ARTIKEL BARU

Friday, October 18, 2019

Cara Setting MyTv/MyFreeview Untuk TV Toshiba Built-In Decoder

Cara Setting MyTv/MyFreeview Untuk TV Toshiba Built-In Decoder l Bagi yang memiliki TV keluaran baru dan bercadang membeli decoder untuk menonton mytv/myfreeview, boleh lupakan niat korang tu kerana  TV keluaran baru biasanya sudah dipasang dekoder T2 secara built-in (sudah pasang siap dalam tv). Korang cuma perlu sambung antenna sahaja. 

Kalau korang ada TV jenama Toshiba, dibawah adalah cara-cara untuk setting mytv/myfreeview tanpa perlu beli decoder yang baru. Boleh rujuk gambar untuk tengok setiap langkah dengan terperinci.

Cara Setting MyTv/MyFreeview Untuk TV Toshiba Built-In Decoder

1. Tekan pada butang "Input" seperti dalam gambar.

2. Pilih "DTV". Kalau "DTV" tidak keluar pada paparan tv korang, maksudnya tv korang tu bukan jenis built-in decoder.  

3. Tekan butang "Menu" pada remote

4. Pilih yang gambar tv/setting

5. Pilih "Digital Manual Tuning"

6. Tukar "UHF CH" ikut kawasan
(Semenajung: 30/43/44/45/46/49/52)
(Sabah/Sarawak: 34/36/42/43/47/52)

7. Lepas masukkan no UHF CH, tekan butang "OK" pada remote..tunggu dalam 3-5 saat

8. Jika tiada signal, tukar no UHF CH yang lain hingga ada signal (sikit pun tak apa)

9. Bila dah jumpa signal, alihkan kedudukan antenna jika signal tak stabil. Pastikan antenna sesuai dan dalam keadaan baik.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.