10 Tip Fesyen Untuk Lelaki Rendah


Bagi lelaki yang mempunyai fizikal yang rendah, mungkin agak susah untuk mereka memilih pakaian yang sesuai dengan tubuh badan. Memilih pakaian tanpa meneliti terlebih dahulu boleh menyebabkan anda kelihatan lebih pendek dari saiz yang sedia ada. Risau untuk berfesyen? Tak perlu bimbang sekiranya anda mengamalkan 10 Tip Fesyen Untuk Lelaki Pendek di bawah ini.


1. Pilih pakaian yang bercorak menegak dan saiz corak menegaknya kecil. Jangan pilih pakaian bercorak melintang.

2. Pilih saiz baju yang sesuai dengan saiz badan. Tidak terlalu ketat, hanya 'ngam-ngam' dengan bentuk badan. Elakkan dari membeli pakaian yang bersaiz besar dan longgar kerana anda akan kelihatan seperti kanak-kanak.

3. Jika anda memakai tali leher, pilih tali leher jenis skinny tie. Untuk aksesori lain seperti jam dan tali pinggang, anda digalakkan memilih yang bersaiz kecil dan ringkas.

4. Saterika seluar anda untuk mengelak daripada nampak tak kemas. Bila tak kemas, anda akan nampak lebih rendah dan tak terurus.

5. Pilih baju t-shirt yang berleher V berbanding baju t-shirt yang berleher bulat.

6. Elakkan dari memakai kasut yang mempunyai tapak yang tinggi.

7. Jangan simpan rambut terlalu panjang. Gaya rambut spike lebih sesuai.

8. Elakkan membeli atau memakai pakaian yang warnanya terlalu terang kerana ianya akan menampakkan bentuk tubuh anda yang rendah.

9. Pakai jaket yang ada satu atau dua butang sahaja. Elakkan dari memakai dua lapis jaket.

10. Jangan pakai tali pinggang yang mempunyai warna yang berbeza dengan pakaian. Contoh, memakai baju dan seluar berwarna putih, dipadankan dengan tali pinggang hitam.

Jangan lupa share 10 Tip Fesyen Untuk Lelaki Rendah dengan bf korang
..hehe. Jom shopping, bonus masuk 15hb ni :)


Post a Comment

19 Comments

  1. oh..xde boyfriend..kengkawan pun xde yang rendah

    ReplyDelete
  2. ORG RENDAHPUN BERFESYEN DGN SESUAI DI BADAN YA...

    ReplyDelete
  3. betul2 pilih baju yg sesuai...kdg tgk ada mamat tu dhlaa rendah, gemuk pula pakai jersi bola hok saiz adik...dah rupa sarung nangka dh tgk.aishhh

    ReplyDelete
  4. untuk lelaki tinggi lampai tak ada ke?

    ReplyDelete
  5. tak suka lelaki pendek hehhehe kang itu la yg dapat ngeeee ;'D
    tips utk yg gemuk nampak kurus ade tak ;p

    * blog dh wajah baru macho sgt layout nye! ;)

    ReplyDelete
  6. Betol..hihi...kena pilih yang betol2 sesuai kan

    ReplyDelete
  7. thanks for the info. saya dah share dengan kawan saya. :)

    ReplyDelete
  8. Perghhhhhhhhhhhhhh.. perunding imej!
    Bakat terpendam. Ehhhh! Haha

    ReplyDelete
  9. tapi gaya rambut spike tu macam dah ketinggalan zaman la bro...soo yesterday... hehe

    ReplyDelete
  10. heee.. bab baju belang belang ke bawah tu teman memang suka.. heeee.. suka tengok orang pakai baju belang2..

    ReplyDelete
  11. wahhh bagus tips ni...

    bes ler nak dapat bonus..

    ReplyDelete
  12. tips blog lebih ceria datang klik ya..moga tersenyum hari ini..http://madey09.blogspot.com/2015/01/senyumkan-blog-anda-pasti-ramai-ceria.html
    Etuza juga lebih krang..cuma berbeza umur..tak rasa perlu sangat dalam usia sebegini..yg penting kemas dah lah ya nick..

    ReplyDelete
  13. Perkongsian menarik, thanks. boleh praktikkan ni.

    ReplyDelete
  14. tengkiu for the tips... lepas ni tips untuk orang berbadan beruang pulak yer... hehehe

    ReplyDelete
  15. wah! blognya dah lain tu..emm, bf pendek eh..xda2 bf..haha!

    ReplyDelete
  16. Nice tips, btw bleh x blogger nick sharekan cara buat iklan utk disewa mcm yg ada kat your new blog layout ni, kemas je nampak :)

    ReplyDelete
  17. Nice sharing cg nick! Terbaik ah tip nih. Tapi yg utk kurus keding tu hade tak?

    ReplyDelete
  18. kemas sangta..ahhaa..laki i pakai tshirt dengan jeans je.ahhaa

    ReplyDelete
  19. tapi kalaw dah pendek sngt rasenye mmg taley buat ape dah kan huehue jahat plak..haha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.