Agen Susu Farm Fresh Muar - Susu Segar Yang Sedap Dan Berkhasiat

Agen Susu Farm Fresh Muar - Susu Segar Yang Sedap Dan Berkhasiat l Pertama kali merasai susu Farm Fresh terus jatuh cinta.  Sebelum ni aku tak pernah tahu pun kewujudan susu Farm Fresh. Maklumlah, bukan peminat susu tegar, minum susu pun jarang-jarang. Mula jatuh cinta dengan jenama ini bila ternampak ada gerai yang jual produk susu segar semasa karnival di stadium Muar. 

Tertarik dengan keunikan nama dan pelbagai jenis perisa yang dijual, maka terbelilah beberapa kotak susu Farm Fresh ini untuk dirasai. Secara jujurnya, susu Farm Fresh adalah yang paling sedap dan berkhasiat yang pernah aku cuba. Dari sekadar hanya untuk rasa susu ini, sekarang dah bertukar menjadi agen susu Farm Fresh di Muar

Apa Yang Istimewa Tentang Jenama Susu Farm Fresh?

Jenama Farm Fresh merupakan pengeluar susu segar terkemuka di Malaysia. Produk Farm Fresh yang dikeluarkan pada 2009 dilihat sebagai dapat memberikan pilihan kepada penduduk tempatan untuk menikmati susu segar dan membantu mengurangkan kebergantungan produk tenusu yang diimport dari luar negara. 

Yang belum rasa susu Farm Fresh, bolehlah order sekarang ye. Gerenti sedap!

Yang istimewanya, Farm Fresh menyediakan 100 peratus susu segar yang tiada bahan pengawet, pewarna atau bahan bahan asing lain ditambah bermula daripada saat lembu diperah sehinggalah produk tenusu Farm Fresh tersedia di pasar raya tempatan, kesemuanya hanya dalam tempoh 48 jam. Maknanya, kalau susu diperah pagi Ahad, susu itu akan sampai ke kedai-kedai paling lewat pun pagi Selasa.

Jenama Farm Fresh yakin tenusu terbaik datangnya daripada susu segar yang diperah daripada lembu sihat. Pada masa sekarang, Farm Fresh mempunyai ladang ternakan lembu tenusu berskala besar yang terletak di Mawai, Kota Tinggi, Johor dan juga di Muadzam Shah, PahangSyarikat Farm Fresh sentiasa menjaga kualiti susu yang mereka hasilkan supaya susu mereka dihasilkan sesemulajadi yang boleh. Lembu mereka dijaga dengan baik dalam kawasan ladang rumput tanah tinggi yang segar untuk memastikan kualiti susu yang dihasilkan sentiasa pada peringkat tertinggi.

Susu Farm Fresh Dalam Bentuk Susu Segar Dan Susu UHT

Farm Fresh juga sangat istimewa kerana ianya jenama susu berkualiti yang datang dengan pelbagai jenis dan saiz. Kepelbagaian ini memberi lebih banyak pilihan untuk pembeli kerana peminat Farm Fresh mempunyai selera masing-masing. Untuk pengetahuan, susu Farm Fresh ini ada dalam 2 bentuk iaitu produk susu segar dan produk susu UHT

Susu segar Kurma 700 ml

Susu segar dalam bentuk botol boleh bertahan dalam masa 3 minggu di dalam peti sejuk. Yang ni memang sedap dan rasanya terbaik jika diminum dalam 3 hari selepas dibuka penutupnya. Jangan biarkan susu segar berada diluar peti sejuk dalam masa yang lama untuk elakkan daripada basi dan masam.

Susu UHT Kurma 200 ml

Susu UHT pula dalam bentuk kotak mampu bertahan dalam masa 9 bulan. Sangat sesuai untuk disimpan sebagai stok di rumah. Boleh disimpan dalam atau luar peti sejuk. Untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil, susu ini dapat disediakan dengan cepat berbanding dengan penyediaan susu tepung yang perlu dibancuh terlebih dahulu. Di zaman kanak-kanaklah tempoh masa di mana mereka paling memerlukan bekalan kalsium yang cukup untuk perkembangan otot dan tulang.

Susu Farm Fresh Terbaik Untuk Kanak-Kanak

"Doktor, susu apakah yang terbaik bagi kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas?" Biasanya, inilah soalan yang kita selalu tanya untuk tahu jenis susu yang terbaik untuk anak kita. Berdasarkan apa yang dikongsi oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad, susu bukan makanan utama bagi kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas.

Selain makanan seimbang, kanak-kanak boleh mengambil susu segar Farm Fresh. Kurangkan susu yang berproses seperti susu tepung atau susu yang dibancuh semula. Bukan bermakna susu tepung atau susu yang dibancuh semula berbahaya. Tetapi dari segi nutrisi dan kesegaran, susu segar Farm Fresh adalah yang terbaik. 

Senarai Susu UHT Farm Fresh Yang Dijual

Buat masa sekarang, aku buka jualan untuk susu UHT 200 ml dan susu UHT 1 liter dahulu untuk mereka yang tinggal di sekitar Muar. Tapi jika pelanggan berhajat untuk beli susu Farm Fresh segar, boleh maklumkan awal takut stok habis. 

Susu UHT 200 ml mempunyai 7 variasi perisa iaitu Kurma, Coklat Premium, Café Latte, Fresh Milk, Yogurt Strawberries, Yogurt Mixedberries, dan Yogurt Mangga.
Susu Kurma UHT 200ML

Susu Coklat Premium UHT 200ML

Susu Cafe Latte UHT 200ML

Susu Fresh Milk UHT 200ML

Susu Yogurt Strawberries UHT 200ML

Susu Yogurt Mixedberries UHT 200ML

Susu Yogurt Mango UHT 200ML

Manakala susu UHT  1 liter mempunyai 4 variasi iaitu Kurma, Coklat, Fresh Milk dan Yara Full Cream. Biasanya susu Fresh Milk dan Yara Full Cream sesuai untuk buat Latte Art, Boba Milk Tea, Bakery, Coffee Shop dan juga amat sesuai untuk sarapan anak-anak. Kalau ada kawan-kawan yang berniaga Cafe, Boba atau Bakery, boleh Whatsapp di nombor 019-4781813.

Susu Kurma UHT 1 Liter

Kelebihan Susu Farm Fresh UHT 
  • Susu UHT menggunakan 100% dari susu fresh dan bukannya dari susu tepung yang sering digunakan oleh jenama lain.
  • Mempunyai khasiat (nutritional fact) setanding dengan susu Farm Fresh berperisa.
  • Bungkusan produk yang kemas, cantik dan mudah dibawa ke mana-mana.
  • Cara penyimpanan yang mudah kerana tidak perlu disimpan di peti sejuk. Elakkan penyimpanan dari terkena direct sunlight dan di tempat yang panas. 

Dapatkan Susu Farm Fresh Hari Ini

Untuk sesiapa yang teringin untuk mendapatkan Farm Fresh UHT Milk, boleh hubungi melalui nombor 019-4781813. Boleh Whatsapp atau call terus. Nak jumpa untuk COD pun boleh. Kita bagi harga istimewa :)

Post a Comment

5 Comments

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.