Cara nak dapat Buffered Earnings atau BE aku ambil dari blog Jiwa Kacau. Nama tuan punye blog ne Blur. Rugi kalau korang tak baca. Antara rahsianya ialah :
1. Traffik yang tinggi bukan syarat utama untuk mendapatkan Buffered Earnings.
Jika sebelum ini
Blur ade buat tips pasal cara-cara untuk mendapatkan buffered earnings
yang paling digilai oleh blogger-blogger yang bernaung di bawah Nuffnang. Blur ade menegaskan bahawa korang perlu memerlukan traffik yang tinggi
untuk mendapatkan BE. Ia sebenarnya tidak kerana jika traffik korang
maintain 150 hingga 300 UV sehari pon korang still bleh dapat iklan
BE. Cuma jika UV korang melebihi 1000UV sehari memang korang boleh
mendapat nilai BE yang boleh mencecah RM10 sehari. Tetapi ianya
bergantung kepada berapa lama iklan BE tue bertengek dekat blog korang.
2. Blog tidak perlu diupdate setiap hari.
Kalau korang perasan blog-blog seperti blog Hanis Zalikha, mereka bukan update blog mereka hari-hari. Tetapi mereka still dapat iklan
BE yang melimpah ruah di blog mereka. Satu rahsianya ialah blog mereka
sangat dikenali dan tidak asing di kalangan pengunjung internet di
Malaysia. Kalau tak percaya korang mesti kenal mereka. Bukan saja
korang tapi kawan-kawan korang yang bukan blogger pon kompem kenal
mereka nie. Disebabkan itulah mereka sering mendapat iklan BE yang lumayan di blog mereka.
3. Perlu cukup glamor untuk mendapatkan iklan advertorial.
Blur pernah bertanya kepada Nuffnang tentang iklan advertorial. Mereka cakap mereka akan memberikan pilihan kepada advertiser untuk memilih blog mana yang akan diberikan iklan advertorial tersebut dengan syarat traffik mereka mestilah melebihi 1000 setiap hari. Tetapi blog Jiwa Kacau pernah mencecah traffik setinggi 2000UV sehari selama lebih kurang 2 bulan, tetapi masih juga tidak pernah mendapat iklan advertorial walaupon sekali. Yang Blur dapat perhatikan ialah blog-blog glamor sahaja sering mendapat iklan advertorial.
4. Backlink merupakan syarat utama untuk mendapatkan iklan BE.
Uji kaji ini sememangnya berjaya apabila Blur selama 2 bulan tidak pernah mengarang entry berkenaan Nuffnang dan tidak memberikan backlink kepada mereka. Dan hasilnya selama 2 bulan blog ini tidak pernah mendapat iklan BE. Jadi ini dapat membuktikan bahawa backlink kepada Nuffnang
dapat menjamin blog anda untuk mendapatkan BE. Tetapi untuk memberikan
backlink korang perlu mengubah blog korang menjadi blog DOFOLLOW. Ini
kerana blog NOFOLLOW tidak akan memberikan sebarang backlink kepada Nuffnang
jika hanya meletakkan link kepada mereka sahaja. Ini kerana blog yang
disetkan NOFOLLOW tidak akan membenarkan sebarang spyder untuk crawl
blog mereka dan sebarang backlink tidak dapat diberikan. Pentingnya
backlink kepada sesebuah website ialah semakin banyak backlink semakin
tinggi google pagerank website tersebut dan semakin glamorlah website
tersebut di enjin carian google. Dan bagi syarikat pengiklanan ini
merupakan satu cara untuk menarik pengiklan supaya menggunakan khidmat
mereka untuk beriklan.
5. Traffik perlulah 100% daripada Malaysia.
Sebarang traffik daripada luar negara tidak akan mendatangkan hasil yang lumayan kepada iklan BE mereka. Ini kerana semua iklan-iklan daripada Nuffnang merupakan iklan daripada dalam Malaysia. Jadi penggunjung-pengunjung daripada luar negara tidak mendatangkan sebarang faedah kepada iklan-iklan yang di jana oleh Nuffnang. Ini dapat dibuktikan jika korang membaca entry Blur sebelum ini berkenaan pengantian penaja blog ini.
6. Bayaran untuk CPC amat tidak berbaloi.
Blur tidak tahu sama ada ini scam ataupun tidak kerana pembayaran bagi setiap klik iklan CPC daripada Nuffnang adalah amat sedikit berbanding daripada Innity. Ini kerana dengan Innity setiap klik iklan boleh medapat beringgit-ringgit berbanding hanya 25 sen sahaja daripada Nuffnang, itupon tidak dapat diketahui 25 sen datang daripada berapa banyak klik.
Sumber
19 Comments
wah,,memang betul tips2 ni semua:)
ReplyDeletejom guna sume tips ne nak dapat BE :)
ReplyDeletenak tanya nak ubah blog jadi dofollow tu mcm mana tu..
ReplyDelete1.Design>edit HTML dan tick expand widget templates
ReplyDelete2.Cari nofollow ( Ctrl+F untuk mencari )
3.Tukar semua nofollow kepada dofollow
4.Preview dan kalau tiada error korang boleh save template.
la,,patutlah x dpt BE.. sebabnye.. xde backlink kt nuffnang.. huhu
ReplyDeletetips berguna,
ReplyDeleteBE tu kira cmna? tak paham
ReplyDeleteBE tu iklan di special skt dari iklan biasa..sesetengah org cakap nuff akan bagi BE kalo traffic blog tu tinggi. besanye blogger yg otai dan femes bnyk dpt BE..kalo blog yg cikai cam kita ne ambik masa sikit..just maintain status glitterati..nuff ne sensitif sikit.
ReplyDeleteHuhuhu.....okay lps ni boleh la mula kasi backlink kt Nuffnang hahaha...alamak dah rasa mcm hilang niat asal berblogging plak hurm....
ReplyDeletehahah,,niat dah terpesong tu..xpa, buat je.
ReplyDeleteat least ade jugak backlink ke nuff..
hmm..tips yg brguna
ReplyDeletetips yg sangat berguna....BE yg dpt sekarang ni pun merangkak2 slow...hrp2 lepas ni laju la bergerak....
ReplyDeletesalam blogger, saya masih tak tahu macam mana nak dapatkan BE dengan banyak sebab saya masih baru dalam dunia blogging ni.
ReplyDeleteSy pun susah nk dpt BE..tp jgn pts asa..cuba dan trs usaha..huhu
ReplyDeletenice entry...thanks..jengok2 entry lama nick...hihi
ReplyDeletebagusnya tipnya
ReplyDeleteThanx for the tipps!
ReplyDeletehuhuh..saya masih pening macam mana nak dapat BE..
ReplyDeletealhamdulillah...da tukar kepada dofollow..maaf, sy baru nak belajar..huhuh
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.