Senarai Kenderaan Yang Sesuai Guna Petrol RON95


Tidak semua kenderaan sesuai guna RON 95. Untuk senarai model kereta yang boleh guna RON 95, baca perakuan daripada pengeluar kat bawah ini.


KUMPULAN AUTOMOTIF NAZA : RON95 sesuai bagi kereta Naza Ria, Naza Citra, Naza Suria, Naza Citra II Rondo, Kia Sportage, Kia Carnival, Kia Carens, Kia Picanto, Kia Optima, Kia Spectra5, Kia Spectra, Kia Rondo, Naza 206 Bestari, Peugeot 206, Peugeot 407, Peugeot 308 Turbo, Peugeot 308Vti dan Naza Forza manakala Naza Sorento, Kia Sorento dan Kia Pregio menggunakan diesel.

UMW TOYOTA MOTOR : RON95 sesuai bagi kegunaan semua kenderaan Toyota dan Lexus yang dijual oleh syarikat itu tanpa perlu bimbang akan masalah kerosakan enjin atau hilang prestasi. 

HONDA MALAYSIA : RON95 sesuai semua model yang diedarkan oleh syarikat itu kecuali model Civic Type R dicadangkan menggunakan RON97 kerana enjinnya yang berprestasi tinggi.

PROTON/PERODUA : RON95 sesuai digunakan bagi semua kereta keluaran Proton dan Perodua.

Memang semua kenderaan boleh guna RON95..cuma bila guna petrol yang tak sesuai, bagi kesan pada enjin dan 'nyawa' kenderaan pun boleh disingkatkan. Petrol yang baik ialah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin. Apa pun, isi minyak RM50 belum tentu penuh lagi tangki :(

Post a Comment

19 Comments

  1. mujur guna iswara... sesuai untuk RON95 :-)

    ReplyDelete
  2. dh guna kereta kena tahu isi minyak yg sesuai ya...

    ReplyDelete
  3. Suprima S boleh ke pakai RON95???

    ReplyDelete
  4. Proton Saga 1.5 RM 80 ++ baru full tank..

    ReplyDelete
  5. Proton Saga 1.5 RM 80 ++ baru full tank..

    ReplyDelete
  6. tapi aritu rilek je menteri taruk dalam kereta bmw die..ke aku salah tengok keta?hahahaha

    ReplyDelete
  7. ooo..ada sesuai dan tak sesuai minyak dgn kereta ye...nasib la pakai brad produa

    ReplyDelete
  8. Thanks for info NN..Alhamdulillah my honda is there..

    ReplyDelete
  9. entry ciri seo ni . nice sharing bro

    ReplyDelete
  10. kalau sebelum minyak naik rm50 dah lebih drpd cukup tangki tapi sekarang ni rm60 baru penuh

    ReplyDelete
  11. Mimpi la cekgunye ooii kalau tangki kosong boleh isi penuh dengan RM50 hari ni.
    Kalau zaman eden lepas spm 13 tahun dulu percaye la. RM40 boleh penuh tangki wira.

    ReplyDelete
  12. ya..salah bubuh minyak..smkin cpat riwayat..enjin..
    p/s: yg bab bubuh minyak 50 tu memng betul.. x pnah2 penuh..kelisa isi 50 skrg pun x pnuh .. P

    ReplyDelete
  13. Minyak mahal sangat sekarang. RM50 kejap je kalau isi pun. =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  14. x pe lah. Sabar je dgn kete Kancil. X mampu nak bela kete mahal2 bila mengenangkan harga minyak.

    ReplyDelete
  15. kan ke aritu sapa ckp yang ron95 untuk golongan miskin je...hehe

    ReplyDelete
  16. Assalammualaikum...nick,

    bagus3 perkongsian nie.. mselim3 pun baru tahu... hehehe. mselim3 ingat yg 95 utk gol.biasa dan 97 utk gol.mewah..

    mselim3

    pls" rupanya salah faham...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.