6 Laman Web Ini Sangat Berguna Dan Berinformasi Untuk Dilawati

6 Laman Web Ini Sangat Berguna Dan Berinformasi Untuk Dilawati l Zaman sekarang zaman dimana setiap informasi berada pada tangan kita. Nak cari maklumat yang dikehendaki, boleh mencarinya melalui laman web tertentu dengan menggunakan laptop atau smartphone. Mudah je kan! Bagi mereka yang masih tercari-cari maklumat pekerjaan di Malaysia, anda tak perlu risau kerana di dalam artikel ini, ada dikongsi info mengenai peluang pekerjaan yang boleh dipohon.

Sebenarnya, masih ramai yang tak tahu terdapat beberapa laman web atau blog di Malaysia yang sangat berguna dalam memaparkan peluang pekerjaan kepada anak muda di Malaysia. Pada masa yang sama, ada juga laman web yang menyediakan platform bagi memudahkan urusan penjawat awam dalam bidang pendidikan. Disini, admin paparkan 6 laman web yang sangat berguna dan berinformasi untuk dilawati. Nak tahu, teruskan membaca.

6 Laman Web Ini Sangat Berguna Dan Berinformasi Untuk Dilawati


Bagi mereka yang masih lagi tercari-cari peluang pekerjaan di Malaysia, terutamanya lepasan IPTA/IPTS, laman web Government.my merupakan platform yang sesuai dalam mencari pekerjaan dan mengisi jawatan kosong yang disediakan oleh kerajaan. Terdapat lebih 10,000 jawatan kosong dari sektor awam disediakan dalam pelbagai bidang seperti bidang pendidikan, perubatan, kesihatan, perbankan dan sebagainya. Apa yang menariknya, jawatan-jawatan kosong yang ada dalam laman web ini ditawarkan di setiap negeri. Bagi yang mempunyai kelayakan yang sesuai untuk mengisi jawatan kosong yang disediakan, digalakkan mencuba untuk memohon pekerjaan dalam laman web tersebut. Selain daripada peluang pekerjaan, laman web Government.my juga menyediakan menyediakan pelbagai info dan isu semasa yang berkaitan serta tips dan panduan kepada pembaca.


Apabila tamat pengajian, ramai yang masih dilema sama ada nak kerja dalam sektor kerajaan atau sektor swasta. Bagi yang berminat untuk menceburi pekerjaan dalam sektor kerajaan, laman web Jawatan Kosong Kerajan adalah laman yang patut dilawati jika anda inginkan kelebihan menjawat jawatan kerajaan seperti kenaikan gaji tahunan, elaun perumahan, kemudahan pinjaman, cuti tahunan dan cuti bersalin, caruman KWSP serta pencen dan banyak lagi. Melalui laman web Jawatan Kosong Kerajan, anda boleh memilih dan mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan dalam pelbagai bidang, mengikut kelayakan akademik yang anda miliki. Jadi, stay tuned selalu dengan laman web ini, supaya anda menjadi orang yang terawal tahu tentang jawatan kosong yang ditawarkan di sektor kerajaan. Secara tak langsung, anda dapat membuat persediaan awal untuk memohon jawatan tersebut.


Kepada mereka yang masih menganggur atau ingin mencuba peluang pekerjaan yang baru, bolehlah layari laman web Kerjakosong.co. Ianya adalah satu laman web yang menghubungkan majikan dengan pekerja. Dalam portal ini, majikan boleh submit dan publish tawaran kerja kosong terus kepada mereka yang berminat. Melalui laman web Kerjakosong.co ini, kerja kosong akan dikemaskini setiap hari bagi memudahkan orang ramai untuk mencarinya. Anda boleh memilih sama ada untuk memohon pekerjaan dalam sektor kerajaan atau sektor swasta. Cubalah memohon mana-mana kerja kosong yang dipaparkan dalam laman web ini..mana tahu kan rezeki anda ada disini. Tunggu apa lagi, mohon sekarang!


SAPS ini secara ringkasnya adalah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Sebagai seorang guru, laman web SAPS Ibu Bapa ni memang sangat familiar bagi aku kerana ianya melibatkan kemasukan markah bagi setiap peperiksaan seperti peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun. Kalau dulu, ada anak-anak kita yang sembunyikan keputusan peperiksaan daripada diketahui oleh mak ayah, takut dimarahi. Tapi dengan adanya laman web SAPS Ibu Bapa, ibu bapa boleh menyemak keputusan peperiksaan anak-anak mereka dengan hanya mengisi no kad pengenalan anak, jenis sekolah dan tahun. Dan keputusan peperiksaan boleh diketahui dengan segera.

APDM 

Salah satu rutin harian aku sebagai cikgu selain mengajar ialah pengurusan murid melalui APDM (Aplikasi Pengkalan Data Murid). Melalui laman web APDM, guru kelas dikehendaki mengisi dan mengemas kini data maklumat murid dan ibu bapa penjaga serta mencatatkan kehadiran murid dalam sistem setiap hari. Pada masa yang sama, laman web APDM adalah aplikasi yang berfokus kepada sistem satu pangkalan data tunggal bagi murid-murid di seluruh negara yang bertujuan untuk mengurangkan beban tugas guru.


HRMIS2 ini merupakan aplikasi dalam talian yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Pengurusan. Dalam laman web Hrmis2, terdapat 12 fungsi yang disediakan untuk penjawat awam. Antaranya ialah pengurusan prestasi, formulasi dan penilaian strategi, penilaian kompetensi, perolehan sumber manusia, pembangunan,pengurusan rekod peribadi, pengurusan kerjaya, penamatan perkhidmatan, pengurusan saraan, data penjawatan, pengurusan komunikasi dan perkhidmatan maklumat.

Diharapkan melalui 6 laman web yang dinyatakan di atas dapat sedikit sebanyak membantu terutamanya 3 laman web yang memaparkan tentang peluang pekerjaan. Boleh cuba tengok dan pohon mana-mana pekerjaan yang sesuai dengan minat dan kelayakan anda. Belum cuba belum tahu. Mungkin rezeki anda ada disini!

Post a Comment

10 Comments

  1. Senang zaman sekarang ni semua dihujung jari, nak usaha dengan tak nak je.

    ReplyDelete
  2. HRMIS tu memang selalu guna.. yg lenlain tu tak guna.. Start tahun depan baru nak guna saps tu..

    ReplyDelete
  3. Menarik! Seriously memang tak tahu langsung pasal website2 nih..

    ReplyDelete
  4. Perkongsian berguna..dulu laman jawatan kosong tu hari2 bukak, skrg tiap2 minggu buka HRMIS..tak lama lagi SAPS pulak huhu....

    ReplyDelete
  5. zaman d ihujung jari, smua blh.. unni slalu masuk jatan kosong tu jak

    ReplyDelete
  6. Wow...semuanya dpt info cepat dan mudah..hujung jari

    ReplyDelete
  7. Wow...semuanya dpt info cepat dan mudah..hujung jari

    ReplyDelete
  8. berguna untuk pencari kerja dan staff kerajaan...

    ReplyDelete
  9. Kalau perlukan info penting tntg apa yg diperlukan cuma klick saja.

    ReplyDelete
  10. Memang terbaik 6 laman ini. Salah satu satunya kelak kita akan guna

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.