Lelaki Juga Diserang Barah Payudara

Umumnya kita sering mengatakan bahawa barah payudara hanya menyerang golongan wanita sahaja. Apatah lagi, ianya menjadi antara pembunuh senyap utama wanita di Malaysia. Fakta saintifik juga menjelaskan bahawa barah payudara 100 kali lebih kerah dijumpai dikalangan wanita. 
Sebenarnya, anggapan bahawa lelaki tidak diserang barah payudara adalah salah, malah kaum lelaki juga berhadapan dengan kemungkinan diserang tetapi dengan nisbah yang kecil.Perkara ini mungkin terjadi lebih-lebih lagi jika kalangan lelaki tersebut lahir dalam keluarga yang mempunyai sejarah penyakit barah yakni tidak mengira apa jenis barah sekalipun. Mungkin ada yang tidak tahu, terdapat beratus-ratus kes lelaki diserang barah payudara di Malaysia. Contohnya pada statistik tahun 2002, kanser payudara dikesan dikalangan 26 lelaki Melayu, 22 lelaki Cina dan lima lelaki India.

Pada tahun 2003 pula, 13 lelaki Melayu dan 11 lelaki Cina diserang barah berkenaan. Kebanyakan mereka yang dikesan adalah dalam lingkungan umur 50 tahun atau lebih. Kebanyakan juga lelaki yang menghidap barah ini berpunca daripada faktor genetik, tetapi terdapat juga kes dimana pesakit diserang barah tetapi tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap barah.

Ini bermakna, barah tersebut boleh menyerang lelaki bukan hanya disebabkan faktor genetik tetapi boleh juga menyerang semua orang tanpa mengira lelaki atau perempuan. 
Para pakar perubatan dan analisis percaya bahawa antara punca berlakunya kes tersebut tidak lain adalah datangnya dari amalan pemakanan. Ini kerana, kebanyakan sumber bahan mentah makanan sekarang banyak yang mengandungi bahan kimia seperti sayuran, ayam, daging, ikan dan bahan mentah lain. Amalan pemakanan makanan segera juga mungkin menjadi penyebab kepada barah ini. Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan sepenuhnya bahawa adakah pengaruh bahan kimia tersebut menjadi punca kepada penyakit barah payudara.

Kebanyakan lelaki yang menghidap barah payudara juga didapati datang mendapatkan rawatan ketika barah sudah berada pada paras kritikal. Mungkin ini berlaku kerana mereka tidak mendapat maklumat atau dedahan kepada penyakit berkenaan dan barah payudara lelaki juga cepat merebak dan parah kerana struktur payudara lelaki kecil, kurang tisu dan lebih dekat dengan dada.

Sebenarnya, keadaan barah payudara antara lelaki dan perempuan adalah sama iaitu akan ada benjolan atau ketulan pada payudara. Payudara juga akan kelihatan lebih besar atau bengkak sebelah pada kaum lelaki. Lebih memburukkan keadaan adalah barah payudara lelaki lebih senang berjangkit kepada organ-organ lain jika rawatan awal tidak diikuti.

Antara tanda-tanda seseorang lelaki itu menghidap barah payudara adalah :
- Benjolan yang tidak sakit pada payudara
- Perubahan pada saiz atau kulit payudara misalnya berkedut, tertarik kedalam atau kemerah-merahan
- Perubahan pada puting payudara misalnya tertarik ke dalam atau kemerahan
- Lelehan keluar dari puting.  
Walaupun demikian, kes berkaitan barah payudara dikalangan lelaki masih dianggap sedikit, mungkin kerana itulah, kerajaan khususnya tidak melaksanakan kempen pencegahan barah payudara dikalangan lelaki secara serius. Ini tidak bermakna bahawa seseorang mempunyai alasan tidak tahu kerana maklumat sebegini boleh didapati di dalam talian seluruh dunia.\

Post a Comment

4 Comments

  1. teruk tu, bahaya..kena jaga kesihatan juga para lelaki kacak yg di sana sini..

    ReplyDelete
  2. terjumpa info ni, juga pasal barah payudara… sharing is caring :) - Pengesanan Awal Barah Payudara

    ReplyDelete
  3. salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul... atau boleh ke blog sya ubatkanserb17.blogspot.com...

    ReplyDelete
  4. Bonjolan pada payudara itu sakit atau tidak? Dan bonjolan itu mengeluarkan air atau tidak?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.