Petang semalam bukak peti sejuk tengok ada lagi tak bahan-bahan untuk masak. Yang ada sayur kubis dengan timun je. Maklum la dalam entri INI dah bersumpah tak nak makan kat luar dah. Dinner mesti kena masak.
Ambil kunci kereta terus pergi ke Mydin Jasin. Sampai sana pilih troli yang besar sikit, takut ambil yang kecik melimpah pulak barang. Tengah asyik memilih ikan dengan ayam, baru perasan ada seorang mak cik ni duk tengok aku. Pandang kiri kanan..manalah tahu dia tengok orang lain ke. Aku pun senyum je la.
Ambil kunci kereta terus pergi ke Mydin Jasin. Sampai sana pilih troli yang besar sikit, takut ambil yang kecik melimpah pulak barang. Tengah asyik memilih ikan dengan ayam, baru perasan ada seorang mak cik ni duk tengok aku. Pandang kiri kanan..manalah tahu dia tengok orang lain ke. Aku pun senyum je la.
Dengan gaya macam orang tak bersalah, mak cik ni bawak troli dia jenguk ke dalam troli aku. "Beli ayam ye" Aku pun senyum sekali lagi "A'a..beli ayam, nak masak malam ni. "Dah kahwin belum"? Wah, mak cik..tanya soalan cepu emas terus. "Mak cik jarang tengok orang lelaki yang tak kahwin lagi ni datang shopping beli sayur, ikan, ayam semua". Mujurlah mak cik yang tak tanya soalan macam dalam entri INI.
Kadang-kadang segan jugak bawak troli pergi pasaraya nak beli barang dapur ni..haha. Rasa macam perempuan pulak. Rupa-rupanya hari sabtu hari tanpa plastik. Jenuh nak isi bonet kereta dengan barang dapur. By the way, lelaki pun pandai masak jugak..sedap tak sedap lain kira :)
27 Comments
hahaha ok la tuh. aku pun selalu g mydin gak tp yg kat mitc.
ReplyDeleteLain kali ajak Vee. Vee suka tolak troli :P
ReplyDeletetakyah nak segan2 bro. lelaki pun kena makan jugak..hehe
ReplyDeletemesti ramai makcik2 yg terpandang nick tolak troli terpikat nk jadikan calon menantu ni...
ReplyDeletesebab tu orang cakap, lelaki kalau pandai masak, memang tip top...kalah kaum perempuan ni...
ReplyDeletetapi kalau orang bujang masak, memang jarang...hehe
sebab tu orang cakap, lelaki kalau pandai masak, memang tip top...kalah kaum perempuan ni...
ReplyDeletetapi kalau orang bujang masak, memang jarang...hehe
lelaki masak lagi sedap dari perempuan..
ReplyDeleteMakcik berminat la tu nak jadikan menantu heheheh
ReplyDeleteHahaha, hanya boleh gelak saja baca entry ni. Makcik tu kagum kot.. Kot2 boleh kenankan dengan anak dia ke.. Ekekeke... :D
ReplyDeleteDiakui kadang-kadang lelaki memasak lebih sedap dari perempuan. eh.
ReplyDeletelain kali klu ada makcik tanya camtu , tanya kat makcik tu semula ; makcik ada anak dara cun tak ? ... hahahaaa
ReplyDeleteaku pandai makan jer...hihi
ReplyDeletemesti dalam kepala makcik tu cakap, ni kalau buat menantu ni bagus juga ni..hahaha
ReplyDeletetak kisahlah..nak mkn perut sendiri..kan?
ReplyDeletenick...jgn lupa pos kat sini makanan tu haa...
ReplyDeletelaki masak itu sweet :D
ReplyDeleteBro pasni boleh try masuk Masterchef season 3 la..Hehe
ReplyDeleteawak, jgn segan2.. oklah tu kan.
ReplyDeleteMy recent post : SEO CONTEST: Jom CUBA
Sabojela... Makcik memang bergitu... Pernah kene situasi yang sama... Ada makcik tu cakap apa - tak bawak bini ke beli barang dapur... Aku gelak tebahak2... Depan makcik tu jugak...
ReplyDeletehehee memang jaranglah nampak lelaki pegi belanja barang dapur.. lagi2 yang bujang.. bagus cikgu, lagi elok masak sendiri kat rumah.. selain jimat, kita dapat kawal garam, gula dan pak aji..
ReplyDeleteahahaa. cute giler soalan mak cik tu. nasib die xckp nak jadikan menantu =p
ReplyDeletemkcik udah terpikat nak wat menantu
ReplyDeleteRajin betul mak cik tu tegur..
ReplyDeleteYang penting perut diisi. Tapi kalu kita tengok, chef yang handal² selalunya orang lelaki. Hehehehe..
ReplyDeleteZH Blogger
cikgu nick ni ngajar di melaka ke? baru semalam sy pergi mydin jasin..
ReplyDeleteBiasa la makcik... peramah.. hahaha
ReplyDeletehaha.. kena kawen cpt nik..
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.