Surat ini saya tulis untuk awak. Ya, untuk awak yang tengah baca entri ini. Saya tak tahu siapa awak, di mana awak sekarang ni..cuma apa yang saya harapkan awak tenang membaca entri ini.
Sebelum kita bakal diijab kabulkan, ada beberapa soalan yang saya nak tanya.
Awak,sudah sedia ke awak untuk jadi isteri dan ibu kepada anak saya?
Bukan apa, orang kata tanggungjawab bila dah kahwin lain nak bandingkan masa bujang. Manalah tahu, kalau saya tegur nanti, awak cepat merajuk. Lepas tu tak nak masak, jenuh saya nak pujuk nanti. Tapi kalau awak dah bersedia, insha allah, rumah tangga kita bahagia.
Bercakap pasal anak, saya tak kisah dapat berapa pun. Lagi ramai lagi meriahkan, lebih-lebih lagi anak-anak comel macam awak :P Bab-bab nak mendidik anak tu awak jangan risau kalau mereka perangai degil dan nakal. Awak jangan lupa, saya kan cikgu. Bertahun-tahun berada di sekolah, saya dah masak dengan perangai budak-budak. Cuma apa yang saya nak bagitahu, walaupun awak dan saya sama-sama bekerja, tapi jangan lupa tanggungjawab untuk bersama mereka. Layan kerenah, dengar masalah diorang, pujuk bila diorang merajuk. Ala, macam awak dulu-dulu merajuk.
Untuk pengetahuan awak,saya sekarang ni cuba nak tambah lagi ilmu agama dalam diri. Mudah-mudahan dapat membantu saya untuk membimbing awak dan anak-anak. Biar mereka boleh membaca al-quran dengan fasih, boleh menjadi imam dalam solat. Insha allah, kita akan jadikan mereka hamba Allah yang soleh dan solehah. Doakan saya supaya sentiasa istiqamah dalam mendalami ilmu agama ini.
Setakat ini dulu lah surat saya untuk awak. Sama ada awak dah bersedia atau belum, terpulanglah pada awak. Jika awak belum bersedia, saya setia menanti di sini. Sekali lagi, jika awak yang terbaca surat ini, jangan lupa bagi clue sikit siapa awak. Agaknya mana awak ketika ini ye. Jaga diri, jaga hati, jaga iman.
Sekian.
P/S : Terasa macam poyo pulak publish entri ni..haha. Kali pertama guna “saya” tulis entri semata-mata untuk awak. Ya, awaklah : )
27 Comments
haha. 'saya tak kisah ada berapa anak" so sweet surat ni. Insyallah jumpe la tu nanti =)
ReplyDeletehihi..bestnya.kat mana la 1 lagi tulang rusuk nick tu kan.xpa.Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar , xlama lagi jumpa la tu :)
ReplyDeleteAduh...terharunya baca surat ni. Nk tulis jugalah buat bakal suami yg entah mana2 menyorok tu. Aci tak nik?
ReplyDeleteko ke yang buat ni?..haha, menanti sampai bila tu?..hahaha
ReplyDeletesekali tengok macam sweet jugak ko nih. hahahaa.. dua kali tengok, tak mau komen. wakaka
ReplyDeletenah klu. ehem ehem. :D
ReplyDeleteInsyaAllah ada jodoh Allah temukan juga nanti :)
ReplyDeletealolololo sweetnye sir menaip surat utk "awak" eak hehehe
ReplyDeleteinsyallah jodoh yang baik akan datang kepada mereka yg baik juga hehehe
Em sedih chegu kalau terbaca entry mcm ini
ReplyDeletespeechless :)
ReplyDeleteyg pasti surat ni bukan utk akak lah kan?hahahha hak tuih
ReplyDeletemoga yg di tujukan baca surat ni ye
mesti dia bangga baca surat ni kamu tulis utk dia kat blog lagi
Untuk saya...Oh! Tidak mungkin kita bersama... hahaa!
ReplyDeleteKesian saya lihat orang bujang ni...Semoga dipertemukan jodoh segera...Amin,
gelak kejap aku baca surat cikgu nick nih. hahaha . ada lah sweet sikit. haha saya bagi 4 bintang
ReplyDeletesemoga org tu memahami ... senyum jer dia baca surat ni nick . sampai masa pasti bersatu juga ... insha Allah .
ReplyDeleteKena kahwin cepat2 nie... Heehehe....
ReplyDeleteSemoga ditemukan jodoh untuk Nick dengan sepantas kilat. Hehehe...
ReplyDeleteZH Blogger
malaslah balas surat awak sebab saya dah kawen...hahaha
ReplyDeletetouching la baca surat cinta ni...taknak komen lah...sobsobsob...
ReplyDeletenice idea... haha..
ReplyDeletenanti nanti bakal bini baca la...
hahaha..mcm poyo jer... mcm mat romeo jer... :P
ReplyDelete*senyum*
ReplyDeletebila nak kahwin nanti jgn lupa jemput abe kie..
ReplyDeleteomomo..cek tersentuh larr..
ReplyDeletehihi suweeetttt nya wat surat utk 'dia' ;) apa2 pun kita tungguuuuuu je la ye ;p
ReplyDelete"bernikah kita cinta"
ReplyDeleteASSALAMMUALAIKUM..
ReplyDeleteASSALAMMUALAIKUM..
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.