Mak Cik, Kenapa Tengok Saya?


Petang semalam bukak peti sejuk tengok ada lagi tak bahan-bahan untuk masak. Yang ada sayur kubis dengan timun je. Maklum la dalam entri INI dah bersumpah tak nak makan kat luar dah. Dinner mesti kena masak.

Ambil kunci kereta terus pergi ke Mydin Jasin. Sampai sana pilih troli yang besar sikit, takut ambil yang kecik melimpah pulak barang. Tengah asyik memilih ikan dengan ayam, baru perasan ada seorang mak cik ni duk tengok aku. Pandang kiri kanan..manalah tahu dia tengok orang lain ke. Aku pun senyum je la. 

Dengan gaya macam orang tak bersalah, mak cik ni bawak troli dia jenguk ke dalam troli aku. "Beli ayam ye" Aku pun senyum sekali lagi "A'a..beli ayam, nak masak malam ni. "Dah kahwin belum"? Wah, mak cik..tanya soalan cepu emas terus. "Mak cik jarang tengok orang lelaki yang tak kahwin lagi ni datang shopping beli sayur, ikan, ayam semua". Mujurlah mak cik yang tak tanya soalan macam dalam entri INI.

Kadang-kadang segan jugak bawak troli pergi pasaraya nak beli barang dapur ni..haha. Rasa macam perempuan pulak. Rupa-rupanya hari sabtu hari tanpa plastik. Jenuh nak isi bonet kereta dengan barang dapur. By the way, lelaki pun pandai masak jugak..sedap tak sedap lain kira :)

Post a Comment

28 Comments

  1. hahaha ok la tuh. aku pun selalu g mydin gak tp yg kat mitc.

    ReplyDelete
  2. Lain kali ajak Vee. Vee suka tolak troli :P

    ReplyDelete
  3. takyah nak segan2 bro. lelaki pun kena makan jugak..hehe

    ReplyDelete
  4. hihi.,...emm...dah aura tu nick...nampak gayanya..tahun nie mesti dah ada calon isteri kan..hahaha.....

    Jangan kata lelaki tak pandai beli barang dapur kan nick..hihi...cik abg cik akak pun salu cam nie..hahaha

    ReplyDelete
  5. mesti ramai makcik2 yg terpandang nick tolak troli terpikat nk jadikan calon menantu ni...

    ReplyDelete
  6. sebab tu orang cakap, lelaki kalau pandai masak, memang tip top...kalah kaum perempuan ni...
    tapi kalau orang bujang masak, memang jarang...hehe

    ReplyDelete
  7. sebab tu orang cakap, lelaki kalau pandai masak, memang tip top...kalah kaum perempuan ni...
    tapi kalau orang bujang masak, memang jarang...hehe

    ReplyDelete
  8. lelaki masak lagi sedap dari perempuan..

    ReplyDelete
  9. Makcik berminat la tu nak jadikan menantu heheheh

    ReplyDelete
  10. Hahaha, hanya boleh gelak saja baca entry ni. Makcik tu kagum kot.. Kot2 boleh kenankan dengan anak dia ke.. Ekekeke... :D

    ReplyDelete
  11. Diakui kadang-kadang lelaki memasak lebih sedap dari perempuan. eh.

    ReplyDelete
  12. lain kali klu ada makcik tanya camtu , tanya kat makcik tu semula ; makcik ada anak dara cun tak ? ... hahahaaa

    ReplyDelete
  13. aku pandai makan jer...hihi

    ReplyDelete
  14. mesti dalam kepala makcik tu cakap, ni kalau buat menantu ni bagus juga ni..hahaha

    ReplyDelete
  15. tak kisahlah..nak mkn perut sendiri..kan?

    ReplyDelete
  16. nick...jgn lupa pos kat sini makanan tu haa...

    ReplyDelete
  17. Bro pasni boleh try masuk Masterchef season 3 la..Hehe

    ReplyDelete
  18. awak, jgn segan2.. oklah tu kan.
    My recent post : SEO CONTEST: Jom CUBA

    ReplyDelete
  19. Sabojela... Makcik memang bergitu... Pernah kene situasi yang sama... Ada makcik tu cakap apa - tak bawak bini ke beli barang dapur... Aku gelak tebahak2... Depan makcik tu jugak...

    ReplyDelete
  20. hehee memang jaranglah nampak lelaki pegi belanja barang dapur.. lagi2 yang bujang.. bagus cikgu, lagi elok masak sendiri kat rumah.. selain jimat, kita dapat kawal garam, gula dan pak aji..

    ReplyDelete
  21. ahahaa. cute giler soalan mak cik tu. nasib die xckp nak jadikan menantu =p

    ReplyDelete
  22. mkcik udah terpikat nak wat menantu

    ReplyDelete
  23. Rajin betul mak cik tu tegur..

    ReplyDelete
  24. Yang penting perut diisi. Tapi kalu kita tengok, chef yang handal² selalunya orang lelaki. Hehehehe..

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  25. cikgu nick ni ngajar di melaka ke? baru semalam sy pergi mydin jasin..

    ReplyDelete
  26. Biasa la makcik... peramah.. hahaha

    ReplyDelete
  27. haha.. kena kawen cpt nik..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.