Resepi Jus Ribena Refresher Yang Sedap

Resepi Ribena Refresher Yang Sedap l Dapat minum air sejuk semasa berbuka hilang terus rasa dahaga, lebih-lebih lagi kalau selepas meneguk segelas jus sejuk. Bergelas-gelas jus yang diminum. Sebab tu kalau tengok kat bazar, minuman jus sering menjadi pilihan ramai sebagai minuman sepanjang bulan Ramadan. Apa kata kali ini korang sediakan sendiri jus di rumah, ia mudah dan menjimatkan.

Resepi Jus Ribena Refresher Yang Sedap


Bahan-bahan:
(Untuk 1 bekas besar)
- kordial Ribena secukupnya
- 1 biji lemon saiz besar, dihiris
- 5 biji asam boi atau lebih, bergantung jenis asam boi
- 4 batang serai, diketuk sedikit 
- 1 tin laici, ambil buahnya saja
- 1 tin palm fruit, ambil buahnya saja
- 1 tin longan, ambil buahnya saja (Bahan boleh dilebih kurangkan ikut citarasa. Boleh juga tambah rambutan, cincau, Nata De Coco atau apa saja yang disukai)
- 10 helai daun pudina atau lebih
- air mineral/air masak secukupnya
- ais kiub, yang banyak

Cara membuatnya:
1.Di dalam bekas, masukkan serai, hirisan lemon, asam boi, laici, palm fruit, longan dan daun pudina. 
2.Tuangkan pula kordial Ribena. Masukkan air mineral/air masak dan dikacau supaya semua rata. 
3.Kemudian masukkan ais kiub yang banyak (ais yang banyak akan buatkan minuman ini lebih menyegarkan), dikacau dan boleh tambah apa yang kurang sesedap rasa dan sedia untuk dihidangkan.

Post a Comment

4 Comments

  1. buh serai, asam boi, sedapnya... nice sharing....

    ReplyDelete
  2. sedapnyaa ribena..lama x minum dh

    ReplyDelete
  3. refreshing sungguh la ni banyakk bahan tambah hii

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.