Kebiasaanya, bila keluarga dah bertambah besar, ianya dah menjadi macam satu keperluan bagi kita untuk upgrade kereta lama kepada kereta baru yang lebih selesa. Faktor sebegini kadang-kadang yang menjadi sebab yang mendorong kebanyakan daripada kita untuk menjual atau trade-in kereta lama walaupun masih mempunyai baki pinjaman yang belum dilangsaikan.
Untuk menjual kereta lama kepada kedai used car, ada beberapa tips yang perlu dibuat sebelum menjual kereta tersebut supaya harga yang korang dapat berbaloi untuk selesaikan baki pinjaman dan ada sikit lebihan tunai. Korang boleh baca perkongsian daripada Syazwani Azri Khairel Sabri yang dikongsikan di laman Facebook tentang pengalamannya menjual kereta melalui myTukar.
___________________________________________________________
Okay sebab ini first time kami nak jual kereta melalui cara baru, so meh la sistur share sikit since ada jugak yang tanya pengalaman. Bila kitorang decide nak jual kereta pertama ni, first sekali kitorang google camane nak jual kereta tanpa merugikan kami, since still ada baki loan dengan bank lagi.
Masa ni baru dapat tau ada banyak sangat platform online yang dah start jual beli kereta yang sangat memudahkan kita , instead of pergi survey satu satu kedai jual beli used car.
You can feel free to contact each of them, tapi yang kami betul-betul contact adalah Oncar, Carsome & myTukar.
Prosedur semua syarikat ni lebih kurang sama, tapi yang membezakannya adalah HARGA yang akan mereka tawarkan pada kita nanti. Sistem diorang maybe ada beza sikit, ada yang akan masukkan kereta kita dalam bidding atau ada yang terus beli direct kereta kita. Depends.
- First kitorang deal dengan Oncar. Bila contact dia, dia terus set appoiment dengan kita untuk buat inspection. Dia akan datang rumah kita and buat inspection kereta, so kita tak payah pergi mana mana. Duduk je rumah. And FREE je dia datang buat tu. Takda charge.
- Inspection tu, dia akan check fizikal kereta & test drive kereta kita.
- Then dia terus bagi harga tawaran pada kita.
- Kalau kita setuju dengan harga yang ditawarkan, kita boleh terus buat urusan jual beli masa tu.
- Tapi kitorang tak terus setuju sebab nak survey lagi syarikat lain. So kitorang hold dulu.
- Harga yang ditawarkan : RM20,000
- Kitorang buat appointment dengan Carsome kat Branch Kajang.
- Bila sampai branch, Carsome just check geran kereta & tengok fizikal kereta dulu, tak buat inspection menyeluruh, then dia terus bagi estimation harga je.
- Harga yg ditawarkan : RM16,000+
- Bila dengar harga tu terus kitorang balik je sebab memang terus keluarkan dari list. Rendah nauuu.
- Lepas kami contact PIC myTukar, dia bagi kami appoinment untuk buat inspection. Mula- mula nak mintak nak datang rumah, tapi slot yang sesuai tak available, so dia kata boleh datang terus kat Branch untuk buat inspection kat sana. So kami pergi buat inspection terus kat branch dia kat Kajang.
- Bila sampai tu, dia mintak geran & buat inspection. Dalam 30-40 minit juga dia check kereta.
- Settle check kereta, dia tak terus bagi harga. Dia kata akan bagi harga esoknya.
- Then kitorang balik, contact balik dengan PIC (Mr Ray), kitorang mintak untuk bagi harga asap sebab nak comfirmkan semula dengan Oncar.
- Mr Ray kata dia akan masukkan kereta kami dalam bidding session. Bidding antara used car dealer. So dia kata akan masukkan slot tengah hari , dan insya allah dapat harga petang tu jugak (5.15pm)
- Alhamdulillah, petang tu dia bagi harga.
- Harga ditawarkan : RM21,900.
So kitorang terus setuju je sebab dah malas nak fikir lagi. This is the highest price we got , so kitorang terus comfirmed with myTukar, cancel dengan Oncar. Oncar insist nak naikkan harga sikit, tapi still tak boleh lebih dari myTukar.
Alhamdulillah harga yang ditawarkan tu lebih daripada total baki loan, so dapatlah sikit lebihan tunai. So bermulalah proses jual beli dengan Mytukar. Since bank loan kami di bank rakyat Banting, so kitorang decide untuk jumpa kat sana untuk memudahkan urusan, sebab geran original pun kat sini. And bank rakyat Banting pun tak perlu buat temu janji before datang.
So sampai bank, PIC Mytukar dah tunggu kami. Masuk bank, jumpa pegawai bank and tanya baki loan & total after rebate. Lepas dapat details harga & no akaun loan, Mytukar akan terus buat tukar hak milik (thumb) kat situ. Settle pindah hak milik , Mytukar akan bank in terus full payment kat akaun loan kita.
Lepastu, kita check semula kat bank , dah terima belum bayaran full settlement tu. Bila dah terima, bank kata 4 hari akan keluar myBatal. So lega. So lebihan cash dari full settlement tu , myTukar akan terus bank in pada kita once dia re-check kereta tu lepas ambil kereta kita. Alhamdulillah , lepas 4-5 jam lebihan tunai dah masuk bank acc.
Lepastu, kita check semula kat bank , dah terima belum bayaran full settlement tu. Bila dah terima, bank kata 4 hari akan keluar myBatal. So lega. So lebihan cash dari full settlement tu , myTukar akan terus bank in pada kita once dia re-check kereta tu lepas ambil kereta kita. Alhamdulillah , lepas 4-5 jam lebihan tunai dah masuk bank acc.
So settle urusan jual-beli kereta. Next nak tunggu geran original dapat kat kita , and kami akan hand over geran ori pada Mytukar. Oh and no hidden charge jugak for all the process. Kitorang tak bayar apa-apa fee pun. So maybe dia dah siap ambil komisen daripada harga jualan kereta tu (maybe). Kitorang pergi juga beberapa kedai used car, tapi harga dia amboi rendah sangat haha. Geramm je kita dengar
Ini untuk kereta yang ada loan bank lagi. Kalau kereta korang dah habis loan dan nak jual terus tanpa urusan dengan bank, lagi mudah gais. Diorang akan datang terus kat rumah, bank in terus depan mata korang, pindah hak milik, dan settle! Macam beli sayur je!
0 Comments
Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.