Shopping Baju Kerja Lelaki Sempena Jualan Akhir Tahun

Shopping Baju Kerja Lelaki Sempena Jualan Akhir Tahun l Sempena jualan akhir tahun yang sedang rancak berlangsung sekarang ni, cepat je wallet yang tebal jadi nipis. Maklumlah, potongan harga tu sampai 80% hingga 90%.Ramai je tengok makcik-makcik berpinar biji mata duk pilih barang. Untung la kalau duit banyak. Aku kalau shopping, fokus utama nak cari baju kerja. Sebenarnya banyak jumpa baju kemeja yang cantik dan stylish tapi kalau beli takut tak boleh pakai pergi kerja sebab tak ikut etika pemakaian penjawat awam. 

Bab nak beli baju rasanya aku ni cerewet sikit. Ada syarat-syarat tertentu dan sesuai dengan kehendak aku, barulah boleh dibeli. Syarat-syaratnya :

a. Tak suka baju berwarna putih sebab tak matching dengan warna kulit aku.
b. Baju mestilah fit atau semi-fit, terutamanya di bahagian lengan, tak suka yang longgar.
c. Warna feveret ialah warna ungu, biru, merah, hijau, kelabu dan hitam.
d. Perlu dicuba terlebih dahulu dalam fitting room sebelum beli. 


Pusing keliling mall, dapatlah beli 4 pasang baju. Sehelai RM50, kira paling murah dah tu..hehe. Cuma tali leher je yang belum beli lagi. Jadi cikgu ni kena ada baju banyak. Budak-budak sekolah sekarang ni jenis observer. Diorang akan perhati baju yang kita pakai minggu ni dan bandingkan dengan baju yang kita pakai pada minggu lepas. Masa praktikal dulu, ada pelajar tanya kawan aku "Cikgu tak ada baju lain ke? Asyik pakai baju kaler yang sama je". Padahal baju berbeza cuma warna je hampir sama.

5 hari bekerja, 5 jenis pakaian yang berbeza yang perlu dipakai. 

Hari Ahad : baju batik
Hari Isnin  : baju kemeja biasa
Hari Selasa : baju kemeja biasa
Hari Rabu : baju pengakap
Hari Khamis : baju melayu lengkap bersampin. 

Tak lama lagi sekolah nak buka. Tak lama lagi jugak dapat bonus. Nak tanya satu soalan, dah shopping belum?

Post a Comment

2 Comments

  1. wasemen cikgu! cantik2 bajunya...
    ^_^!

    ReplyDelete
  2. abam pun baru lps shopping nih. rujuk entri terbaharu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.