Petua Dan Cara Elak Sihir/Santau Facebook

Petua Dan Cara Elak Sihir/Santau Facebook l Seorang gadis tidak menyangka gambarnya dalam laman sosial Facebook milik sendiri digunakan untuk menyihir dan menyantau dirinya supaya kehidupan musnah. Seram tak dengar berita macam tu? Dunia Facebook adalah media tanpa sempadan. Sesetengah orang, Facebook dijadikan tempat meluahkan perasaan 'marah melampau' sehingga melibatkan orang lain di laman sosial dengan memuat naik nama mereka! Sifat menunjuk-nunjuk dengan 'meng-upload' gambar kemewahan dan kecantikan yang ada pada diri turut mengundang rasa cemburu dan menjurus kepada berlakunya sihir atau santau.

Ustaz Syarhan Syafie seorang pakar ilmu perubatan islam berkata, setiap gambar yang yang mempunyai sepenuhnya tubuh badan kita mampu menjadi bahan gunaan sihir seperti santau. So, berhati-hatilah semasa memuat naik gambar di Facebook. Jangan pamerkan gambar kita dengan sesuka hati untuk tontonan ramai.

Disihir guna gambar dalam Facebook..menakutkan dan memang berlaku!

CARA DAN PETUA ELAK 'SIHIR/SANTAU FACEBOOK

1) Kecilkan saiz gambar dari 100 - 500 pixel sahaja.

2) Edit gambar asal sehingga 30%-50% berubah daripada rupa asal.

3) Jangan memuat naik gambar penuh (Dari hujung rambut ke hujung kaki)

4) Edit gambar dengan menggunakan applikasi 'filter' seperti 'blur', 'noise', 'crystallize' dan lain-lain.

5) Elakkan 'meluahkan' perasaan 'marah melampau' sehingga melibatkan orang lain di laman sosial dengan memuat naik nama mereka! (kawal emosi, banyakkan beristighfar dan berselawat - lagi 'murni' kalau mengadu kasih dengan Allah S.W.T)

6) Jangan sekali-kali menggunakan option 'Add A Location' atau 'Check in' di facebook untuk mengelakkan lokasi kediaman dan keberadaan!

7) Bacalah Doa Pendinding & Penggerak. Dibaca sebanyak tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut.

Selalu amalkan doa ini untuk elakkan daripada terkena sihir/santau

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR/SANTAU

Antara kesan-kesannya anda terkena sihir/santau :

1) Orang yang terkena santau atau sihir tidak akan boleh melelapkan mata.

2) Orang yang kita sayang, akan bertukar menjadi benci dalam sekelip mata.

3) Boleh pitam dan koma, berbulan-bulan, hingga membawa maut.

4) Boleh menjadi hilang akal, meracau-racau, sehingga membawa maut.

5) Muntah darah.

6) Bagi perempuan yang terkena santau pula pasti akan lupa segalanya, pada suami, anak-anak, dan akan tinggalkan semua itu, bagi menuruti seseorang yang membuatnya.

7) Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.

8) Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.

9) Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kala sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.

10) Sakit sesak nafas terutama waktu Maghrib.

11) Lenguh seluruh anggota badan.

12) Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.

13) Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

14) Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.

15) Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.

16) Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak tersebut.

17) Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.

18) Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan seumpamanya.

19) Sentiasa sakit pada tulang belakang.

20) Bawah matanya biru (Seperti orang tak cukup tidur).

21) Hilang daya ingatan.

22) Kulit akan menjadi merekah dan keluar air bisa dan nanah.

24) Badan menjadi bongkok disebabkan batuk yang berpanjangan.

25) Badan menjadi licin kerana seluruh bulu di badan telah gugur.

26) Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang selalu terganggu.

27) Terjadinya ‘saratan’ atau kanser dan ketumbuhan.

28) Jika hamil mungkin akan mengalami keguguran.

Mudah-mudahan kita terhindar dari perkara tersebut. Amalkan doa pendinding sebagai benteng pertahanan untuk diri dan keluarga.

Post a Comment

1 Comments

  1. Nauzubillahiminzalik. Permainan sihir memang kotor. T_T . Semoga Allah melindungi kita semua.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.