Dapatkan Kulit Yang Cerah Dengan Hada Labo Hydra Whitening

Tips Memilih Pencuci Muka Yang Bagus Dan Sesuai Dengan Kulit I Cara untuk mendapat kulit muka yang lebih licin, lebih bersih dan lebih putih adalah dengan menjaganya dengan baik. Jaga dengan baik kat sini maknanya kita kena pilih produk skincare yang sesuai dengan kulit. Bukan main rembat macam tu je ye. Zaman sekarang ni macam-macam jenis produk skincare yang ada kat pasaran yang menjanjikan perubahan dalam masa yang singkat. Yang penting kena tahu kandungan produk tersebut dan kesesuaian dengan kulit muka kita.

Bagi aku sendiri, setakat ni rasanya dah 4 produk pencuci muka yang aku guna..jenama A, jenama B, jenama C dan jenama D. Paling teruk produk jenama C sebab bila guna je, kulit muka terus jadi kering dan mengelupas. Muka jadi berminyak sampai satu tahap kena beli wet tisu banyak-banyak nak elak muka jadi tak berminyak. Tak boleh jadi macam ni! Terus laju-laju search kat internet tentang produk skin care yang sesuai sehinggalah terjumpa website http://www.hadalabo.com.my/

Jangan tengok lama-lama..nanti tergoda..hehe

Produk skin care yang aku nak share ni namanya Hada Labo. Mula-mula pandang aku ingatkan nama produk ni Kau Hado..hehe. First time aku sebut macam pelik je bunyinya. Haaa...kalau korang nak tahu, Hada Labo bermaksud "Skin Lab". Produk ni tidak mengandungi sebarang warna, alkohol, pewangi, mineral oil dan segala bahan-bahan yang tidak sesuai dengan kulit. Dengan bahan-bahan semulajadi, insha Allah kulit tidak mengalami alahan terhadap produk.

Diingatkan ye, setiap keberkesanan sesuatu produk kecantikan bergantung kepada kulit individu. So review aku ini hanya sekadar perkongsian. Bagi yang tak tahu, produk skin care Hada Labo ni ada dijual di Watson/Guardian dan boleh juga dibeli secara online di Lazada.

Saje nak bagi tengkuk korang sakit..hehe

Apa lagi, start kereta terus serbu Watson cari produk ni. Rupanya ada banyak jenis face wash Hada Labo ni..ada jenis whitening, firming dan moisturising. Untuk tempoh percubaan, aku beli Hada Labo Hydra Whitening dulu. Harga sebotol RM18.00 sahaja. Maklum la bekerja sebagai cikgu di dua alam. Di padang, di dalam kelas dan pejabat. Time sukan sekolah, habis muka kena sunburn dan gelap sebab seharian duk berjemur atas padang. Masuk pejabat pulak kena penghawa dingin, lagi terasa kering dan kesat. 

Macam tak percaya je aku guna Hada Labo..ko hado :)

Hada Labo Hydra Whitening Face Wash

1. Paling sesuai untuk muka korang yang berminyak gila sehingga boleh buat goreng ikan.
2. Membantu mencerahkan dan melembapkan kulit muka korang, flawless la pasni :)
3. Kesannya sejurus lepas korang cuci muka dengan produk ni terus tak berminyak.

Nak kekalkan kelembapan kulit muka, korang boleh beli moisturizer. Untuk moisturizer ada dua jenis, satu jenis cream dan satu lagi jenis milk. Jenis milk biasanya dipakai pada waktu siang dan jenis cream dipakai pada waktu malam.


Cara Nak Guna Hada Labo Hydra Whitening Face Wash

1. Basahkan tapak tangan dan picit sikit Hada Labo ke atas tapak tangan.
2. Lepas tu, gosok tapak tangan tu sehingga berbuih dan sapu ke muka dengan rata. 
3. Jangan lupa bilas dengan air dan lap dengan tuala bersih.

Lepas je bilas dengan air, serius aku cakap kulit muka aku rasa lembut macam kulit bayi je. Muka pun tak berminyak dah. Masa tulis entri ni pun dah banyak kali aku raba muka nak pasti berminyak lagi ke tak..hehe. Ok, tengok sebulan lagi macam mana perubahan.

Cuma aku nak pesan, beli produk jangan ikut orang tapi ikut jenis kulit kita. Kalau rasa produk tersebut sesuai dengan kita, stick to it. 

Post a Comment

3 Comments

  1. selamat berhujung minggu sambil rawat wajah dgn skincare hado labo...

    ReplyDelete
  2. aku mmg tergelak bila baca yang Kau Hado tu.. sebab aku pon terfikir camtu gak.. hahahaha

    senang gak nak cari Haba Lado ni.. kt guardian, watson pon ada.. so oklah

    ReplyDelete
  3. Klau kulit kering blh x pkai yg ni...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.