Takut Tak Jumpa Bakal Mertua?

Kalau anda lelaki, ada beberapa keadaan di mana korang akan berasa takut + tak senang hati + nervous tahap dewa. Yang pertama mungkin masa nak berkhatan, masa nak ambil lesen, masa jumpa bapak mertua dan yang paling top sekali masa lafaz akad nikah. Takut tak? Takut tak?

Yang ni cerita betul. Kali pertama aku jumpa bakal mertua memang tak lena tidur. Biasalah, terfikir macam mana penerimaan keluarga bakal mertua tu, pastu nak cakap apa. Sampai pagi tak boleh nak tidur. Alhamdulillah, keluarga belah future wife ok je. Mungkin untuk kali kedua, akan beranikan diri untuk buat macam kat bawah ni.




Mentang-mentang la cikgu bahasa inggeris, terus nak speaking dengan bakal bapa mertua tu..haha. Insha allah, setahun setengah lagi. Sesape yang tips macam nak kurangkan nervous, share la kat sini sikit.


Post a Comment

24 Comments

  1. 1st time berdebar gak... dah slalu jumpa nnt mesra la tu... hehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...akak sentiasa doakan yang terbaik...hihi...

    petua senang je....selawat dan istifar banyak2...hihi

    ReplyDelete
  3. Masa jumpa Pak Mentua tak cuak lagi , rasa betul-betul cuak masa akad nikah .

    ReplyDelete
  4. Doa yang terbaik utk anda :)

    awksweetgitu.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. amboiiih nik. ku doakan semuanya berjalan dgn lancar. cepat2 make gulai..hiii dokk sabar.

    ReplyDelete
  6. selawat banyak2. baca rabbi yaa sir walla tuasir banyak kali yea.. semoga dipermudahkan segala urusan ..aminn =)

    ReplyDelete
  7. haha. comel je, terus speaking london dgn bakal bapak mertua ye.

    ReplyDelete
  8. kawin jangan lupa ajak :) hihi

    ReplyDelete
  9. hehehhehee pernah tanya hubby dulu...dia kata kena banyak berzikir dulu sebelum p jumpa...supaya fikiran tenang...

    ReplyDelete
  10. wah sudah berhajat bertemu bakal mertua ya...tahniah...berdoalah sikit2...solat sunat israk pada awal pagi sebelum dhuha...berdoa agar Allah permudahkan n sempurnakan urusanmu hari ini...insya Allah.

    ReplyDelete
  11. anis doakan nick dipermudahkan segala urusan.. :)

    ReplyDelete
  12. hihi...klu telajak nervous kang melepas ke tangan org lain ;p
    banyak2 doa supaya dilembutkan hati 'pak mail' tu ^___^

    ReplyDelete
  13. hohoho.. tahniah bro.. tinggal beberapa step je lagi tu. hehe

    ReplyDelete
  14. Nurmujahidah ? macam kenal jer nama tuh. Blogger jugak ker ?

    ReplyDelete
  15. x penah lg jumpa.. tapi risau gak..klau pak mentua spekin english ok lg,klau arab..mau tercungap2 saya bro..he..he.. good luck :P

    ReplyDelete
  16. All the best Nick. Rilek2 je ya. Banyakkan selawat dan istighfar. Kalau niat ikhlas, In Shaa Allah, akan dipermudahkan

    ReplyDelete
  17. relax ye.. jgn gugup depan mertua. biar nampak yakin, walaupun hati berdebar bagai nak pecah. ehehe. semoga bahagia nik =)

    ReplyDelete
  18. Nick, alhamdulillah pak mertua tak balas kau dalam Bahasa Arab eh? Hahaha.


    Kau nervous jumpa bakal pak mertua. Aku nervous nak jumpa bakal madu-madu. Huhu.

    ReplyDelete
  19. Biasalah nervous... tapi ketahuilah juga yg bakal bapa mertua tu pun sebenarnya nervous juge...
    Paling penting ketahui apa aktiviti kegemaran bapa mertua, lepas tu mudah nak mesra...

    ReplyDelete
  20. masa akk fes time jumpa mak metua tak nebes langsung sbb time tu tak tau lagi anak dia nak jadi suami akk...hahaa.. pandai2 l nk ilangkan nebes tu yea...

    ReplyDelete
  21. ada orang tu panggil abah kita abah,,, hahahaha.. nervous sangat ek awak? :3

    ReplyDelete
  22. wohaaa...dah nak kahwin dah bro? nanti jemput gua bro...heheh

    ReplyDelete
  23. salam. ehehe..its normal :D
    btw menabung libresse dan ford kat sini ^^

    ReplyDelete
  24. first dlu pun ada gugup sket..tkut penerimaan mentua mcm mna.. mentua plak pendiam je kan. xtau ape yg dia fkir. balik tu tdo x lena. tp esok tu lega sbb dia ckp kt bkl suami pandai pilih isteri. ma berkenan, supo ore pakistan doh2. hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.