Surat Dari Seorang Bapa Kepada Bf Anaknya


Kepada Bf anak aku,

Peraturan 1 :

Jangan ko pegang-pegang anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang-pegang anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat rumah.

Peraturan 2 :

Aku tau sekarang ni fesyen budak-budak pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok-elok macam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa berdating’ dengan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku ni untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 3 :

Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih duk canang hari-hari kat tv atau internet. Kalau tak pakai perlindungan macam kondom atau lain-lain, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalau dengan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Faham?

Peraturan 4 :

Biasalah kalau ko nak berkenalan lebih baik dengan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik ke, pasal sukan atau lain-lain topik semasa ke...aku tak nak dengar semua tu. Satu je topik yang aku minat nak dengar : Bila ko nak hantar anak aku balik ke rumah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 5 :

Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan awek-awek lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal dengan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai-pandai cari perempuan lain sampai la anak aku dah bosan hingga dia minta putus dengan ko. Kalau ko buat anak aku menangis, aku pulak akan buat ko menangis sama.

Peraturan 6 :

Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan duk mengeluh kalau dia bersiap lama sangat. Kalau ko bosan menunggu kat luar tu, tolong la buat apa yang patut, macam basuh keta aku atau cat pagar rumah aku ni.

Peraturan 7 :

Tempat-tempat berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating : Tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa-apa tempat yang boleh baring. Tempat yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat yang gelap. Tempat yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium-cium tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 8 :

Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak je perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy-spy aku. Kalau aku tanya ko nak pergi mana, dengan siapa lagi yang join korang, ko ada satu peluang je nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang rumah aku ni. Selalunya aku duk menembak khinzir kat situ. Kalau aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanya. Jangan main-main dengan aku.

Peraturan 9 :

Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat-sangat takut. Aku ni selalu teringat peristiwa bukit kepong. Sampai sekarang kalau ada orang datang rumah senyap-senyap pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah habis dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat kedua-dua tangan ko tinggi-tinggi. Cakap dengan jelas “saya datang hantar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Panjang lagi aku nak tulis tapi dakwat pen dah nak habis. Setakat ni dulu je la.

Sekian, Yang Ditakuti,Bapak Kepada Gf ko.


Entri lain yang anda mesti dibaca :


Post a Comment

15 Comments

  1. perh.. kena bapak mertua macam ni, mikir panjang nak mengorat anaknya. haha

    ReplyDelete
  2. -hakhak.terbaik.gegel sang bopren cmnih.-

    ReplyDelete
  3. hahahaha..serius lawak! :D

    ReplyDelete
  4. hahaha.. menggigil lah si laki dapat bapak gf cm ni..

    ReplyDelete
  5. bulan puasa ni Nick...semuanya ke istiqmah..para remaja segalanya tuhan dah tetapkan siapa jodoh kita. So lebih baik zikrullah pada Allah ya..

    ReplyDelete
  6. entry yang bagus,dan bermanfaat kawan. terima kasih
    ditunggu yah

    ReplyDelete
  7. selamat menjalankan ibadah puasa kawanku
    ditunggu dan terima kasih

    ReplyDelete
  8. kena mengorat bapa mertuanya terlebih dahulu, baru boleh mengorat anak daranya.. siapa tak sayang anak oiii.. hehehehhe

    ReplyDelete
  9. Hahahaaaaa.. among the best post I have read so far! Good one,blogger! :-)

    ReplyDelete
  10. Hahahhah funny sangat..tak kahwin la anak dio sampai bila-bila hahahhhaa

    ReplyDelete
  11. hahahahahaha... ayah terbaik :D

    ReplyDelete
  12. rules no 2 tu..
    hahaha.. kna bli ubat stapler byk2 la klu cmtu

    ReplyDelete
  13. haha lawak giler... trbayang kalu ayah aku yg tulis surat cm gitu.. mmg aku photostat buat kenangan.. =D

    ReplyDelete
  14. agree dgn smua syarat2 tu .. haha. walaupun bapak gf mcm mafia. tp penyayang. aah

    ReplyDelete
  15. nasib baik abah tak buat gini kat abang,, hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.