Sebelum ne aku ada buat entry pasal jenis-jenis, sekarang aku nak cite tentang jenis-jenis topeng blogger pulak. Jika korang adalah blogger, adakah korang memakai salah satu dari topeng ne?
TOPENG DIRI SENDIRI
Siapa korang di dunia realiti, maka samalah jugak korang di dunia maya. Kalau korang memang tak suka dengan sesuatu isu tu, korang selamba je tulis kat belog. Tak kira lah ramai ke tak orang akan datang komen dan kutuk, lebih-lebih lagi benda tu sesuatu yang melawan arus. Blogger seperti ne berani dalam menyatakan sesuatu perkara, kalau dia kata putih maka putih lah jadinya. Aku salute dekat blogger macam ne.
Sikap korang di alam realiti sangat-sangat berbeza di alam blog. Kalau kat luar orang tengok muka skimpus, cakap pun tak berapa lebat. Tapi bila dapat keyboard terus je macam peluru AK-47 kau tulis. Bahasa pun macam-macam stail keluar, maki hamun carut sume taruk. Maknanya jangan ingat orang di dalam belog tu sama dengan orang di alam maya.Mana lah tahu kot-kot kat luar tu seekor kucing tapi dalam dunia maya menyamar jadi blogger :)
Kalau ada belog gosip-gosip artis, kau lah yang akan tolong nasihat. "Apa nak jadilah dengan dia ni, ingatlah balasan Tuhan.." contohnya. Tapi sebenarnya kau pun tumpang enjoy jugak layan berita-berita tu. Siap bookmark lagi, kan? Yang ne korang boleh pegi tengok banyak kat belog-belog hiburan.
Ok, kadang-kadang aku pun pakai topeng ne. Maknanya menulis belog bukan untuk menulis apa yang kita suka, tapi semata-mata nak kejar trafik dan follower. Sebagai contoh la sesetengah blogger tulis "
Pastu diorang akan follow sebab diorang betul-betul suka belog tersebut!
Kadang-kadang kita semua
perlukan topeng ne. Aku juga banyak kali terfikir macam-mana nak menjadi
penulis belog yang betul-betul jujur, dan menulis hanya kerana diri
sendiri. Hakikatnya, memang susah. Setiap apa yang ditulis mesti ada perkara yang nak dicapai disebaliknya.
19 Comments
Saya pakai topeng Kane macam dalam wrestling tu je. Haha. Nice entry :)
ReplyDeletemai gune konsep diri sendiri kutt..teheee
ReplyDeleteHhah, banyak jugak topeng. Jangan bermuka muka sudah.
ReplyDeleteHmph.....ada betolnya....tp kite xtau kite ni topeng apa...sebab kite suka berblog berkongsi cerita hasil karya kite....hehe...
ReplyDeleteaku topeng 2 alam.Realiti aku mmg tak bnyak cakap, pendiam tapi kalau depan keyboard humagaih aku sendiri tatau nak describe camne
ReplyDeletetakut tngk topeng
ReplyDeleteheehehe.. kekadang jadi diri sendiri. kekadang terover dos bila dapat keyboard.. hihihi :)
ReplyDeletebetul2. saya ni jenis yg tak suka tulis bende sensitif. sy kalau boleh nak tulis bende yg semua org boleh terima. Taknak ada org sentap kalau boleh :)
ReplyDeleteya memang kita hrs memilih topeng mana yg terbaik..
ReplyDeletetopeng alim tu ramai.....
ReplyDeletebest entry nie
ReplyDeleteGuwa pakai topeng Amuk okeh :)
ReplyDelete@Rhea Meera
ReplyDeleteWa.pun sama gak topeng amuk....
thanxs a lot atas komen korang ne..hahaha
ReplyDeletesesetengah blogger ada guna macam-macam topeng..
pada aku guna la topeng diri sendiri..
baik buruk pun tu la diri kita..
apa pun peace :)
v3nd3tta puny3....
ReplyDeletekdg2 traffik...kdg2 dua alam time bnyak bnde nak tulis...
ReplyDeletebuka dulu topengmu..
ReplyDeletehaha
jadi diri sendiri lebih baik..
awak rasa sy blogger yg bagaimana ? hehe
ReplyDeletetopeng kucing ada x? hehehe
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.