Resepi Ais Lemon Pudina Dan Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi

Resepi Ais Lemon Pudina Dan Ais Lemon Pudina Laici Asam BoiJika berkunjung ke bazar ramadan, terdapat pelbagai pilihan air dari bermacam warna dan perasa ada dijual. Memang tak sah kalau tak singgah beli. Selain daripada air katira yang sentiasa menjadi pilihan di bulan puasa, lemon pudina dan laici asam boi pun boleh buat kecur air liur!

Resepi Ais Lemon Pudina Dan Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi


Hari saya nak kongsikan resepi air balang Ais Lemon Pudina & Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi. Resepi air ni sesuai untuk dijadikan minuman berbuka puasa. Maklumlah, sepanjang hari menahan lapar dan dahaga. Yang pasti minuman ni sedap dan fresh. Boleh ketagih bila minum, tak mau dah air lain dah.

Cara-cara untuk menyediakan resepi minuman air lemon pudina dan ais lemon pudina laici asam boi mudah sahaja. Rasanya boleh buat terus hari ni untuk juadah berbuka puasa nanti.


Bahan-bahan:
- sukatan untuk 1 balang air
- daun pudina RM2.00
- lemon 4 biji
- sunquick 100g 
- serbuk asam knor 100g
- air gula 1 liter

Cara membuatnya:
1. Kisar 3 biji lemon dengan 2 liter air, ambil air sahaja dan hampas buang masuk dalam bekas air. Masukkan 1 liter air gula.
2. Sunquick dan serbuk asam knor dimasukkan sekali  dalam 1 liter air panas .Kacau dan masukan dalam bekas air lemon tadi 
3. Masukkan air batu ,pati air lemon, masuk air masak agak-agak je ,1 biji lemon dihiris,daun pudina. Kacau dan siap untuk minum.

* Boleh rujuk pada gambar di bawah jika kurang faham.


Nota!
- Kalau nak buat banyak, gandakan sahaja
- Kalau nak buat banyak, pastikan kena tapis banyak 2/3 kali.
- Boleh simpan dalam freezer pati air lemon ni.
- Boleh pelbagai kan jenis buahan tin atau buah fresh ikut citarasa sendiri.
Resepi Ais Lemon Pudina Dan Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi Resepi Ais Lemon Pudina Dan Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi Reviewed by Nick Nashram on 3:15:00 PM Rating: 5

No comments:

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Powered by Blogger.