Sifat Dengki Sesama Blogger

Kandang kambing terbakar, menurut sumber, kejadian dipercayai kerana hasad dengki. 70 ekor kambing tidak termasuk anak baru lahir yang diusahakan oleh seorang penternak mati. Ini bukan kali pertama, sebelum ini berjaya dipadamkan. Lokasi kejadian di Langkap, Perak 





Orang yang busuk hati dan dengki memang tak senang kalau orang lain lebih daripada dia. Dengki dengan orang lain, kambing yang jadi mangsa. Tak dapat balasan di dunia, tunggu balasan setimpal di akhirat nanti.

SIFAT DENGKI SESAMA BLOGGER

Bukan setakat dunia luar je, dunia blogger pun tak sunyi dari sifat dengki sesama blogger. Tengok je ada blogger yang tengah meningkat naik, dikenali ramai, selalu dapat jemputan ke event, dapat advertorial yang banyak, earning yang bertambah..mulalah dia menyusun strategi untuk menjatuhkan blogger tersebut.

Ada kes blogger sini kutuk blogger sana. Blogger sana perli blogger sini, macam-macam hal. Kenapa perlu ada sejenis penyakit hasad dengki aka PHD ni..nampak sangat la masyarakat kita tak boleh langsung tengok orang berjaya. Tak senang duduk bila orang duk atas daripadanya. 

PERLU KE HASAD DENGKI TERHADAP BLOGGER LAIN? 

Rasa dengki perlu wujud jugak dalam diri seorang blogger tapi dengki tu ke arah yang positif. Sifat dengki yang akan membuatkan kita nak usaha lebih kuat untuk menjadi lebih baik, itu takde masalah. Secara jujurnya, memang aku jealous dengan blogger yang ada template blog yang cantik, yang dapat earning banyak, yang trafik hariannya mencanak tinggi. 

Apa yang aku buat bukan tulis entri post untuk memburukkan diorang atau cuba hack akaun blog diorang tu. Pendekatan yang aku guna ialah cuba reflect balik kekurangan dan kekuatan blog aku. Usaha untuk memantapkan lagi penulisan. Belajar teknik SEO dan sedikit demi sedikit dah rasa rezeki melalui blog ini, walaupun tak banyak.
Cuma, yang kita tak mahu ialah dengki yang negatif. Tengok kejayaan blogger lain, kita kutuk, kita sindir, kita perli dan tabur macam-macam pandangan negatif dan cacian kepada mereka yang berjaya. So, buang sifat dengki sebab kalau nak rezeki lebih, usaha pun kena lebih jugak.


Post a Comment

12 Comments

  1. Kasihan kambing-kambing yang tidak berdosa jadi mangsa sifat dengki manusia :(

    ReplyDelete
  2. kalo dengki ke arah kebaikkan + bg semangat utk berjaya its ok.. kalo dengki yang mempunyai perasaan hasat dengki maybe hati tu dah hitam..

    ReplyDelete
  3. Sy jeles gak kpd blogger femes tu...kena cari jln nk tarik pembaca ke blog mcm mrka...

    ReplyDelete
  4. ya Allah kesian kat kambing2 tu...makhluk Allah juga tu..kenapa ak dengki sangat... bila hati telah hitam... moga dijauhkan sifat busuk hati & dengki pada kita semua....
    sesama blogger tak perlu lah nak dengki.... rezeki msg2...

    ReplyDelete
  5. kenapalah perlu ada phd yg memakan korban yg xbersalah ada masalah dalaman jiwa yg sakit n perlu dirawat tu..

    ReplyDelete
  6. begitulah lumrah hidup nick, permainan duniawi .

    ReplyDelete
  7. huhu tak faham bila ade sifat dengki sesama blogger. kite tulis blog suke2 je, peace!

    ReplyDelete
  8. dengki kena ke arah positif kan baru boleh perbaiki diri

    ReplyDelete
  9. kasihan gan binatang ternakan tu. tak bersalah apa2 pun

    ReplyDelete
  10. dengki ni sifat yang ada pada org malas nak usaha tahu nak iri hati jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu saya setuju dengan kata-kata ni... Kalau cemburu berusaha, bukan mendengki sampai menjatuhkan.

      Delete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.