Resepi Kopi Ais Sedap Yang Boleh Buat Korang Ketagih

Resepi Kopi Ais Sedap Yang Boleh Buat Korang Ketagih l Kalau korang peminat tegar kopi, resepi kopi ais ini wajib korang cuba. Aku sendiri satu hari sekurang-kurangnya 2 kali minum kopi. Masa sarapan dan on the way balik kerja. Susah betul nak berhenti minum kopi ni..haha. Nak minum kopi dekat Starbuck tiap-tiap hari boleh pokai. Kopi Starbuck memang sedap tapi harganya boleh tahan.


Haaa...korang jangan risau sebab lepas ni korang boleh minum seberapa banyak minuman kopi ais yang sedap. Macam mana tu?   Saudara Ben Safwan ada berkongsi resepi mengenai kopi ais sedap yang mana korang boleh buat sendir kat rumah. 

Apa lagi, jom la cuba buat!

Cara Menyediakan Resepi Kopi Ais Sedap

Bahan-bahan:
- 1/2 cawan air
- 2 sudu makan serbuk kopi pilihan (Serbuk kopi premium Ben guna tu warna hitam dia tak terlalu terang. Sebab pilih yang roasted sederhana)
- 1 cawan susu cair
- 1/2 tin susu pekat
- Ais secukupnya



Cara menyediakan kopi ais:
1. Reneh 1/2 cawan air biar mendidih.Tutup api. Ben gunakan 2 sudu makan serbuk kopi pilihan. Biarkan 3-4 minit. 
2. Tapis tuang masuk dalam jug.
3. Isi 1 cawan susu cair dan 1/2 tin susu pekat. Kacau dan tambahkan ais. Tak perlu tambah air. Biarkan air ais turun. Fuhhh.
4. Simpan dalam freezer. Sukatan untuk 1.6 liter.


Macam mana? tergoda tak tengok kepekatan kopi ais ni? Esok boleh pergi kedai cari bahan-bahan untuk buat kopi ais sedap ni. Selamat mencuba :)

Post a Comment

8 Comments

  1. wah boleh minum ramai ni. 1.6L..

    ReplyDelete
  2. tak pernah cuba kopi ais, sebab cuma suka kopi o panas..tapi tengok gambar nampak menarik, tambah2 bulan puasa ni..

    ReplyDelete
  3. KALAU KETAGIH SOK BUAT LAGI

    ReplyDelete
  4. perghhhh... meleleh ni klu bbuka try hehehe

    ReplyDelete
  5. terbaik..x payah cari starbuck lagi

    ReplyDelete
  6. looks good but im not a fan of coffee. hehe

    ReplyDelete
  7. Haduiii mmg tergoda. Mcmana serbuk kopi premium ben tu akak xpernah cuba

    ReplyDelete
  8. Nak wat kat umah ala2 kopi starbuck

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.