Sumpah, facebook sejak dua menjak ni dah jadi semakin membosankan. Korang tak rasa ke facebook dah jadi semakin boring ? Nak tahu jugak la manalah tahu aku sorang je yang rasa macam ni.
Kenapa aku cakap facebook ni bosan?
1. Ada orang yang suka tag gambar dia atau gambar yang takde kena-mengena langsung dengan orang yang dia tag tu. Rimas betul bila asyik dapat notification yang takde kena mengena dengan kita. Dan yang pasti, email akan penuh dengan komen-komen tersebut.
2. Asyik asyik baca status sakit hati , kutuk mengutuk, dan macam-macam lagi status yang membosankan dan geli geleman. Takkan la setiap saat dan setiap benda nak update kat facebook. Sampai satu tahap orang lain yang baca status dia pun dah naik loya.
3. Kalau perempuan, lebih-lebih lagi kalau awek comel, online je berlambak-lambak orang nak chatting dengan dia. Mestilah awek tu bosan sebab selalu kena kacau dengan lelaki yang tak kenal kan. Lelaki pulak sebab bosan kerana awek comel tu tak layan dia. Dah 100 kali hantar mesej "hai awak, duk buat apa tu" tapi satu pun tak dijawab..hahaha
Kenapa aku cakap blogging ni syok?
1. Sebab dapat duit..muahehe..daripada duk online update status kat facebook tu, lebih baik online buat blog update entri lagi ada hasil. Letak iklan Nuffnang dapat jugak la RM 5 seminggu. Dah boleh buat duit top up tu :)
2. Belajar sesuatu yang baru. Jadi blogger sebenarnya membuka minda kita. Banyak benda dan info yang kita tak tahu jadi tahu. Bila jadi blogger, otak takkan beku sebab kita akan fikir dan cari entri apa nak publish untuk pembaca.
3. Ada banyak segmen, contest dan giveaway. Hadiah yang ditawarkan pun macam-macam. Yang ni la syoknya berblogging walaupun aku tak pernah lagi menang mana-mana contest..hehehe
Tapi untuk blogger, facebook ni penting jugak sebagai platform untuk promote blog dan naikkan trafik blog korang. Setiap kali update entri ping je entri tersebut kat facebook. Entri yang berulang pun tak kisah la..janji trafik blog naik. Walaupun aku bosan tetapi tetap setia dengan facebook :)
14 Comments
hehe
ReplyDeletebetul 2 bro.. :)
Aku suka facebook sebab boleh simpan gambar2 yang aku amik ...
ReplyDeleteLepas tu puji sendiri gambar tu...hahahhaah.
by the way blogging still no 1..
yeah , betul tu .. Tapi buat masa sekarang , Nurul belum letak iklan lagi ..
ReplyDeletehanif : kalo bab2 simpan gambar tu memang best la..lebih-lebih lagi kalo hari raya..sakan gambar diupload..huhu
ReplyDeletenurul : ish..rugi tak letak tu..at least ade jugak masuk income tu.letak je.
Betul...tapi blog kite tk de iklan lagi, masih
ReplyDeletebaru visitor pun blum ramai hu..hu...
hahaha..betul2..100% stuju! bca status pn ntah pape. kdg2 malas nak naik status sndiri. stakat upload2 gmbar tu bolehlah..huhu..
ReplyDeleteOh, blogging tetap dihati. Atleast dalam blog terluah juga luahan hati yang terpendam. :D
ReplyDeletedila : sampai nak pegi mandi pun update kat facebook ntah la..kalo upload gambar tu memang seronok..hahaha..blog tetap nom 1 dan facebook nom 2 :)
ReplyDeletesy suka twitter. 24/7 update status pon x pe hihi
ReplyDeletesaya suka blog dari fb..
ReplyDeletecamne nk dapat 5hinggit seminggu
ReplyDeletemmg fb membosankan...sbb tulah sy pun jarang2 buka fb. Kecuali urusan group UTM baru sy buka. Nak2 plak skrg ni dh takleh nk offline chatting sidebar fb tu, lg menyampah. Manjang org nmpk, sy online je walhalnya tgh buat assignment, terlupa tutup fb. Tak reti nk buat camne dh nk tutup chat sidebar tu. Mmmg bosan ngan fb
ReplyDeleteBg sy, blog tetap nombor 1, fb hanya sampingan
ReplyDeletentahlah. no comment. dua2 sama best
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.