Grand Opening Pusat Rawatan Muka Di MBH Skin Expert Muar, Johor


Grand Opening Pusat Rawatan Muka Di MBH Skin Expert Muar, Johor l Lepas ni orang Muar dah tak perlu bersusah payah untuk pergi ke Melaka semata-mata nak buat rawatan kecantikan wajah. Kenapa? Sebab pada hari Sabtu 27 April 2019 yang lepas, MBH Skin Expert telah membuka cawangan MBH SPA yang ke-19 di Muar, Johor. MBH Medispa sebenarnya sudah sekian lama bertapak di Johor dengan adanya cawangan mereka di Johor Bahru, Batu Pahat, Segamat dan Kluang. Disebabkan permintaan yang sangat hebat, kini cawangan terbaru MBH Medispa dibuka pula di Muar, Johor. 


Yang menariknya dimana grand opening cawangan ini dirasmikan oleh pengasasnya sendiri iaitu Puan Yaya Mohammad sebagai tanda rasmi pembukaan MBH Skin Expert Muar dan turut disertai oleh blogger-blogger yang kitorang tak pernah pun jumpa sebelum ni. 

Kemeriahan Pembukaan MBH Skin Expert Muar, Johor

Sebelum ni, pusat kecantikan ini dikenali sebagai MBH Medispa tetapi ditukar (rebranding) sebagai MBH Skin Expert dan ianya merupakan rangkaian pusat kecantikan terkenal di Malaysia. Sebagai sebuah pusat kecantikan 100% Bumiputera Muslimah yang menawarkan pelbagai servis kecantikan kepada semua golongan yang mementingkan kecantikan dan penampilan diri, memang sesuai la untuk kita dapatkan rawatan kat sini. 






Meriah sakan sambutan MBH Skin Expert ni di Muar, ada yang telah datang menghadirkan diri seawal jam 6.30 pagi untuk menjadi orang terawal untuk mendapatkan diskaun sebanyak 90% rawatan yang disediakan di MBH Skin Expert.

Apa Yang Istimewanya Pusat Rawatan Muka Di MBH Skin Expert Muar, Johor?

MBH Skin Expert Muar merupakan cawangan MBH Medispa yang ke-19 yang menawarkan khidmat kecantikan kulit. Antara masalah yang boleh diselesaikan di MBH Skin Expert Muar adalah rawatan masalah kulit seperti Facial, Advance Facial, Whitening, Dermapen, Estetik , Pigmentation, jeragat dan parut. Buat warga Muar yang ada masalah kulit muka, boleh dapatkan rawatan pakej dengan harga serendah RM70. 

Kalau korang bermiat untuk dapatkan rawatan Slimming dan Hair Care, boleh la pergi ke MBH Skin Expert Johor Bharu sebab di Muar hanya untuk rawatan muka sahaja untuk masa kini. 



Bukan orang Muar je, orang Melaka, orang Batu Pahat, orang Tangkak pun boleh datang sekali buang garis halus dan cerahkan kulit wajah. Bukan apa, baik lelaki mahupun wanita, penjagaan kulit muka ni sangat penting untuk elak daripada tompok gelap, jeragat dan ton kulit tidak sekata. Bila kita makin tua, kulit muka juga akan jadi berusia. 

Untuk pengetahuan korang, MBH Skin Expert Muar dibuka setiap hari kecuali Isnin dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Jadi, senanglah para pelanggan mendapatkan rawatan yang diidamkan pada hari cuti di Johor iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu. Orang Melaka boleh singgah hari Ahad ye. Tapi ingat, Isnin tutup..huhu

Sebab-Sebab MBH Medispa Sebagai Pilihan Pusat Rawatan Muka

  • Merupakan syarikat yang 100% bertaraf bumiputera.
  • MBH Medispa merupakan syarikat 100% bumiputera Melayu dan menggunakan kepakaran anak tempatan.
  • 10 tahun pengalaman dalam bidang kecantikan.
  • Mula bertapak sejak tahun 2008 dan mempunyai lebih dari 20 cawangan di seluruh Malaysia.
  • Memenangi pelbagai anugerah.
  • Telah memenangi pelbagai anugerah antaranya Asia Pacific Top Excellence Service Award dan juga Malaysia Top 10.
  • Mempunyai lebih 20 rangkaian. 
  • Setakat ini, terdapat 20 rangkaian MBH Medispa, antaranya di Ampang, Bangi, Cheras, Wangsa Maju, Senawang, Kota Damansara, Shah Alam, Ipoh, Melaka, Johor Bharu, Batu Pahat, Segamat, Kluang, Sungai Petani, Seberang Jaya, Temerloh dan lain-lain lagi. 
  • Menggunakan teknologi dan mesin moden terkini dalam kaedah rawatan.
  • Rawatan dijalankan dengan menggunakan mesin berteknologi tinggi dari German dan Korea.
  • Mesra muslimah.



Rasa-rasa dah lama sangat tak manjakan diri lepas letih bekerja, uruskan kerja di rumah dan sebagainya, jom dapatkan Facial Treatment di MBH Medispa. Sekali lagi, warga Muar yang mahu tampil cantik dan selamat boleh kunjungi MBH Skin Expert Muar dan mendapatkan rawatan dengan harga pakej pengenalan RM70. Selain membawakan rawatan baru, MBH juga menawarkan produk penjagaan sendiri di bawah jenama Dermaklair yang menjadi produk rasmi untuk setiap rawatan.

Kenapa Korang Perlu Menggunakan Dermaklair?


Dermaklair antara produk yang boleh selesaikan setiap masalah jenis kulit dalam Malaysia ni. Jadi korang bolehlah konsisten gunakan produk Dermaklair sebab Dermaklair nak tolong semua orang, lelaki, perempuan, tua, muda untuk meyelesaikan masalah kulit.

Setiap set ada cleanser, lotion, cream dan sunblock tau. Jadi, korang takdelah susah-susah nak cari setiap item tu untuk penjagaan wajah korang. Beli 1 set siap complete 4 item lengkap. Setiap set mempunya kelebihan tersendiri, kalau korang ada masalah jerawat ke jeragat ke kulit kusam ke, Dermaklair mesti ada.

Jangan bertangguh ye kalau ada masalah kulit. Segera datang ke MBH Skin Expert Muar untuk dapatkan rawatan. Untuk info lanjut, boleh layari laman web dan Facebook page MBH Skin Expert Muar. 

Website : MBH Medispa
Facebook Page: MBH Medispa Official
Facebook Page Cawangan Muar: MBH Skin Expert Muar
Telefon: 03-8736 1626
Alamat: NO 5-9 (Ground Floor) Jalan Othman, 84000, Muar, Johor.

Post a Comment

0 Comments