Bahayanya Anorexia Nervosa dan Bulimia Kepada Wanita

APAKAH anda semua suka melakukan diet supaya tubuh kelihatan langsing dan menarik? Tiba-tiba sahaja jadi alergi atau alahan, sama seperti alah pada coklat, ais krim, dan makanan-makanan berkalori tinggi. Kemudian menjadi takut untuk makan kerana bimbang berat badan bakal naik sehingga seharian suntuk cukup hanya makan beberapa suap nasi sahaja.  


Hati-hati, kerana kalau diet yang dilakukan tidak wajar lagi, malahan akan jadi berbahaya. Pelakon filem “Ally Mc Beal”, Callista Flockshart, melakukan diet yang ‘melampau’ sehingga akhirnya menderita penyakit anoreksia. Lady Diana yang langsing itu juga ternyata mengalami masalah makan. Beliau dikatakan sering sahaja memuntahkan makanannya sebaik habis menyantap berbagai macam hidangan. Masalah makan yang dialami oleh Lady Diana disebut sebagai bulimia.

ANOREXIA NERVOSA

Gangguan makan yang umumnya dialami oleh pada remaja perempuan adalah anoreksia atau istilah perubatannya dikenali sebagai anorexia nervosa. Anoreksia adalah aktiviti untuk menguruskan badan dengan melakukan pembatasan makan secara sengaja dan melalui kawalan yang ketat. 


Penderita anoreksia sedar bahawa mereka berasa lapar, namun takut untuk memenuhi keperluan makan mereka kerana boleh mengakibatkan bertambahnya berat badan. Persepsi mereka terhadap rasa kenyang terganggu sehingga pada ketika mereka mengambil sejumlah makanan dalam jumlah yang kecil sekalipun, mereka akan segera merasa kenyang dan mual.

Mereka terus menerus melakukan diet bermati-matian untuk mendapatkan tubuh yang kurus. Pada akhirnya keadaan ini boleh menimbulkan kesan yang berbahaya, iaitu kematian si penderita. Bayangkan saja, kalau mereka terus menerus menahan diri untuk tidak makan, dari mana mereka akan mendapatkan tenaga untuk hidup.

BULIMIA

Jika penderita anoreksia bermati-matian untuk menahan rasa lapar dan berusaha sedaya mungkin untuk tidak mengambil makanan dalam jumlah yang besar sehingga boleh tahan hidup hanya dengan makan dua tiga suap nasi sahaja dalam sehari, maka tidak demikian halnya dengan bulimia. Pada dasarnya, tujuan akhir daripada penderita bulimia dan anoreksia adalah sama, iaitu ingin mempertahankan bentuk tubuhnya selangsing (sekurus) mungkin. namun cara mereka sahaja yang berbeza. 


Penderita bulimia cenderung mengambil makanan yang mereka sukai. Mereka makan berlebihan untuk memuaskan keinginan mereka, namun kemudiannya mereka memuntahkannya kembali hingga tidak ada makanan yang tersisa. Dengan demikian mereka terhindar menjadi gemuk, tetap menjadi kurus tanpa perlu menahan keinginan mereka untuk makan.

MENGAPA TERJADI DEMIKIAN
 
Bagi remaja perempuan, mereka mengalami pertambahan jumlah jaringan lemak sehingga mereka akan mudah menjadi gemuk apabila mengambil makanan yang berkalori tinggi.

Kalau dahulu, makan apa pun tidak memberi kesan kepada berat badan, tetapi setelah masa akil baligh (biasanya ditandai dengan menstruasi), baru makan coklat dua keping, tetapi beratnya sudah tambah sekilogram. Pada kenyataannya, kebanyakan wanita ingin kelihatan langsing dan kurus kerana mereka beranggapan bahawa menjadi kurus akan membuatkan mereka bahagia, berjaya, dan popular. Apalagi kalau melihat ‘body’ para selebriti yang langsing (sebenarnya lebih tepat dikatakan kurus kering tidak berisi).  


 Akibat pemikiran yang sudah terpateri ini, seorang remaja akan selalu melihat tubuh mereka terkesan gemuk padahal kenyataannya berat badan mereka semakin turun hingga akhirnya mereka menjadi sangat kurus. Mereka akan dihantui perasaan bersalah, manakala mereka makan banyak kerana perkara itu akan menyebabkan berat badan naik. 

APAKAH KESANNYA

Penderita atau penghidap anoreksia dan bulimia boleh menurunkan berat badan antara 25-50 peratus daripada berat badan mereka. Jika gangguan ini, baik anoreksia mahupun bulimia tidak segera ditangani, maka boleh membawa kesan serius baik secara fizikal mahupun psikologi, bahkan kes yang parah sehingga boleh menyebabkan kematian. Kesan fizikal yang umumnya terjadi pada mereka adalah seperti yang berikut:

1. Kehilangan selera makan, hingga tidak mahu mengambil apa-apa pun makanan.
2. Luka pada kerongkong dan infeksi saluran pencernaan akibat terlalu sering memuntahkan makanan.
3. Lemah, tidak bertenaga.
4. Sukar berkonsentrasi.
5. Gangguan menstruasi.
6. Kematian.

Kesan fizikal secara tidak langsung juga akan mempengaruhi keadaan psikologi seseorang, sehingga masalah psikologi yang muncul pada mereka dapat dikesan menerusi simptom seperti yang berikut:

1. Perasaan tidak berharga.
2. Sensitif, mudah tersinggung, mudah marah.
3. Mudah merasa bersalah.
4. Kehilangan minat untuk berinteraksi dengan orang lain.
5. Tidak yakin diri, canggung berhadapan dengan orang ramai.
6. Cenderung berbohong untuk menutup perilaku makannya.
7. Minta perhatian orang lain.
8. Depresi (sedih terus menerus).

Post a Comment

1 Comments

  1. Oyama Slim Tea "Tampil Langsing Secara Alami". Oyama Slim Tea terbuat dari herbal alami yang diformulasikan secara ilmiah untuk menghasilkan produk teh berkualitas tinggi dan bermanfaat bagi kesehatan tubuh. info: cs@indosehat.com

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.