Ujian Dan Dugaan Masa Bertunang, Seminggu Nak Berkahwin Serta Selepas Berkahwin

Ujian Dan Dugaan Masa Bertunang, Seminggu Nak Kahwin Serta Selepas Kahwin l Semua tiga fasa hubungan ni aku dah lalui dan dah rasa macam mana pahit manis kelat masin sebelum bergelar seorang suami. Dan aku yakin, korang yang baca artikel ni pun mesti alami perkara yang sama. Cuma satu je nasihat aku, kita sebagai lelaki ni tahap kesabaran kena ada sampai level infiniti bila bergaduh dengan tunang atau isteri. Jangan gaduh sikit terus nak putus atau cerai. Perempuan ni akalnya pendek.


UJIAN SEMASA BERTUNANG

Masa bertunang, selalu je bergaduh, kerap rasa nak marah, kadang kadang ada sesetengah pasangan tu sampai nak putus tunang, tak jadi nak kahwin. Benda yang digaduhkan kecik je sebenarnya dan biasanya diungkit dengan perkara lain.Tu yang menyebabkan gaduh jadi besar. Bagi mereka yang bakal bertunang, satu je nasihat aku. Jangan bertunang terlalu lama kerana dunia bertunang ni terlampau banyak dugaannya. Apatah lagi bagi pasangan yang berjauhan. Bila berjauhan, kena ada kepercayaan yang tinggi dalam diri. Kalau ada syak wasangka dan curiga, gaduh sikit terus nak putuskan hubungan pertunangan. Padahal bukan ada orang ketiga pun, tapi ada makhluk ketiga.  Ok, sila baca dan hadam artikel Kenapa Bertunang Tak Boleh Lama?

UJIAN SEMINGGU NAK KAHWIN

Bila seminggu nak kahwin, pandang pun tak mau. Rasa meluat semacam je. Kadang-kadang terlintas dihati betul ke dengan pilihan aku. Masa tu jugak jumpa orang yang lebih baik dari tunang kita. Kenapa? Sebab syaitan tak mau bagi kita bina masjid. Benda yang baik, syaitan pun hangat la. So syaitan pun usaha la nak hancurkan sebelum masjid terbina. Sebab bila dah terbina, makin susahlah syaitan and the geng nak robohkan masjid yang dah terbina dengan kukuhnya. Insha allah, kalau jodoh tu dah sampai, pasti akan sampai. Dugaan sikit ja tu, kata hati negatif tu syaitan je. Jangan ikutkan sangat. Boleh rasa beza hati tu sebelum dan selepas diijabkabulkan 

UJIAN SELEPAS KAHWIN

Takde pasangan suami isteri yang tak pernah rasa susah selepas kahwin lebih-lebih lagi yang baru 2 dan 3 bulan berumah tangga. Masing-masing gaji kecik. Ada jugak sesetengah pasangan yang masih belajar. Tapi banyak benda yang nak kena bayar. Hutang rumah sewa, bayar bil, bayar duit kereta dan banyak lagi. Silap haribulan asyik gaduh je. Inilah ujian selepas kahwin. Sabar atau tidak je. Selama ni kita hidup sendiri, tiba-tiba ada orang lain kita kena kongsi. Kat sini Allah nak uji hati suami dan isteri..Allah nak tengok nawaitu, persefahaman,rasa hormat dan tanggungjawab sesama pasangan. Bila semua dah betul, baru Allah akan buka pintu rezeki lebih luas lagi. Sebab tu ramai orang cakap, kesetiaan isteri diuji bila susah dan kesetiaan suami diuji bila senang.

Post a Comment

9 Comments

  1. bujang atau berkahwin... ada bhgn masing2, ada dugaan masing2.

    ReplyDelete
  2. mmg hebat dugaan masa bertunang ni kalau xsabar gerenti putus...dh kawin ok sikit sbb masing beruasaha menyesuaikan diri agar rumahtangga yg dibina kekal bhgia selamanya...org perempuan walau pendek akalnya tapi setelah kahwin sabar n setia terhadap suaminya saja...tersangat panjang akalnya dlm bab ni cikgu...

    ReplyDelete
  3. takutnya....ni yang pikir dua tiga dua tiga..

    ReplyDelete
  4. hidup ini akan sentiasa di uji nick dan yakinlah ujianNya adalah kerana Dia tahu kita mampu mengatasinya, In Shaa Allah.. :)

    ReplyDelete
  5. Yang doa tu jangan lupa....usaha untuk kebaikan bersama....
    Belajar saling lengkap melengkapi...yang terkurang jangan main tunding je......

    ReplyDelete
  6. banyakkan berdoa n berusaha agar pernikahan itu kekal ke syurga. In Shaa Allah..

    ReplyDelete
  7. moga boleh la nk hadapi dugaan ni akan datg nanti

    ReplyDelete
  8. Ramai orang kata sabar bila diuji.. Tapi bila orang yg cakap t sabar tu diuji dh melenting... Sabar mmg semua orang boleh kata nk hdapi tu mampu kah... Nk than sabar tu betapa sakit nyaa smpai menitis air mata...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.