Cara Nak Buat Ketupat Palas Dan Ketupat Satay : Perempuan Wajib Belajar

Cara Nak Buat Ketupat Palas Dan Ketupat Satay l Hari ni nak kongsi la cara-cara nak buat ketupat palas dan ketupat satay. Maklumlah, zaman moden ni ramai dah dah lupa steps nak lipat melipat daun ketupat ni. Nak mudah lagi, beli yang dah siap kat kedai. Apa kata tahun ni, cuba praktis skill korang nak balut ketupat ni..lebih-lebih lagi perempuan. Nanti mak mertua suruh tolong anyam ketupat, takde lah korang krik..krik..krik :)

Cara Nak Buat Ketupat Palas

Cara untuk membuat ketupat daun palas

Ketupat palas ni ketupat yang paling femes masa hari raya. Salah satu juadah yang dihidangkan mesti wajib ada ketupat palas. Ketupat palas ni boleh dihidangkan dengan gulai daging, gulai ayam dan serunding. Cara nak membalut ketupat daun palas ni mudah je. Boleh tengok melalui gambar atau diterangkan secara ringkas di bawah.

1. Ambil sehelai daun palas dan bentukkan bahagian hujung daun tersebut menjadi bentuk kelongsong.

2. Seterusnya, masukkan pulut ke dalam kelongsong tadi sehingga padat. (Tips: masukkan sedikit dahulu supaya pulut dapat memenuhi ruang bucu kelongsong).

3. Pusing kelongsong tadi ke arah anda untuk menutup ruang masuk pulut sebentar tadi.

4. Tarik bahagian daun yang panjang untuk mengemaskan balutan. Pusing kelongsong tersebut ke arah kiri sebanyak 2 pusingan untuk membentuk balutan seperti di atas.

5. Masukkan bahagian hujung daun (bahagian tirus) ke dalam belahan yang terbentuk.

6. Simpulkan bahagian hujung daun yang terkeluar dan ketupat anda telah siap dibalut.

7. Rebus ketupat selama 30 - 45 minit bergantung kepada kuantiti ketupat.

Cara Buat Ketupat Satay

Cara nak buat ketupat satay

Proses nak menganyam ketupat satay boleh rujuk gambar di atas atau tengok video di bawah. Kalau nak tahu, daun ketupat satay ni diambil dari daun pucuk kelapa muda. Nampak susah nak buat sebab banyak steps tapi bila dah biasa, takde masalah rasanya.



Post a Comment

1 Comments

  1. Saya tahu buat ketupat palas je sebab senang. Ketupat satey (ketupat daun kelapa) ni dah puas belajar tapi maih tak pas.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.