritma berasaskan perisian dan persamaan dalaman untuk mendapatkan hasil yang tepat. Maknanya korang hanya perlu letak ukuran badan sendiri semasa membuat tempahan.Hanya tunggu baju tu sampai ke rumah dan saiz baju yang ditempah tu dijamin sama dengan saiz yang korang idamkan. Tak perlu lagi pergi cari tailor kat luar atau bersusah payah pergi ke shopping mall semata-mata nak cari baju yang mengikut citarasa dan saiz korang.

Jangan lupa download aplikasi CUSTLR di Play Store untuk korang tempah baju melayu yang fit dan sesuai dengan saiz badan korang.

Kalau korang tak ada tali pengukur untuk ukur saiz badan tu semasa nak tempah baju tu kat CUSTLR, jangan la risau sebab CUSTLR ada sediakan saiz standard iaitu S,M,L dan XL. Macam aku, tempahan baju melayu dibuat berdasarkan saiz yang aku pilih iaitu M. Bila baju tu sampai, memang betul-betul fit dan sama dengan saiz yang aku nak.

Ukuran juga boleh dibuat melalui A4 fit algorithm, iaitu korang hanya perlu menangkap gambar dengan meletakkan kertas bersaiz A4 di bahagian hadapan dan sisi badan untuk membuat ukuran.

BAJU MELAYU FIT EMERALD GREEN DARI CUSTLR

Meh nak tunjuk baju melayu fit yang aku tempah dari CUSTLR. Terdapat 5 pilihan warna sebenarnya dan masa nak buat tempahan tu, warna yang menambat hati aku ialah warna emerald green. Saiz yang aku pilih ialah saiz M. Dalam masa 2-3 hari, baju yang ditempah dah sampai. Dibalut dengan kotak hitam dan siap ada tali pengukur lagi. Sampai je parcel kat tangan, terus pakai melayu ni dan memang sangat puas hati dengan potongan badan yang fit. Sebijik macam yang aku nak!

Baju melayu fit yang ditempah di CUSTLR memang cun.

Dari segi kualiti kain, korang tak perlu risau sebab kain baju melayu CUSTLR ni memang selesa, ringan, cantik dan susah nak berkedut. Berbeza dengan baju melayu lain yang ada dijual di pasaran. Jahitannya pun kemas, berbaloi dengan harga yang korang bayar iaitu RM99.00 sahaja. Jadi buat korang yang masih tercari-cari baju melayu idaman, samada untuk buat baju nikah atau baju hari raya , cepat-cepatlah ye tempah kat CUSTLR. Gerenti puas hati!

Memang fit dengan badan bila pakai baju melayu CUSTLR ni..rasa macam nak beli satu lagi 

Nah, kalau korang suka pakai baju melayu fit, aku senaraikan 5 sebab kenapa baju melayu sangat berbaloi untuk ditempah kat CUSTLR ni:

1. Potongan slim fit atau tanpa pesak membuatkan pemakai kelihatan lebih ‘sado’ dan kemas.

2. Pelanggan memilih material yang digemari, jenis manset dan kolar, serta pilihan warna, termasuk bagi pakaian tradisional seperti Baju Melayu dan Kurta.

3. Material kain tidak panas dan sesuai digayakan bila-bila masa sahaja.

4. Terdapat pelbagai jenis warna menarik iaitu merah, kuning, hijau, jingga, kelabu, biru dan banyak lagi mengikut citarasa pelanggan.

5. Harga juga berpatutan dengan kualiti dan rekaan.

CARA NAK TEMPAH BAJU DI CUSTLR MELALUI SMARTPHONE


1. Download aplikasi CUSTLR di Play Store (https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.makefit) ke smartphone korang. Seterusnya pilih jenis baju yang korang nak tempah, samada baju jenis Dress Shirt (lengan pendek atau panjang) atau baju jenis Baju Melayu atau Kurta.



2. Kemudian, pilih jenis lengan baju dan juga kolar baju.


3. Seterusnya ialah ukuran, samada nak gunakan A4 fit atau standard saiz atau ukur saiz baju dengan pita ukur.  



4. Selepas pilih warna , tibalah masa pembayaran. Guna je Internet Banking masa pembayaran. Dah bayar nanti dapatlah email yang mengatakan tempahan dah diterima dan akan dihantar bila. Dan kalau korang nak tempah, boleh dapatkan diskaun sebanyak 10% dengan memasukkan kod NASH10. Seronok tak?



Untuk maklumat lanjut tentang CUSTLR, boleh layari laman media sosial di bawah :





Sekali lagi, bagi yang nak tempah baju melayu, baju kemeja atau kurta yang slim fit, korang boleh dapatkan diskaun sebanyak 10% dengan memasukkan kod NASH10 semasa membuat tempahan. Ingat, nak cantik, nak bergaya, nak fit..ingatlah CUSTLR!

Post a Comment

8 Comments

  1. aah lah cutting dia macam lawa jeee...nanti boleh tunjuk kat incik suami..mesti dia berkenan..kikiki

    ReplyDelete
  2. bagus ada kaedah terbaru camni. all the best

    ReplyDelete
  3. baru tau. terima kasih tau share.. bookmark utk suami pakai raya 2018. hahaha.. mahal tak?

    ReplyDelete
  4. Wah menarik... memang nampak kemas je.

    ReplyDelete
  5. nice.. tp, sis dah try bukak.. nak order baju kemeja untuk en abg.. tp, design x banyak.. en abg pulak nak jalur2x je.. tunggu raya la pulak kot nak tempah baju raya.. kiki..
    nak share sikit.. http://doubledeeya.blogspot.my/2018/01/nak-g-haji.html

    ReplyDelete
  6. wah... mmg bgs teknologi skang dah tak payah nk p tailor ukur bagai.... tp klu ngn nash mmg sesuai la... ngan en husband akak ssh nak ukur slim fit, kang tersangkut kat perut lak, kena tailor ukur gak... hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.