Setahu aku la mas kahwin masa dulu dengan sekarang jauh bezanya. Walaupun aku tak kahwin lagi, tapi pasal mas kahwin ne benda wajib bagi lelaki kena ambil tahu. Maklumlah nak pinang anak orang tapi tengok dalam bank duit ada RM 10. Melepaslah nampak gaya. Bila aku tengok kakak dengan abang aku kahwin, hantaran yang biasa sahaja seperti kain pasang, jam tangan, kasut, handbag, telekung, set wangian dan barang kemas. Duit jumlah hantaran pun lebih kurang dalam RM 5000 ke RM 7000 je.
Pada zaman Rasulullah S.A.W dahulu mas kahwin dibayar dengan berbagai cara iaitu rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya.
Tapi zaman sekarang ne mas kahwin nilainya membuatkan para lelaki tak tidur malam duk fikir nak kumpul duit. Ada juga yang di pihak perempuan siap bagi syarat nak hantaran 12 dulang, dengan jumlah hantaran RM 12000, kononnya sempena tarikh lahirnya. Yang tu belum kira lagi dengan iPad,laptop dan bermacam-macam jenis gadget lagi la. Semua nak mahal dan berjenama dengan alasan kahwin sekali sahaja. Botak kepala si lelaki duk fikir.
Nilai mas kahwin juga berbeza mengikut negeri asal wanita yang ingin berkahwin dan juga tahap akademik. Namun pada trend kini, kebanyakan meletakkan mas kahwin mengikut kemahuan atau kemampuan pasangan masing-masing. Aku pernah dengar kat You Tube ceramah Ustaz Azhar Idrus, yang mana kalau tak silap aku la, dia cakap mas kahwin tu kalau mahal sekalipun tapi setaraf dengan wanita tu tak ada masalah.
Setaraf kat sini maksudnya pandai dalam bab agama,bab rumah tangga, pandai jaga hati suami, pendek kata pandai dalam semua perkaralah. Berpadanan lah dengan mas kahwin RM 10000. Ne tidak, harga mas kahwin RM 18000 tapi baca Al-Fatihah pun lintang pukang lagi. Lebih teruk lagi hari ne kahwin 2 bulan kemudian dah cerai.
Kalau tengok zaman dahulu, pemilihan gadis selalunya akan berdasarkan beberapa kriteria. Antaranya selain dari kecantikan fizikal dan tiadanya cacat anggota, ialah 'kesuburan' punggung dan payu-dara. Ini adalah diatas kepercayaan orang dulu-dulu bahawa gadis yang besar punggungnya akan mudah bersalin, dan payu-dara bagi tujuan penyusuan kelak. Maklumlah pada zaman dulu mana ada susu formula bayi macam sekarang!. Zaman sekarang zaman teknologi. Jumpa kat facebook, chatting sikit dah berkenan. Amboii, canggih betul zaman sekarang ne.
Mak bapak sebelah perempuan pun janganlah buat syarat mas kahwin tu macam nak jual anak je.Nabi pun pernah kata perkahwinan yang paling berkat adalah yang paling murah mas kawinnya. Tapi orang zaman sekarang ne tak mahu tiru apa yang nabi cakap. Nak jugak buat grand sampai membazir. Bukan nak jaga tepi kain tapi sekadar peringatan kepada semua.
Rasulullah pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tidak memiliki sesuatu apa pun untuk dijadikan mas kahwin, lalu Rasulullah bertanya kepada lelaki itu.
"Adakah pada engkau sedikit dari ayat-ayat Quran?" lelaki itu menyahut bahawa dia ada mengingati beberapa surat (ayat-ayat al-Quran), kemudian Rasulullah pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermas kahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isteri lelaki itu. So, fikir-fikirkanlah.
Antara kata-kata pesanan oleh Ustaz Azhar Idrus ialah:
- Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
- Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
- Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
- Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
- Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.
- HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.
1 Comments
ah.. lelaki zaman sekarang ni ramai x guna dari gunalah!!! banyak yang penagih dadah, pas tu kikis duit pmpuan, ego terlalu tinggi, menghambakan isteri.. cet... pas tu ada di kalangan rakan-rakan saya yang kena menanggung suami. sengal tul.
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.