Marah Tak Kalau Kereta Anda Dilanggar?


WANITA MENGAMUK KERETA PEUGEOT KENA LANGGAR

Sekarang ni kecoh dengan video wanita mengamuk sebab kereta jenis Peugeot CDM 25 kena langgar. Kemain marah dia. Keluar dari kereta baru dia sambil bawa steering lock dan ketuk depan bonet kereta orang tua yang langgar kereta dia. Persoalannya kat sini, marah tak kalau ada orang langgar kereta korang? Tipu kalau korang tak rasa marah sedikit pun.

PENGALAMAN KENA LANGGAR DENGAN HILUX

Jarak perjalanan aku balik kampung dari Johor ke Kelantan dalam 500 km. Nak dijadikan cerita, masa masuk Pahang, ada roadbloack kat sana. Semua kenderaan bergerak perlahan dan berhenti untuk pemeriksaan polis. Masa berhenti, tiba-tiba Hilux kat belakang datang langgar kereta aku.


 
Berasap telinga bila kereta baru kena langgar. Terus bagi signal parking kat tepi jalan. Duk dalam kereta kejap tarik nafas baru keluar. Rupanya yang langgar tu orang cina. Aku tanya la dia kenapa langgar kereta aku, dia jawab terlepas tekan brek sebab nak cari surat saman yang lepas tak bayar lagi. Kitorang bincang la macam mana nak settle sebab malas nak pergi balai polis. Dia siap offer nak tolong baiki tempat yang rosak tu. Sebab masa tu dah lewat, dia bayar je jumlah duit yang kitorang setuju. Dah settle semua, duk tepi sembang macam tak ada apa pulak..haha

Yang penting, bawak bertenang sebab benda yang boleh bincang tak perlu nak marah-marah. Kalau marah pun benda dah berlaku. Bulan puasa ni semua orang "garang". Ingat, puasa menahan diri. Apa pun, bawak kereta elok-elok. Kereta rosak boleh baiki, nyawa melayang tak boleh ganti.

Post a Comment

24 Comments

  1. errr sy pernah langgar org..tp alhamdulillah kami boleh settle cara elok..lgpun kerosakan kecil sgt..so tak berbaloi kot nk bertumbuk bagai..huhu

    ReplyDelete
  2. salam. hahhaha tak tahu la nak cakap apa..tapi sy pernah terlangar kereta orang...dia memang mengamuk :D sy tak bole nak kata apa just minta maaf then bayar kerugian dia la tapi takda la teruk mana pun..cermin kereta dia retak ja ehheh

    ReplyDelete
  3. tak pasal-pasal dia glamour plak sekarang..inilah Malaysia.
    apa-apa pun, memang kita kena belajar untuk sabar.tak rugi pun.

    ReplyDelete
  4. Err.. Tak tau la nak marah ke tak. Sebab tak pernah alami. Dan ana sendiri tak bawak kete. Selalu suruh orang bawakkan je. Tp rasenye laa kalau kete baru kene langgar. Mmg panas gak la aty ni. Yelah, kete baru kan. Cume x perlu la kot nak maki hamun. Tak elok dilihat org. Betul la tu ckp nick. Kite bincang elok2.

    ReplyDelete
  5. Betul tu nick. Manusia memang suka marah je. Tanpa fikir baik buruk nya. Apa yg penting jaga kelakuan

    ReplyDelete
  6. yg rosak blh dibaiki tapi perangai buruk sampai mati org ingat ... ujian ramadhan ni kena byk bersabar .

    ReplyDelete
  7. Alah harta dunia je. Kalau tak teruk, settle kat tepi jalan je lah, sebab kalau report polis, mestikena bayar rm 300 sorang, baik bincang cara slow and steady ...

    ReplyDelete
  8. pernah terlanggar kereta org. sy bayar on the spot kat org tu. lgpun kereta dia buruk. kos repair x sampai pun rm100. masa tu kereta sy pun dah calar balar situ sini. tunggu masa nak trade-in je.

    ReplyDelete
  9. Hunger should not be the reason for anger if your mind and will is ready to accept abstinence in the first place.

    ReplyDelete
  10. betul bawa btenang aku pun pnah kena langgar..relex je kluar sbab abih2 bleh claim.. pyah nak hot2 sangat..apa2 kslamtan diutamkan

    ReplyDelete
  11. Rasanya marah tu memanglah marah..tapi benda boleh setel, kan..boleh bawa bincang..Haihh..macam2 boleh jadi atas jalan raya..

    Jemput join segmen pertama wanie..

    http://norniwanie.blogspot.com/2014/07/segmen-pertama-wanie.html

    Terima kasih...

    ReplyDelete
  12. Yang penting pandai kawal emosi untuk mengawal keadaan itu yang penting.

    ReplyDelete
  13. nasib baik bro bertenang handle masalah ni..klu tak viral video bro pulak kat youtube..hehe

    ReplyDelete
  14. Sape la yg suke keta kena langgar. Walaupun cepai buruk berkarat kat rumah ni kena langgar pun aku sakit hati.
    Tapi bincang molek boleh setel baik punye. Kalau tak puas hati mcm mane pun repot polis aje.
    * lagi bengong bile stesen radio panggil mcm selebriti.

    ReplyDelete
  15. benar tu biar panjang akal jangan panjang n cpt tangan...releks...bawa bertenang...bawa berbincang...

    ReplyDelete
  16. tanjat tgok bedio tu huhuhu garang sesangat apa2 pon bwk betenangggg....

    ReplyDelete
  17. mmg mrah..tapi apa boleh buat..bnda dah jadi..klu depend on kes tu bukn dasat sgt pun..xremuk pun..aduhai..malu jadi perempuan..

    ReplyDelete
  18. Sure marah..Kereta kita pun pernah kena langgar dari belakang masa bulan puasa. Yang langgar tu mengantuk..hmm..kereta baru jugak tu & memang teruk lah dari kereta si Kiki..nasib boleh jalan je lagi..cuma dalam kes kita Alhamdulillah emosi boleh kawal lagi...

    ReplyDelete
  19. Sampai sekarang saya belum view lagi video tu. Apapun akak tu dah minta maaf kan. ;)

    ReplyDelete
  20. first time tgk gugurl "garang" macam tu sekali... anis yg gugurl nie pon trperanjat tgk video tu..hihi..ape2 pun kena bawak bincang elok2..kan lebih berhemah kan.. :)

    ReplyDelete
  21. Yeah, need to calm down especially masa2 mcm ni, jgn cepat ikut emosi...

    ReplyDelete
  22. Bahaya bila tak kawal emosi. Moga jadi pengajaran :)

    ReplyDelete
  23. Assalammualaikum... nick,

    perkara boleh settle.. nasin nick sabar kan...mselim3 pernah gak dilanggar belakang .. renyuk kereta nasib badan ok . Tak renyuk... hehehe. Alhamdulilah... yang penting nyawa . Kereta rosak boleh repair...

    mselim3

    ReplyDelete
  24. Akak tu bukan marah..akak tu sawan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.