Bagaimana Nak Kecilkan Muka & Pipi



Bolehkah kalau nak kurangkan lemak dekat muka dan pipi? Badan dah ramping tapi masalahnya muka bulat dan pipi tembam. Ada cara ke nak bagi muka dan pipi sama ramping dengan badan? Kalau anda nak buat melalui pembedahan pun ada. Kos yang tinggi terpaksa ditanggung dan pada masa yang sama kesakitan yang dialami. So, kat sini aku ada nak share cara nak kecilkan muka dan pipi melalui senaman.

Senyum
Tahukah anda senyuman mengerakkan sebahagian besar otot di pipi. Caranya agak mudah. Cuba ulang proses senyum itu sebanyak yang mungkin. Amalkan setiap hari. Lagipun senyum tu satu sedekah. Dapat pahala. Tapi senyum pun kena ikut tempat la.


Senaman Pipi
Mulakan dengan meletakkan tiga atau empat jari pada pipi dan tekan. Pada masa sama, cuba senyum sebesar mungkin. Lakukan 10 hingga 25 ulangan setiap set. Boleh buat 4 hingga 5 set sehari. Tangan merupakan rintangan dalam senaman ini.

Bibir
Cuba muncungkan bibir seolah-olah hendak bercium. Tanpa menggerakkan muka, cuba cium ke kanan dan ke kiri. Lakukan gerakan ulangan ini sebanyak 20 kali. Cuba buat dalam 4 hingga 5 set sehari.

Sedutan
Cuba sedut dan tarik pipi anda rapat dengan gigi dan tahan sekitar 5 saat lalu lepas. Ulang gerakan ini sebanyak 20 kali dalam 4 hingga 5 set.

Senaman O
Buka mulut seluas yang mungkin. Gerakkan bibir ke depan dalam bentuk O seolah hendak bersiul. Kembali ke keadaan asal. Ulang gerakan ini dalam 20 kali dalam 4 hingga 5 set.


Gula-Gula Getah
Dapatkan gula-gula getah tanpa gula. Kunyah gula-gula tersebut walaupun tiada rasa lagi. Lakukan 20 minit sehari. Gerakan ini jika dilakukan berlebihan akan membentuk otot di atas pipi.

Kembong
Dengan mulut tertutup, kembongkan pipi anda. Ulang gerakan ini 20 kali dengan 4 hingga 5 set.

Kebiasaannya, lemak di pipi akan menurun dengan diet yang betul. Andai kata tidak turun, ada kemungkinan, itulah bentuk rupa muka anda. Manusia dicipta dengan kepelbagaian rupa. Ada yang petak, bulat, bersegi-segi, lonjong dan sebagainya. Bagi seorang yang tidak dalam tempoh diet, kenali dan kurangkan makanan yang mungkin menyebabkan pipi naik seperti coklat, aiskrim dan pelbagai lagi yang manis.



Post a Comment

10 Comments

  1. hehe.. takpelah saya suka muka macam ni :D
    macam mana pulak kalau nak bagi pipi tembam? hik2 ^_^

    ReplyDelete
  2. bkesan keee?? tgh on9 pown bole senyum. buat senaman O, hehehe.. :)

    ReplyDelete
  3. cik pensil :hahah,,kalo nak pipi yang tembam kena banyak makan cokelat.

    milasharmila : bukan setakat ngah on9 msa ngah tido pon leh senyum gak..huhu

    ReplyDelete
  4. oo ini carenye!!baiklah!!nak cube!!hahaha

    ReplyDelete
  5. n!ck : sila buat cepat2..huhu

    ReplyDelete
  6. huhu , pipi kita sejak azali memang tembam .tak boleh nak buat apa dAH . badan je sli, .pipi tembam muka bulat >.<

    ReplyDelete

  7. Perkongsian yang sangat menarik. Sebenarnya, untuk kurus yang lebih berkesan, kena ikut tiga langkah yang sangat penting di samping pengamalan senaman yang sesuai. Tiga langkah yang penting itu adalah: Singkir toksin dari badan, Bakar lemak yang tak perlu & Keperluan otot untuk percepatkan proses metabolisme.

    Nak tahu lebih lanjut & banyak lagi tips kurus, boleh hubungi saya. 😊

    ReplyDelete
  8. senaman muka ni meletihkan..huhu

    ReplyDelete
  9. Boleh tahan senaman muka yer... :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.