Nombor Telefon Yang Perlu Dihubungi Jika Diekori Oleh 'Polis'

Kejadian ini berlaku kepada seorang pelajar kolej perempuan berumur 19 tahun. Insiden berlaku semasa bercuti, hari Sabtu jam 1 petang. Dia sedang memandu untuk melawat kawannya, apabila tiba-tiba ada sebuah kereta polis tidak bertanda (Sticker Polis) mengekori dari belakang sambil menyalakan lampu biru. Mengingatkan pesan ayahnya supaya berhati-hati dengan kereta yang tidak bertanda (jika perlu, teruskan memandu hingga ke tempat yang lebih selamat seperti stesen minyak/balai polis dlln), dia menelefon talian 112 dari telefonnya dan disambungkan ke pusat kecemasan. Dia memberitahu polis ada kereta polis tidak bertanda dan berlampu flash biru mengekorinya di belakang, dan memaklumkan tidak akan berhenti di tepi jalan.
 
 
Pegawai polis itu memeriksa dan mengesahkan bahawa tiada kereta polis di lokasi kereta remaja itu dan menasihatkannya supaya meneruskan pemanduan dengan tenang, pihak polis dalam perjalanan ke lokasinya sebagai "back up".

10 minit kemudian, 2 buah kereta polis mengekorinya dan kereta 'polis' di belakang. Polis berjaya menahan pemandu kereta itu dan dikenalpasti pernah didakwa merogol dan sedang dicari atas beberapa jenayah lain.
 
Kepada para pemandu wanita, terutamanya yang memandu sendirian, jangan sesekali berhenti apabila ditahan oleh kereta polis yang tidak bertanda. Pihak polis perlu menghormati hak anda untuk berada di tempat yang selamat. Berikan isyarat untuk memaklumkan mereka contohnya hazard light atau telefon talian 112.

Untuk pengetahan semua, talian 112 adalah nombor kecemasan yang akan terus menghubungkan anda kepada pihak polis kerana 999 tidak berfungsi jika berada di luar liputan). Talian 112 juga menggunakan sistem yang dipanggil "triangulation" yang boleh memberikan polis lokasi tepat di mana anda berada ketika menelefon.
 
 
MUAT TURUN APLIKASI MY DISTRESS PDRM DI PLAY STORE
 
My Distress ialah aplikasi isyarat jenayah di telefon pintar yang dilancarkan Polis Selangor baru-baru ini. Aplikasi ini dipercayai untuk mengurangkan kadar jenayah. My Distress yang dilengkapi dengan Sistem Pengesanan Global (GPS), akan membantu polis mengesan individu yang menghantar isyarat ke lokasi berkenaan.  Aplikasi ini boleh dimuat turun di Play Store secara percuma.

Post a Comment

12 Comments

  1. Pergh.. Seramnya diekori perogol. Good entri. Baru ana tau yg 112 ni no kecemasan luar liputan. Tengsss for info. Keselamatan diutamakan. Nice~

    ReplyDelete
  2. eerkkk...menakut kan lah cikgu.... macam2 skrg ni... kaum wanita memang selalu dihimpit bahaya...huhu...
    TQ sharing info ni.. memang kena set kat otak no 112 ni ..

    ReplyDelete
  3. wah bagusnya... kadang2 drive malam2. juga. heee alhamdulillah selamt lg

    ReplyDelete
  4. ramai yang tak tahu dan tidak pula di war-warkan oleh media perdana kita, good info nick :)

    ReplyDelete
  5. BAGUS INFONYA MMG PERLU KENA AMBIL TAHU NI...

    ReplyDelete
  6. aplikasi ada tetapi jika pemantauan kepada aplikasi tersebut tiada/kurang.... susah jugak.. nnt isyarat distress tersebut terbiar begitu shj atas alasan PDRM tak cukup kakitangan untuk memantaunya.

    ReplyDelete
  7. ooh tak tau pulak pasal 112 ni. pelik jugak asal tak diiklankan sangat, memandangkan kes rogol di negara kita smakin menjadi jadi? hmm..
    tapi kudos to u sebab kongsi ni. bagus pesanan ni. kekadang kita lupa hak kita sebenarnya. tu yang bahaya.

    ReplyDelete
  8. terbaik penuh infor penting untuk keselamatan..

    ReplyDelete
  9. uishhh zaman sekarang macam2

    ReplyDelete
  10. info sgt berguna ni....btw, cikgu dh kawen ke skrg?lama btol x singgah sini... :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.