Cara Berdoa Yang Berkat

 
Doa senjata orang mukmin. Berikut ada panduan dan cara berdoa iaitu:

1. Angkat tangan ke paras dada

2. Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan

3. Apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba. Titik ba terletak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruh hijaiah di dalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘har hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap Allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.

4. Duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.

5. Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran Allah dan menyebut nama-nama Allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Contohnya : jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama Allah ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat Nabi saw

6. Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yang dapat difahami kerana Allah Maha Pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya

7. Ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insha allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan. 
 
 
SambunganDoa Yang Jarang Ditolak Oleh Allah
 

Post a Comment

0 Comments