Drama Korea The Uncanny Counter Full Episode 1 Hingga Episod 16 (Akhir)

Drama Korea The Uncanny Counter Full Episode 1 Hingga Episod 16 (Akhir) l Kalau korang belum tengok lagi drama korea berjudul The Uncanny Counter yang telah ditayangkan pada 28 November 2020 sehingga 24 Januari 2021, rasanya masih lagi sempat untuk korang enjoy drama ni. Drama The Uncanny Counter adalah drama top 10 kat Malaysia pada masanya bersiaran. Bayangkan aku yang jenis tak minat tengok drama korea boleh pulak terlayan drama ni kat Netflix. Kalau dah mengadap memang tak boleh nak berhenti. Hari-hari duk check dekat Netflix bila episode terbaru nak keluar.

Sinopsis Ringkas Drama Korea The Uncanny Counter Full Episode 1 Hingga Episod 16 (Akhir)


Drama ini menceritakan kisah pasal pemburu roh jahat yang disebut Counter yang datang ke bumi untuk menangkap roh-roh jahat. Setiap pemburu roh jahat ini masing-masing mempunyai kekuatan yang berbeza. Mereka adalah So Moon, Ga Mo Tak, Do Ha Na, Chu Mae Ok dan Choi Jang Mool.

So Moon adalah ahli yang termuda dalam kumpulan Counter ini. Kisahnya dia pernah terlibat dengan kemalangan yang mengorbankan ibu bapanya pada usia 11 tahun. Ini menyebabkan kaki dia tempang dan tidak boleh berjalan dengan betul. Tetapi secara tidak diduga, dia boleh berjalan dengan normal setelah mendapat kuasa sebagai penghapus roh jahat tanpa dia sedari.

Do Ha Na pula memiliki kemampuan untuk mengesan lokasi roh-roh jahat, samada dekat atau yang beratus-ratus kilometer jauhnya. Dia juga dapat membaca kenangan orang lain melalui sentuhan dan bekerjasama dengan So Moon untuk menghapuskan roh jahat. 

Ga Mo Tak adalah ahli Counter yang mempunyai kekuatan yang luar biasa. Dia adalah bekas pegawai polis yang hilang ingatannya tujuh tahun yang lalu setelah kemalangan (ditikam oleh kumpulan samseng dan kemudian jatuh dari atas bagunanan tempat kejadian tu berlaku). Setelah ingatannya beransur kembali, dia berusaha untuk mencari keadilan di atas apa yang telah terjadi pada dirinya. 

Chu Mae Ok adalah ahli Counter dengan kemampuan penyembuhan. Sifatnya yang lembut seakan-akan sifat keibuan banyak membantu emosi ahli-ahli yang lain dalam menjalankan misi mereka yang mencabar. Sehingga satu tahap dia sendiri hampir terkorban kerana menggunakan kuasanya untuk menyembuhkan So Moon yang tercedera dengan teruk akibat berlawan dengan roh jahat, Ji Chung Shin.

Akhir sekali, watak Choi Jang Mool yang merupakan ahli Counter tertua. Dia mengurus semua perbelanjaan mereka, dan dia adalah legenda di antara pemburu roh jahat di Korea.

Drama Korea The Uncanny Counter Full Episode 1 Hingga Episod 16 (Akhir)

Kalau korang tak ada Netflix, jangan risau, boleh tengok drama The Uncanny Counter bermula dari episode 1 hingga episode 16 melalui link yang telah disediakan di bawah.

















Bagi aku, drama The Uncanny Counter bagus untuk tontonan keluarga kerana menampilkan nilai-nilai kekeluargaan yang tinggi, semangat setia kawan, budaya buli di sekolah, sifat tamak hingga merosakkan alam sekitar dan banyak lagi nilai yang korang boleh nampak dalam drama ini. Sedih, gembira, geram...semua korang akan dapat rasa bila tonton nanti. 

Selamat menonton.

Post a Comment

0 Comments