Adakah Anda Blogger Of The Year 2013 : DiGi WWWOW Internet Awards?


Korang rasa blog korang popular dan meletop tak? Tak kisah la korang tulis entri peribadi ke, entri jiwang ke atau entri mintak pendapat, berapa banyak komen yang biasanya korang dapat? So, kalau korang rasa blog korang memang popular dengan pembaca, apa kata korang masuk untuk jadi Blogger Of The Year 2013.

Aku tak masuk kot..blog aku baru umur setahun. Tahun depan baru nak masuk. Banyak lagi nak kena edit ni. Template biasa je..segan la pulak. Blog orang lain aku tengok semua dah stabil dari segi jumlah followers, trafik yang mencanak, komen yang berlambak dan earning yang banyak. Tapi tak salah kan cuba..register je kat sini http://www.wwwow.my/

HADIAH UNTUK BLOGGER OF THE YEAR

  • Percutian 3 hari 2 malam di Manila dan Philippines .   
  • 1 x HTC One SV.
  • 1 x Hong Leong Debit Card preloaded with RM1,000.
  • Penginapan 3 hari 2 malam di Gurney Resort Hotel & Residences ditaja oleh Asia Web Direct. 
  • Wang tunai RM1,000 sumbangan daripada AIG Insurance.

TARIKH PENDAFTARAN

18 Mei - 23 Jun 2013
Pendaftaran Blog - Mengikut Kategori.

3 - 23 Jun 2013
Bermulanya sesi promosi Blog dan Undian.

24 Jun - 5 Julai 2013
Blog akan di adili oleh juri-juri dan pengadil.

6 Julai 2013
Malam penganugerahan.

    Post a Comment

    19 Comments

    1. hihi...hebat nie...tapi cik akak tak nak ikut...belog cik akak hanyalah teman cik akak..hihi....:)

      ReplyDelete
    2. Aku baru sebulan berblog, jauhnya lagi nak join Award ni...tak ada org peduli kot haha..

      ReplyDelete
    3. tak popular pun...hahaha
      kalau tulis pun , ikut suka hati je , buat hilang boring org kata :)

      ReplyDelete
    4. x pernah join semua ni.. sebab nnt lari dari niat asal nak berblog.

      ReplyDelete
    5. Akak pun tak layak nak masuk kot! hehe.. bagi kat otai2 je lah dulu..hehe:)

      ReplyDelete
    6. blog ena tak seHOT mana.. so tak mahu la masuk.. nanti buat malu je xdpt sambutan.. hahahaha

      ReplyDelete
    7. belum cuba belum tahu..blog cgu nick kan selalu dpt pv banyak..tak mustahil...:)

      ReplyDelete
    8. Hadiah best - tapi kome dah serik boh.... Baca blog kome kalau nak tahu :)

      ReplyDelete
    9. wah2.. lumayan hadiah dia.. percutiaaaannn tuuu...

      ReplyDelete
    10. Try lah..mane tau rezeki awk..hehe

      ReplyDelete
    11. saya takkan masuk sebab blog ni sekadar hobi untuk saya..hehe

      ReplyDelete
    12. dok layak lagi kite ni wehhh... hehehe.... hebat sangat dah kalau boleh join tu..

      ReplyDelete
    13. Malu lah nak masuk bende cengginih. Hihihihihihi.. Nanti next year nick join, saya vote banyak2 kali. Haha

      ReplyDelete
    14. wah, bestnya.. tapi blog anna xde la femes mana pon..

      ReplyDelete
    15. hadiah dia bestttt tapi blog kita macam *))%@#$^T. takpe lah, lain kali je join. T.T

      ReplyDelete
    16. Insya Allah ada rezeki nak join tahun depan jgk kot.. skrg blog sy sgt huru hara, haha..

      ReplyDelete
    17. Blog ko dah ckup femes kot. Komen pon byk je kt setiap entri..sila masuk :)

      ReplyDelete
    18. dlm nuff tu dia ada ckp buat video.. 2 video utk digi?? hadoii :)

      ReplyDelete
    19. I think Nick should join that competition....pakej dah lengkap :)

      ReplyDelete

    Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

    Terima kasih.